LAKSA JOHOR BY ANGAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

Assalamualaikum WBT 



HARI rabu, Angah buat Laksa Johor. Beliau ambil cuti sebab nak bawa Abang Jamal ke Klinik Kesihatan Kulai. Balik tu, tersinggah pasar dan ternampak ikan tenggiri dan ikan apatah. Teringat anak bujang dok sebut minta masakkan Laksa Johor. Guna ikan tenggiri sebab senang nak buang tulang, kata Angah. Jadi, balik kerja tu, Sk terus ke Senai.



Masuk rumah, Angah tengah siang tauge. Kemudian, Angah minta tolong hirisan daun kesum dan daun selasih. Errrrkkk.. ingat tinggal nak makan aje, hahahahahah. Eh, abaikan la kalai ada dengar suara-suara menjengkelkan dalam video-video di atas ya.




Laksa Johor cukup syarat

Spaghetti
Tauge no ekor
Timun dihiris bulat
Cepo (lobak masin cincang)
Daun kesum
Daun selasih
Sambal belacan
Limau kasturi




Angah tanya, nak guna sudu ke guna tangan. Of course guna tangan, kita Johorean, makan LJ guna tangan. Gaul dulu sebelum makan. Alhamdulillah,  sedap Laksa Johor Angah. Rahsianya kena masukkan ikan kurau kering dan udang hidup. Siap tapau dua pinggan LJ untuk PI makan malam dan sepinggan lagi untuk Iman yang nak balik cuti raya Deepavali esoknya. Walaupun ada jer Laksa Johor sedap dijual di Tanah Jauhar ni tapi sebab kami ni makan kena bertambah-tambah, lebih berbaloi masak sendiri. Yang pasti masak sendiri la terpaling sedap, kannnn.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!