CERITA ROH DI PUSARA & BUBUR ISTIMEWA NO 1

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 




JUMAAT lepas, Sk ziarah pusara ibu berseorangan. Dah macam raya suasana di Tanah Perkuburan Islam Saleng hari tu. Ialah, sekarang ni ramai ambil kesempatan ziarah kubur hari Jumaat. Selain dari hari cuti, hari Jumaat juga dikatakan roh-roh mereka yang telah meninggal dunia akan menanti kehadiran waris mengunjungi pusara mereka. Kita yang mata kasar ni memang tak nampaklah tapi ada seseorang yang Sk kenal mengakui, sering melihat roh-roh ini berdiri di bahagian kepala nisan pusara setiap kali mengunjungi. Tapi tak semua pusara ada berdiri roh ya. Ada juga yang tak ada, nanti ada harinya ada. Apa yang dibuat roh-roh ini? tanya Sk. Berdiri sahaja, senyum, jawabnya. Wallahu'alam.


Puas besarkan mata, nak tengok ada tak ibu berdiri dekat kepala nisan tu, tapi kosong. Dalam pada tu fikir jugak, kalau nampak betul-betul, apa nak buat? Nak pelukkah? Atau nak lari?  Entah-entah, kau pengsan terus kat situ, Sk, hehehe. Janganlah.. tentu ada sebab Allah swt lindung hijab kita sebab Allah tahu kita tak mampu hadap. Begitulahhh...


Balik tu, singgah Senai sekejap, ambil keropok lekor viral. Lepas tu balik rumah, mengerjakan kain baju pulak sampai kosong bakul kain, heheh. Lepas tu layan filem di Netflix sampai terlelap-lelap. Memang tak buat apalah hari tu sebab malamnya dah janji dengan Pak Inche, tak masak. Nak jumpa anak bertuah tu kat kolej, ada barang nak kena hantar.




Lepas tu, bawa pergi makan di Bubur Nasi No 1 cawangan Larkin. Mujurlah terrrrajin nak snap pic menu ni sebab balik tu, PI bagitahu, bubur dah naik harga, dah jadi RM9. Iman tak makan bubur, dia makan Char Kuey Teow.


Harga sebelum ini boleh tengok DI SINI. Ni masa pergi bulan Februari tahun ni juga. Masa ni pun ada jugak pergi makan bubur tapi tak ingat berapa harga bubur, mungkin masih sama, RM8.50 semangkuk.




Apa nak buat, nak makan, kan. Setakat nak makan tiga beranak, lebih baiklah beli sebab Sk memang tak ada kerajinan nak sediakan lauk-lauknya ni. Kalau setakat masak bubur kosong dengan goreng kangkung belacan tu bolehlah, tapi yang remeh-remeh tu malas campur tentulah tak sesedap di Bubur Nasi No 1 ni, hehehehe.


Teringat dulu, kadang-kadang arwah ibu ajak pergi rumah sepupu Sk, Kak Uda Norsiah di Taman Ungku Tun Aminah, ada sekali tu kebetulan Kak Uda masak bubur nasi berlauk. Rasanya itulah antara bubur nasi berlauk yang mula-mula Sk makan. Ibu kalau masak bubur, biasanya kami makan dengan kicap aje. Nanti, Sk akan susun pacakkan menegak ikan bilis keliling mangkuk, kemudian tuang kicap bentuk melingkar atas bubur. Siap semua, baru makan, feeling ada lilin atas kek hari jadi, hahaha.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ada dengar juga cerita tentang roh itu. Teringin selalu ziarah kubur ahli keluarga di Malaya.
    Terbayang SK susun ikan bilis menegak keliling bubur. Mesti buburnya pekat jadi ikan bilis tak jatuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, elok jer ikan bilis tak tumbang wpun berdiri sbb buburnya pekat.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!