MAKAN MURTABAK CHEESE NO 1 KG KURNIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


ADA budak minta belanja Murtabak Cheese No 1 Kampung Kurnia atau juga dikenali sebagai Murtabak Majid. Bolehhhhh.. insyaAllah, tapi hari isninlah.. nanti balik kerja bonda hantar kat kolej, janji Sk.




Lepas beli murtabak, masuk whatsapp bergambar dari Pak Inche. Eh, budaknya balik rumah pulak. Tak jadilah kita hantar murtabak kat kolej, terus balik rumah ikut highway.








Tak sangka dah hampir setahun tak beli murtabak di sini, maklumlah benda mahal ni tak boleh beli selalu. Bila datang sekali-sekala.. jangan terkejut tengok harganya naik lagi seringgit.  Macam tiap tahun jer naik seringgit ni, hihi.


Boleh tengok harga sebelum ini DI SINI.


Tapi tak apalah sebab nak buat sendiri pun makan modal jugak, hahahahah. 




Beli Murtabak Daging Cheese Special ni dua keping. Kalau ikut hati nak jer beli yang jumbo, tapi kalau yang jumbo, makan panas-panas kat situ baru kick! 




Murtabak Daging Tradisional ni untuk Pak Inche yang tak gemor makan murtabak letak cheese. 




Sk tanya PI, cukup tak makan murtabak ni. Malas nak keluar makan dah. PI kata, cukup. Haaa.. melampaulah kan kalau tak cukup, sekeping tu dia makan sorang. Sk kongsi murtabak cheese dengan Iman. Lagi sekeping, Sk suruh Iman bawa balik kolej makan dengan kawan-kawan. Malam tu ada meeting katanya.




Leceh pulak makan ada kertas lilin tu. Keluarkan teruslah bentang dalam pinggan. Tak rajin nak buatkan kuah bawang stail utara untuk PI, makan cicah kuah dal aje dan satu lagi jika di sini, dia bagi timun dengan sos cili.




Murtabak Cheese ni enak dimakan begitu saja. Bagi Sk macam tak matching pulak makan dengan kuah dal. Mintak Iman buatkan teh o panas, nikmat sungguh laaa cuaca sejuk-sejuk ada teh o panas, nyamannnn.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau makan murtabak, saya suka makan yang biasa je tanpa cheese.. Saya makan juga cheese, tapi kurang gemar.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!