MASAK BEEF KUETEOW ALA CANTONESE

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


HARI ini Sk ambil cuti tahun. Saja-saja ambil cuti sebab Iman tengah cuti, kan. Tapi, cuti apanya. Dalam cuti pun ada jugak projeknya tu. Sk dengan Pak Inche, pandang memandang aje la. Sibuknya mengalahkan orang dah bekerja. Keliru mak bapanya, anak aku ni pergi kerja ke pergi belajar?? Hahahaha. Tapi, apapun yang dia buat, kita restu ajelah asalkan tidak menyimpang jauh dari tujuan sebenar. Ingat tu, Iman 🥰 (dia baca ni). 




Masak Beef Kueteow ala Cantonese hari Sabtu lepas. Pagi tu, kan dah makan banyak dekat Ashoka Curry House jadi kami skip makan tengahari
 Tak ingat sama ada PI atau Sk yang terkeluar cadangan masak Cantonese Kueteow ni. Selalu kalau masak Cantonese Kueteow Sk masukkan seafood dan fish cake tapi ni Sk cakap, masukkan daging ajelah, sebab stok daging banyak.




Lagi senang kalau masukkan daging semata, tak payah kisah nak siang udang, sotong tu semua. Balik dari sarapan, singgah kedai. Kami cuma beli kueteow dan sayur sawi, bahan-bahan lain memang ada kat rumah. PI nak tambah fish cake pun Sk kata tak payah, sebab tak nak kacau rasa daging tu. Daging tu Sk hiris dan kemudian rebus dalam periuk noxxa, set HP 15. Kena rebus lembut, maklumlah remaja purba yang nak makan. Kalau rebus seketul besar kena set HP lebih lama.




Beef Kueteow Ala Cantonese


Bahan-bahan A

500 gram Kueteow 
2 tbs Kicap pekat
1 tbs minyak masak


Bahan B

Daging dihiris nipis, rebus bersama halia (banyak daging ikut suka)
Secekak sayur sawi (asingkan batang dan daun)
2 tbs minyak masak
5 ulas bawang putih, cincang
Kicap Cair - 1/2 senduk
Garam secukupnya
1/2 tbs lada sulah
2 1/2 cawan air rebusan daging
2 tbs tepung jagung + 1/2 cawan air (larutkan)
2 biji telur (putih sahaja)


Cara Memasak:


Bahan A

Panaskan minyak masak, goreng kilas kueteow bersama kicap pekat anggaran 2 - 3 minit. Angkat, masukkan dalam bekas lain, ketepikan.


Bahan B (Kuah)


1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih hingga hampir garing.


2. Masukkan daging dan air rebusan serta batang daun sawi. Biar mendidih.


3. Dalam proses nak mendidih tu, masukkan aje kicap cair, garam, lada sulah, terus memasak hingga mendidih. 


4. Bila dah mendidih, boleh masukkan daun sawi, biar sebentar.


5. Kemudian masukkan air tepung jagung, biar mendidih lagi sekali.


6. Setelah mendidih, tutup api dan terus tuangkan putih telur, kacau secara membulat.


7. Tuangkan kuah atas kueteow tadi. Makan bersama cili jeruk atau cili padi hijau yang diletakkan kicap cair.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak tempting sangat beef kueteow ni… terliur 🤤

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!