Assalamualaikum WBT
DULU.. masa Iman sekolah-sekolah, setiap kali ada Fesko_UTM memang selalulah Iman ajak pergi. Tiap-tiap tahun ajak pergi, tapi seingat Sk, cuma dua kali aje kot pernah pergi. Malas sebab susah parking la yang utama, dengan jammed lagi, memang cukup malas nak hadap. Kita ni pergi balik kerja pun dah penat, kan. Nak nak pulak, setiap kali ada fesko ni, setiap kali tu musim hujan. Lagilah malas nak pergi, hihi. Hahhh.. sekarang ni, Iman dah duduk dalam UTM tu, nak pergi tiap-tiap hari pun boleh, siap jadi urusetia lagi sebelum ni. Cuma Fesko kali ni Iman tak terlibat sebab dia dah sibuk dengan aktiviti kelab studio pulak.
Semalam, dah cakap dengan Pak Inche, nak pergi fesko malam, nak jjcm, itu pun kalau tak hujan. Sekali hujan laaaa, punyalah lebat sepanjang balik kerja tu, tak jadilah nak pergi fesko, Sk balik masak nasi satu pot, rendam sotong. Malam tu buat Nasi Goreng Sutun la untuk dinner. Bertambah-tambah pulak PI makan, sedap sangat ke, lapar sangat ke, tak tahu, hihi. Ingatkan dah makan bertambah-tambah tu, kenyanglah sampai esok pagi. Sekali, pukul 9.30 dia kata lapar, ajak pergi fesko, hujan pun dah berhenti. Aaaa.. orang dah nak tutup, Sk cakap. Kalau lapar pergi makan tosei aje. Tutup pukul 12 la, PI kata.
Haaa.. jom, tapi PI kena drive la. Sk malas nak drive cari parking kat fesko tu. Tapi, masa kami sampai banyak kereta dah keluar, jadi senang jugak dapat parking. Sk pulak risau makanan dah habis, hihi.
Tak jadi nak risau. Tersangat meriah ya, pukul 10 lebih dah tapi suasananya macam baru pukul 8 malam. Rezeki betul, dapat meja betul-betul depan stall Bihun Sup Utara. Rasa original utara punya dengan cabai merah, puas hati PI walaupun semangkuk tu RM10 kau, hahaha. Maaf, lupa nak ambil gambar bihun sup PI.
Tujuan utama Sk nak ke fesko ni memang nak makan tongmo ni la. Tengok tanda harga, RM15 satu set (3 ketul). Penjual tu cakap, RM15 dapat 3 ketul tapi kalau akak nak 4 ketul, saya bagi RM20. Dalam hati cakap, dah tuuu.. apa bezanya? Tetaplah RM5 seketul kan??? Huhu. Lainlah kalau dia kata, RM18/4 ketul. Sabar ajelah kita.
peniaga togmo tu ingat dia dpt gula-gula kan akak eh
ReplyDeleteBila baca balik ni akak rasa akak faham apa yg dimaksudkan tu. Tongmo tu dorg jual set RM15/3pcs. So kalau kita nak lebih, kena beli 2 set, kan. Jadi, dia offer la nak tambah 1 pcs pun boleh, hahaha. Skrg dah faham niat dia. Maafkan sy peniaga tongmo.
DeletePernah makan tongmo sekali waktu pergi Melaka. Waktu tu perut sudah kenyang tapi nak beli tongmo juga. Rasa macam keras pula dan tak habis makan. Oleh kerana di LD tak ada, rindu pulak nak rasa lagi tongmo tu. Mana tahu boleh dapat tongmo sedap. Balik Malaya nanti nak cari tongmo lagi.
ReplyDeleteKita suka Kak Tongmo tu, dulu belakang rumah ni ada jual, sekarang entah mana hilang dah ..
ReplyDeleteSA suka tongmo makan gitu aje..x nak letak sos..mak aiii cili dia...serammmm...
ReplyDelete