NASI-NASI CAMPUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


KADANG teringin jugak nak bawa bekal hari-hari. Tapi tu la.. nanti pagi-pagi kelam-kabut nak siapkan bekal tu satu, balik rumah pulak, nak kena cuci bekas-bekas bekalan pulak. Boleh jer nak cuci siap-siap dekat pejabat, tapi kadang nanti terkejar-kejar. Ishhhh, ada aje alasanmu ya, Sk, hahaha. Beli ajelah yang senang,  lagipun kos makan tengahari Sk taklah mahal. Yang mahal tu kalau tapau dekat luar, pernah ambil ikan caru seekor dengan tempe dan sayur, kena caj sampai RM17!




Asam Pedas Ikan Pari dengan Bendi dan Sawi Pakchoy (RM8)




Asam Pedas Siakap dengan Kacang Buncis (RM7)




Sekali-sekala ada buah. Nenas beli dengan En Nas dan Pisang 44 Hari kawan bagi. Sk baru tahu nama pisang ni Pisang 44 hari, ada juga yang panggil Pisang 40 hari.




Cencaru Sumbat dan Kacang Panjang Goreng dengan hati dan pedal ayam (RM8)




Asam Pedas Ayam dengan Kubis dan Kacang Panjang (RM7).




Asam Pedas Ayam lagi dengan Sayur Kubis jugak (7)




Asam Pedas Ikan Mayong dengan Kangkung Belacan dan Kubis Goreng (RM7)




Asam Pedas Siakap dan Taugeh Goreng (RM7)




Chicken Buttermilk dan Chap Chai (RM7)




Bawa bekal sebab ada nasi dan Ayam Masak Kicap lebih.




Bawa nasi lebih semalamnya, beli lauk aje, Ikan Kerisi Masak lemak Nenas dengan Taugeh. Lauk tu RM6.




Selingan, beli Putu Piring, RM7/5 keping. Dah sama harga nasi campur tapau hari-hari kat kantin, hihi.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!