Assalamualaikum WBT
SELESAI sudah Istiadat Konvokesyen KPYPJ bagi tahun ini, semalam. Tapi, nak kata boleh lunjur kaki tu macam lambertttt lagilah sebab mana ada kerja yang pernah habis. Bertugas semasa konvo ni lebih kepada melaksanakan tugas dari masa ke semasa. Tugas hakiki tetap berjalan seperti biasa.
Pak Inche keluar pagi kerana bertugas di Karnival Jom Heboh. Disebabkan Sk bertugas sesi petang dan Iman pun ada di rumah, tapi nak keluar sarapan rasa malas, nak masak sarapan, apa pun tak ada kecuali telur, jadi Sk mintak PI belikan
Lontong Gerai Tepian Masjid. Harganya masih RM6 tapi dah tak ada kuah kacang, cuma sambal tumis. Sambal tumisnya sikit jer dibagi tapi pedas namatey. Kalau dulu diorang guna ketupat segera, nampaknya kini dah bertukar kepada nasi impit, mungkin untuk 'cut cost' lebih jimat buat sendiri nasi impit dari guna ketupat segera. Besar-besar potongan nasi impit, tersandar kekenyangan lepas makan, hahaha. Tersandar tak tersandar, sempat jugaklah lipat kain dua bakul. Eh, pelik betul, rasa hari tu baru siap lipat tiga bakul, mana pulak datangnya baju lagi dua bakul, hahaha. Sambil lipat dan gantung baju-baju, Sk tonton filem seram Indonesia, Marni Wewe Gombel.
Gayakan dengan tudung bawal rona sama sebab bila padankan dengan warna silver (ikut warna benang tenun), dia macam kontra sangat. Tu takpa, Sk siap beli cucuk sanggul tau tapi tak pakai sebab rasa macam melampau sangat pulak nanti. Engko tu nak pergi konvo bukan dinner, Sk! Hahahaha.
Sebelum masuk dewan, bergambar dengan rakan-rakan seperjuangan yang turut bergelar graduan yang mengambil Diploma TVET. Mereka-mereka ni masih berjuang sebagai pengajar, Sk dah tak mengajar lagi, sekarang kita goyang kaki buat kerja-kerja pentadbiran dan data pelajar. Bila tengok balik dalam galeri handphone, laaaahhh.. rupa-rupanya tak ambil satu gambar pun dalam dewan, ambil video aje post kat Ig Stories, hihihi.
Ah sudah, lontong pulak... bikin teringin ni :)
ReplyDeleteLawa baju depa 👍🏻
Agaknya tangan kita panjang SK kan, sbb PH pun masalah itu juga, tangan selalunya senteng kalau beli baju online ni 😅
Segak bergya songket marion...dah macam pengantin depa pakai kebaya😍Tahniah semua graduan...
ReplyDeleteCantiklah kereta biru sebelah model tu
ReplyDeleteTerserlah keayuannya, manis menawan warna maroon yang Mak Inche pakai tu.
ReplyDeleteMarni Wewe gombel 😅😅😅. Astagaaa, dah lama saya tak mendengar Kata2 Wewe gombel 🤣. Dulu paling sering disebut babysitter saya, saat saya kecil. Kalo magrib masih main di luar, nanti diculik Wewe gombel 😂😅
ReplyDeleteSeram kak movienya?
Ohh utk tugas Convo yaa. Baguus tapi baju yg kakak pakai. Merah marun pula 👍
Sedappnya lontong!!
ReplyDeletePsst!! Berseri kak pakai baju tuuu 🤩 Tahniah kepada semua yg convo...