Assalamualaikum WBT
SEHARI dua ni bumi Tanah Jauhar dibasahi hujan. Tidak lebat dan bukan jugak hujan renyai, cukup sekadar membasahkan simen di carporch tapi tidak menyejukkan suhu dalam rumah. Masih terasa berbahang walaupun di tengah malam. Tapi, syukurlah, setelah lama panas terik, kan.
HARI Jumaat lepas, Pak Inche kata nak makan malam di
Oriental Kopi cawangan Paradigm Mall yang baharu sahaja dibuka. Sk setuju ajelah, memang sepanjang hari Jumaat tu siangnya tak keluar. Sk ambil kesempatan untuk kemas bilik tengah dan buang barang-barang yang rasanya tidak diperlukan lagi walaupun ada rasa sayang, pejam mata sajalah. Penat jugak tu mengemas, bila PI kata tak payah masak memang terus rasa yabedabedoooo, hahaha.
Mudah sistem pesanan di Oriental Kopi ni, cuma tuliskan kod nombor makanan dan minuman yang ingin dipesan di dalam kertas pesanan yang dihantar ke meja bersama buku menu. Yang lecehnya, buku menu cuma dibagi satu aje. Dahlah PI tu kalau baca buku menu dah macam nak buat ulangkaji padahal dalam kepala dia dah memang kata nak makan Mee Udang tapi semua nak dibacanya. Kalau pergi kedai tomyam atau seafood restaurant pun sama, kemahen belek buku menu tapi pesan benda yang sama juga, hihi.
Memang dah lama rindu dengan Egg Tart dia ni. Rasa mana-mana egg tart tak dapat menandingi kesedapan Egg Tart Oriental Kopi.
Roti Bakar wajib ada tapi roti dia rangupnya, tahu tak macam roti biskut tu dia punya rangup. Dah hilang tekstur roti tu.
Tapi potongan butter dia besar dan tebal, jadi kita maafkan, hehehe.
Mee Udang yang diinginkan. Memang sedap sangat mee udangnya, sama macam rasa mee udang di
Restoran New Hollywood, Ipoh. Terdapat dua pilihan mee udang sama ada original iaitu campuran mee kuning dan mihun atau mihun sahaja. Udang dia besar dan segar, mee pun banyak. PI kata, dia tak larat nak habiskan udang lagi sekor, dia terus pindahkan udang tu dalam mangkuk mee Sk, terpaksalahhhh Sk... hehehe.
Pilihan Sk, Pan Mee atau Ban Mee. Aaaa.. puas hati sebab sedap giler okeh, hahaha. Cuma macam lambat sikit la dihidnag ke meja tapi tak marah sangat la sebab sambil tunggu tu tadi kan makan dulu tart relur dan roti bakar.
Mee ada kat bawah, kena gaul dulu sebelum makan la. Lepas makan, memasing perut memulas kekenyangan. Burppp.. Alhamdulillah.
Selamat menjamu selera
ReplyDeleteNampak sedap semuanya tu.
ReplyDeletehahaha...bab ulangkahi buku menu tu,saya geng PI...hihihi
ReplyDeleteSyyy...dah mengemas mengemas tu..?😍
Roti yang rangup itulah yang kita sukaaa.... banyak butternya tu lagilah kita sukaaa!
ReplyDeleteSaya macam tahu oriental kopi ini. Bentuk egg tart dia mirip dengan egg tart yg dibawa kak Anies waktu kamu ketemuan di Penang. Kalo memang brand yg sama, memang sedaaap egg tart dia kak 😍😍😍. Saya pun teringin lagi.
ReplyDeleteDan ternyata ada cabang dia di KLIA 😍😍. December ini saya traveling lagi, dan transit lama di KLIA 1. Nanti nak mampir KLIA 2 lah utk coba 😄😍