SARAPAN TIGA MACAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


RAJIN terlebih pagi ni buat sarapan tiga macam, Nasi Goreng Fish Cake, Telur Separuh Masak dan Roti Butter Kaya. Lebih spesial ada Teh Tarik.




Dua kali masak nasi minggu ni makan dengan Ketam Masak Lemak Cili Padi, setiap kali masak, ada sepinggan lebih. Pagi sabtu ni memang nasi goreng ajelah yang terlintas. Buka laci peti ais nak ambil sotong buat rencah nasi goreng tapi terjumpa bungkusan fish cake berbaki tiga ketul. Patutnya masukkan seketul pun cukup tapi pergi buh semua tiga ketul, dah jadi nasi goreng fish cake.


Roti tu Pak Inche beli semalam, sayang pulak kalau tak dimakan. Kita sapu ajelah kaya dan butter. Roti kat rumah ni, beli sebuku, setengah buku jer yang sempat makan sebelum expired. Kadang nak bagi burung makan tapi dikhuatiri lepas makan diberaknya pulak rumah kita. Selalu nampak pagi-pagi burung cari makan tepi jalan, nak campak roti, takut dituduh pulak buang sampah merata-rata, hihi. Jadi sudahnya, Cik Tong jugaklah tempat habis riwayatnya.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Pagi tadi sarapan, beli nasi lemak bungkus di RM1.00. Nyum Nyum..

    ReplyDelete
  2. Minggu ni masak dua kali. Minggu depan masak tiga kali ye SK.

    ReplyDelete
  3. pagi tadi makan jemput2 dan lempeng cicah sambal sadin bila entah... ada dalam peti ais tu..panaskan aje...

    ReplyDelete
  4. Betul la..
    bab roti tu..nak bagi burung kang hari hari dia jadikan port gossip plak🤭

    ReplyDelete
  5. Terbalik kita kak. Kalo rumah saya, memang roti jadi primadona 🤣🤣. Pasti habis sekejap mata hahahahha. Kalo nasi, kdg sampai 3 hari saya masukkan kulkas, Krn tak tersentuh 😅

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!