Assalamualaikum WBT
MALAM Khamis lepas, Pak Inche ajak ke Malaysia Midnight Sale di Paradigm Mall. Sebelum tu, PI dinner Laksa Johor by Angah yang Sk bawa balik dari Senai. Sk ikutkan sajalah memandangkan esoknya tu cuti Hari Deepavali, kan. Kami letak kereta dia aras bawah tanah, naik sahaja ke lobi terdengar suara Datuk Amy Search sedang menyanyi lagu popular nya tapi Sk lupa tajuknya, hehe.
Sebenarnya, dah sedia dimaklumkan PI pun ada DAS buat persembahan malam tu tapi tak sangka pulak, sampai jer lobi DAS sedang buat persembahan. Selesai persembahan, pengacara umum pelancaran dan agihan voucher akan bermula jam 11 malam. Sk tak ambil apa-apa gambar pun, dahlah dengan muka tak bersiap, tudung pun pakai sauk aje, tengok orang lain pakai cantik-cantik. Dah malam, memang nak pakai bedak pun dah tak larat, hahaha.
Sempatlah tengok orang naik slide menuju ke syurga yang viral ni hah. PI ajak mengopi, kami ke Jamaica Blue.
Nampak sedap pulak sandwich tu.
ReplyDeleteMemang viral gelongsor tu!
ReplyDeleteHilang dah gatal kakinya SK hihihiii.
ReplyDeleteperghh..gayatnya gelongsor tu, ending tu yg tk menahan..jatuh atas jaring...DAS masih berbisa...
ReplyDeleteTak cuba naik gelongsor tu? Hehe
ReplyDelete