MAJLIS PERPISAHAN @ NENEK IN FOREST

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


NAMPAKNYA tahun 2024 ni ramai staf yang pergi meninggalkan kolej bagi meneruskan kehidupan yang pastinya lebih baik. Akhir bulan Oktober lepas, seorang lagi berhijrah atau lebih tepatnya mengikut suami kerana berdua pastinya lebih baik. Sebelum berpisah, marilah kita pergi makan bersama di tempat yang istimewa iaitu Nenek In Forest.



Tak sangka pulak, Rumah Nenek telah membuka cawangannya yang baharu di Jalan Tun Abdul Razak dengan nama Nenek In Forest.  Sebelum ini, Sk dan Iman pernah membawa pembaca bersarapan di Rumah Nenek Cafe, boleh baca DI SINI. Tapi, lupa pulak hari tu nak bertanya, Rumah Nenek Cafe di Kebun Teh tu masih beroperasi lagi atau tidak? 


        


Kami pergi Rabu lepas, sehari sebelum cuti Hari Deepavali. Tempahan awal telah dibuat adik manis, Madihah.. jadi, kita sajalah belek-belek buku menu ni ha.




Banyak menu baru, tapi menu nasi lemak dan nasi beriani tetap dikekalkan sebagai signature dish di sini.




Tak pernah tengok minuman ni, ini Shasha punya. Sk tetap dengan mineral water la.




Ramai yang pesan Chia Seeds Watermelon Juice. Yang peliknya tak tenggelam pulak tu chia seeds tu, maknanya, dia ringan la kan.




Linguine Seafood Arrabbiata (RM33.90), Naza seorang jer minta menu ni. Tapi tu la.. dia guna spaghetti, bukan linguine, tengok balik gambar ni baru perasan.




Kopi Ais milik Ema.




Fusion Oceanic Italian Spaghetti (RM33.90), ramai yang pesan ni termasuk Tuan Tanah Kedaung! Ada hiasan bunga, macam bunga melur tapi bukan. Tak berani nak makan, kita tolak tepi.




Lima pinggan kami pesan Colonel Chicken Chop (RM24.90).




Fish & Frites Bangers (RM27.90) untuk Hajjah.




Pecorino Smocked Beef Strips Carbonara (RM27.90) untuk Sida. Orang nogori, memang sukalah tu makan daging salai. Eh, kita Johorean pun suka tau.




Yang diraikan, Wani, yang depan sebelah kiri. Yang tudung ungu tu Fidah, siapa pembaca setia blog ni mesti kenal, hehehe. Wani makan Oden, semua tercengang sebab memasing tak perasan ada menu oden. Peliknya dimakan dengan sambal kicap, tapi bahan-bahan dalam mangkuk sup tu memang oden.




Kali ni ramai sebab kami jemput sekali rakan pengajar pastri, kursus yang sama dengan Wani. 




Cantik dan luas kafenya. Forest tu sesuailah sebab banyak pokok hiasan menghijau. Rasa aman dan damai.




Boleh juga nak pilih pastries atau kuih-muih tradisi di sini.


        







Next... tunggu hari jadi Aida pulak bulan doblas, hehe.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!