MASAK KARI SOTONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 



HARI ini merupakan hari Sabtu terakhir bulan November. Pagi ni tak masak sarapan, baru lepas sarapan puri di Restoran Thoufeeq Bistro ni ha. Pak Inche macam biasalah, pekena tosei sekeping dengan telur separuh masak. Lepas makan, ajak PI pergi cuci kereta, asyik mandi hujan jer keretanya, niari kita bagi mandi sabun la ya.




Kisah malam tadi, PI minta masakkan Kari Sotong. Oh, teringat pulak, semalam baca di satu confession ni, pasal seorang suami ni komplen isteri dia dua minggu masak, dua minggu tak masak. Eh, kira aci lah macam tu kan. Untunglah isteri tu masih nak memasak lagi. Jadi, bila PI minta masakkan Kari Sotong ni, Sk okey aje. Bukan hari-hari kena masak, kadang 2 hari masak, 1 hari cuti, paling banyak kali pun masak sampai 3 hari. Kalau rasa tak nak masak, kita makan kat luar atau tapau aje. Bukan susah zaman sekarang, keliling rumah ni pun penuh kedai makan, hehehe.


Masak Kari Sotong ni, Sk guna rempah kari daging. Sepatutnya kalau masak haiwan laut ni kena guna rempah kari ikan, kan.. tapi Sk pulak suka guna rempah kari daging.  Teknik masak sama aje macam masak kari lain tapi sotong ni masak sekejap aje, kalau lama orang kata nanti jadi liat, gituhhh. Sotongnya Sk kelar-kelar aje walaupun PI selalu suruh potong-potong bulat, hehe. Teringat zaman kerja di sebuah kolej swasta dulu, hampir tiap hari beli sotong masak kari dari satu kedai ni, sedap sangat bila sotong dimasak seekor-sekor macam tu. Cuma tu la, macam mana dia siang sotong tu tak putus kepalanya, ilmu tu Sk tak dapat. Tiap kali siang Sotong terpaksa cabut jugak kepalanya sebab nak buang dakwat dia.




PI singgah kedai beli 6 ketul ayam drummet. Sk agak dah, takkan dia nak makan sotong semata, mesti nanti dia singgah kedai sama ada beli pedal ayam atau beli peha ayam. Okey juga idea dia beli drummet. PI perap dengan garam, kunyit dan serbuk cili, Sk tukang goreng. Makan awal sebab ada live bola kat TV. Haaa.. tu sebab tu suruh masak, tahu dahhh.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. aiissh saya pun dah lama dapur tak berasap ni risau plk laki komplen..tiap kali tanya nak masak apa katanya tak payah la balik keje nanti keluar makan,balik keje nanti dia bungkus,bini jenis taat suami hahaha

    ReplyDelete
  2. Lawa kari sotongnya. Saya kalau masak kari suka campur kari ikan dengan kari daging. Rasa apa tak tahulah, tapi sedap pulak.
    Bab masak-masak ni kalau kita tak nak masak, Encik Suami no komen. Cuma katanya, makanlah apa yang ada. Nak makan apanya kalau tak ada makanan yang dimasak hahahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. makan apa yg ada tu maknanya kenalah masak apa yg ada jugakkan, hihi.

      Delete
  3. Alah... tarik tv tu masuk dapur... goreng depan tv . hehe

    ReplyDelete
  4. ammi ni lagi pulak.... 5 hari cuti masak, yang 2 hari tu pun kadang2 ngelat jugak ajak makan luar

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!