MASAK KETAM MASAK LEMAK CILI PADI

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


DAH beberapa kali, kawan dalam grup Goshop office jual ketam sebakul RM20. Tak boleh bayangkan rupa dan saiz bakul ketam yang dimaksudkan. Kalau sebesar bakul sampah, tentu banyaklah ketamnya apatah lagi jika sebesar bakul kain, hehehehe. Ada ke orang jual ketam masuk dalam bakul kain, Sk uiii??


Akhirnya terbuka hati nak beli lepas tengok partner in crime beli sebakul. Ketamnya tak la besar, saiz anak-anak jer tapi bila Sk timang-timang, agak berat dan padat jugak isi ketam tu. Dua minggu kemudian, apabila ada jualan lagi, Sk cepat-cepat buat pesanan. Tengah bulan gelap ni orang kata ketam isi penuhhh! Sebakul tu ada 11 ekor. Berpatutanlah RM20.




Buat masak lemak cili padi tapi cili padinya tinggal koret-koret aje dalam peti ais dan jumpa pulak bawang besar setengah labu. Mujur memang ada kunyit hidup frozen, Sk kisar semua dan masukkan halia juga, terus campak semua dalam kuali. Kemudian masukkan santan cair, kacau sebati baru masukkan ketam
 Ketamnya tak kerat dua sebab cute-mute, hehehe.




Guna santan kelapa kotak jenama Ayam Brand. Bancuh 1/2 kotak dahulu dengan air untuk mendapatkan santan cair. Bila ketam dah masak, baru masukkan lebihan santan dalam kotak dan renihkan sebentar hingga mendidih lagi sekali.




Tanya Iman nak balik ke, bonda masak ketam. Busy katanya. Takpe, nanti lain kali beli ketam lagi kalau Iman balik cuma tu la.. kena tunggu bulan gelap, hehehe.




Kuah ketam asingkan dalam mangkuk lain supaya senang ceduk kuah. Ada telur ketam goreng jugak sebab dapat banyak jugak yang betina. Lain kali kalau ada jualan lagi tak tahulah nak beli ke tak sebab tak ada tempat nak simpan. Peti ais Sk tu jenis mini macam kat hotel tu tak sesuai letak ketam. Hanyir karang esbox kita, dahlah kecik, hehehe.
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wah ada telur ketam juga ye byk ...siap goreng yummyyy

    ReplyDelete
  2. Wah, ketam betina ni SK. Ada telurnya.
    Cantik kejadian masakan ketamnya apabila diasingkan kuah dengan isi.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!