MAKAN KEMANGI PESTO PASTA DI LOAF ADAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 



KISAH ahad lepas, lunch di Loaf Adam bersama dengan Iman yang sedang bercuti pertengahan semester. Lepas hantar kawannya ke Larkin Sentral, Iman whatsapp Sk ajak makan. Kita onz sajelah, tapi punyalah buntu nak makan dekat mana. Teringat pulak Loaf Adam yang dekat-dekat jugak dengan pejabat Sk cuma tak pernah berpeluang nak pergi sebab risau ramai, kan, maklumlah, tempat viral.




Semua pesanan makanan dan minuman dibuat dengan cara mengimbas QR Code yang diletakkan di meja. Jika anda ingin membeli pastries, haaa.. yang tu kena ambil dulu di kaunter. Datang sini haruslah pesan pastries dia tu kan tapi tengok panjang beratur, malas la. Kita terus pesan aje makanan dari meja.




Dalam gelas berkaki tu, Markisa Ruby Island (RM12) dan satu lagi tu Latte untuk Iman, nama penuh tak pastilah apa. 




Markisa Ruby Island ni harap mahal jer tapi tak sedap, nyesal, tahu ambil ais kosong aje., jimat dan sihat, hahaha. Ais kosong disediakan kena layan dirilah tapi. Latte sedap bethol!




Lama jugaklah menunggu hidangan sampai di meja, dahlah hantarnya satu... satu. Meja pulak kecik, dia jenis meja bulat tiang sebatang yang diampu oleh satu bongkah bentuk silinder. macam tak stabil aje, ghisauuuu. Lagilah bila dapat gelas berkaki tinggi macam tu, lagi sheram.




Kemangi Pesto Pasta (RM16) untuk Sk. Menggunakan fettucine pasta, cara masakannya seakan sama dengan Thai Basil Fettucine Pasta yang Sk makan di Manzanita Patisserie & Boulangerie tapi Kemangi Pesto Pasta ni lagiiiiii sedap. Penggunaan daun kemangi pun seakan-akan Thai basil jugak, kan. Tak silap hari tu Kak Amie pun ada cakap, daun kemangi dengan daun selasih ni hampir sama. Ia dimasak berkrim dengan hirisan cendawan yang banyak, ish.. teringat-ingat.




Mushroom Truffle Pasta (RM29) ni Iman punyalah. Pastanya adalah spaghetti,  sedap jugak, mahal sikit sebab ada ayam kot. Banyak lagi menu pasta yang resipinya unik, jarang-jarang diketengahkan restoran lain yang pernah Sk pergi. Selain pasta, ada juga nasi dan steak.




Porsi dia banyak, tak larat jugak rasa nak habiskan tapi habiskan jugaklah. Rugi ya makan bayar mahal tak habis. Biarlah buncit pun tak apa, hahahaha. 




Jumlah semua sekali RM77.30. Selalu lunch RM7 aje tiber kena RM77, rasa nak pitam, hahaha. Oh, lupa nak cakap, lepas buat pesanan guna QR Code tu kena terus buat bayaran secara online, tak ada pilihan nak bayar cash di kaunter. Senang jugaklah sistem macam ni, lepas makan boleh terus balik. Pemilik restoran pun senang hati sebab tak ada kemungkinan pelanggan tak bayar saja-saja nak makan free.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Iya SK. Thai basil dan kemangi tu keluarga selasih, kira sepupu dialah.

    ReplyDelete
  2. nampak sedap plak semua menu...dating ngan anak dara la best moment kan

    ReplyDelete
  3. Padahal saya kira markisa tuh sedap, sebab tempting sangat penampakan nya 😂😂. Ternyata tak sedap ya kak

    Kalo daun kemangi di sini banyaaak sangat dipakai dalam aneka masakan. Trutama daun kemangi sering dibuat ulam. Campur ke nasi dan makan dengan sambal belacan. Saya sendiri suka sangaat. Krn wangiii

    ReplyDelete
  4. Akak nak masuk sini selalu x jadi..sebab tulah risau orang ramai..last2 selalunya lajak ke nasi belauk..hihii snang

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!