MASAK AUSTRALIA WAGYU BEEF BURGER

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


SEKEJAP aje dah habis sehari cuti hujung minggu. Hari ni dapatlah berjimba-jimba tiga beranak. Iman ajak ke Paradigm Mall, lama tak ke sana dan lama tak pow jalan-jalan dengan bonda dan babah, katanya. PI pulak semalam kerja sampai awal pagi, PI kata, tunggu dia buat story Piala Sumbangsih 2025 dulu. Jadi, pagi ni, Sk buat sarapan sandwich telur kat rumah aje. Petang, baru keluar makan nasi daun pisang di Ashoka Curry House dan selepas tu kami ke Paradigm Mall. Jenuh ya nak naik PM tu sekarang. Dia punya jammed start dari BBU, perghhhh!



Selingan sebelum masuk tajuk sebenar.., tiga kali hari ni singgah minum-minum di Paradigm Mall. Mula-mula, masa baru sampai, kami minum di Food Court, tarik nafas sekejap lepas menempuh kesesakan lalu-lintas kat Jalan Skudai tu. Dah penat pusing-pusing, kami mengopi pulak di Dagan Rengit Coffee.



Pesan Roti Bakar Kaya dan Portugese Egg Tart jugak. Makan sambil borak isu viral terkini.


Sebelum balik, singgah minum Float pulak kat A&W, heheheh. Hari tu balik dari Perlis kami singgah makan kat A&W, R&R Seremban, tapi macam tak puas pulak. Jadi, kali ni memang beli float aje la dengan fries gulung² tu entah lupa nama dia, hahahaha.


Singgah Village Grocer nak tengok harga Australia Grass Fed Striploin Steak hari ni, maheiii.. tak jadi beli. Lepas tu Iman ternampak Australia Beef Wagyu Patty Burger ni. Baru Sk teringat, ada nampak promosi di FB Village Grocer tentang patty burger wagyu ni, beli satu (RM10.90) percuma satu.


Dia dah pek siap-siap. Ada yang 2 in 1 dan yang ini 4 in 1. Kiranya yang pek macam ni beli dua percuma dua (RM21.80) sahaja.


Iman berkenan sangat dengan tomato yang masih ada tampuk ni, kita beli la yang ni, RM3.24. Padahal bukan nak makan pun tampuk dia tu, sabar aje la.


Tengok harga timun Jepun lagi murah dari harga timun biasa, kita ambil timun Jepun la sebiji. Ni 89 sen sebiji lepas timbang. Timun tu Sk guna slicer, tomato hiris nipis guna pisau. Salad tak beli sebab nanti guna lapan lai aje, yang lain lebam dalam peti ais, huhu.


Bagusnya VG jual sekali roti burger ni letak sebelah kaunter patty burger. RM5/ 1 set, ada 4 roti burger yang telah siap dibelah dua, mudah kerja kita.


Rapuh patty ni, kena terbalikkan berhati-hati tapi sebiji terpecah dua PI buat, hahaha.


PI makan sebiji pun dah kenyang sangat. Selalu PI kalau makan burger dua biji baru kenyang. Sk dan Iman memang jenis makan sebiji dah kenyang. Sedap uiii wagyu, juicy dan creamy.


Tebal patty dia ni. Bagusnya VG ni kan, kalau dia buat promosi dari sekian haribulan sampai sekian haribulan, memang dia buat. Bukan selagi stok masih ada. Ni yang Sk perasan la. Masa beli ni pun PI cakap, dia nampak staf VG tengah proses lagi patty wagyu burger ni.


Carbonated water perisa anggur  tu Iman beli kat Mercato minggu lepas. Kebetulan belum buka lagi, barulah matching makan burger wagyu minum carbonated water tu kannn,  huhuhu. Adoi, dari pagi sampai malam minum air manis hari ni, esok kita minum ais kosong balik naaa.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Patty dia betul² nampak juicy dan tebal.. memang makan 1 pun dah kenyang

    ReplyDelete
  2. JDT menang, yeay! Lama juga tak makan A&W. Paling suka root beer with float lah sebab tu signature dia. Tempat lain takdak. Curly fries kot nama dia. Lupa sudah. Belum pernah lagi terjah VG. Bagus juga tu ada buat promotion. Tampuk pun main peranan juga kan. Kalau saya beli jenis bertampuk juga kalau nak buat photography lah. Tapi okay juga sebab tahan lama juga nanti kan. Ke? Patty tu tebal juicy memang sedaplah. Lagi sedap kalau dibalut dengan telur.

    ReplyDelete
  3. Selamat berhujung minggu SK. Tumpang jamu mata di sini. Lengkap segala aksesori burgernya. Montel pattynya. Kentang makan sebiji ni.

    ReplyDelete
  4. Curly fries rasanya nama kentang yang gulung2 tu. Sedapnya patty tu tebal. Letak cheese banyak2 sedapnya la.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!