MAKAN NASI KANDAR RESTORAN YASMEEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


MASA menginap di Grand Alora Hotel, Alor Setar tu, kalau Sk la kan, makan la apa-apa yang jual di gerai-gerai depan hotel tu. Tapi dua beranak ni, tak nak ya. Dorang dok bincang-bincang sama ada nak makan Nasi Lemak Royale atau Nasi Kandar. Sk ni sebenarnya masih kenyang lagi sebab petang tu, Sk yang tukang perabih roti kaya butter yang dibeli dari Hentian Tanjung Malim tu.



Keputusannya, makan Nasi Kandar Restoran Yasmeen. Depa dua jer la makan, Sk minum air jer sebab belum lapar. Lagipun kami rancang, balik tu nak singgah makan ringan-ringan kat bawah hotel tu. Total dua pinggan ni termasuk dua limau ais dalam RM22.


Duduk jarak-jarak, tak suka berlanggar siku masa nak menyuap, hahaha.


PI ni kalau makan memang sambil tengok telefon. Lepas tu, dua-dua kata nasi kandar sedap terutama ayam goreng dia. Sk jamah sikit, yaaa.. memang sedap, ayam gorengnya lunak, garing di luar, lembut dan empuk di dalam.


Kerana tak tahan hasutan mereka berdua, sebelum balik Sk tapau, hahaha.


Yang tinggi tu la Grand Alora Hotel. Singgah gerai kat bawah ni haaa.. ingatkan nak makan nasi tu kat sini tapi masih tak lapar jugak, hahaha. Ni dah pukul 10 malam ya gaissss!



Ada stall vendor makanan dan kuih-muih. Nasi lemak bungkus pun ada. Dekat sebelah kanan ada gerai minuman dan roti canai.






Ada pekerja yang datang ambil pesanan, makanan dorang hantar ke meja dan kita terus bayar. PI makan roti canai, Iman pulak pesan Mushroom Soup & Garlic Bread tapi dia bawa naik atas (hotel).


Lepas mandi baru rasa lapar tu datang, hihi. Ya Allah, dah la lampu bilik tu malap, dah makan dalam kesuraman.



Ambil lauk ayam goreng, kubis dan cili hijau, kuah campur, kuah asing, RM9. Ni lagi 10 minit ya nak pukul 11 malam, surrrrrrrr! Hahahaha.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dah macam bergaduh gayanya sorang sana sorang sini. Hihi..Mana tahan godaan kalau dah rasa sedap. Lantaklah pukul berapa pun kan. Janji surrr...

    ReplyDelete
  2. My bos indian pun approve Yasmeen ni...

    ReplyDelete
  3. Aiiiih makan malam yg kemalaman ya kak 🤣. Tapi nasi kandar memang susaaaaah nak tolak . Saya pun sukaaa 😁🤭. Nihlaah tak sabar nak ke KL dan Ipoh. Mau puas2 kuliner šŸ˜„šŸ˜

    ReplyDelete
  4. uih sedapnya... terliur nengok kak

    ReplyDelete
  5. Ni mesti jenis angkat-angkat siku waktu makan hehehee.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!