Assalamualaikum WBT
SEKEJAP aje dah habis sehari cuti hujung minggu. Hari ni dapatlah berjimba-jimba tiga beranak. Iman ajak ke Paradigm Mall, lama tak ke sana dan lama tak pow jalan-jalan dengan bonda dan babah, katanya. PI pulak semalam kerja sampai awal pagi, PI kata, tunggu dia buat story Piala Sumbangsih 2025 dulu. Jadi, pagi ni, Sk buat sarapan sandwich telur kat rumah aje. Petang, baru keluar makan nasi daun pisang di Ashoka Curry House dan selepas tu kami ke Paradigm Mall. Jenuh ya nak naik PM tu sekarang. Dia punya jammed start dari BBU, perghhhh!
Selingan sebelum masuk tajuk sebenar.., tiga kali hari ni singgah minum-minum di Paradigm Mall. Mula-mula, masa baru sampai, kami minum di Food Court, tarik nafas sekejap lepas menempuh kesesakan lalu-lintas kat Jalan Skudai tu. Dah penat pusing-pusing, kami mengopi pulak di Dagan Rengit Coffee.
Pesan Roti Bakar Kaya dan Portugese Egg Tart jugak. Makan sambil borak isu viral terkini.
Sebelum balik, singgah minum Float pulak kat A&W, heheheh. Hari tu balik dari Perlis kami singgah makan kat A&W, R&R Seremban, tapi macam tak puas pulak. Jadi, kali ni memang beli float aje la dengan fries gulung² tu entah lupa nama dia, hahahaha.
Singgah Village Grocer nak tengok harga
Australia Grass Fed Striploin Steak hari ni, maheiii.. tak jadi beli. Lepas tu Iman ternampak Australia Beef Wagyu Patty Burger ni. Baru Sk teringat, ada nampak promosi di FB Village Grocer tentang patty burger wagyu ni, beli satu (RM10.90) percuma satu.
Dia dah pek siap-siap. Ada yang 2 in 1 dan yang ini 4 in 1. Kiranya yang pek macam ni beli dua percuma dua (RM21.80) sahaja.
Iman berkenan sangat dengan tomato yang masih ada tampuk ni, kita beli la yang ni, RM3.24. Padahal bukan nak makan pun tampuk dia tu, sabar aje la.
Tengok harga timun Jepun lagi murah dari harga timun biasa, kita ambil timun Jepun la sebiji. Ni 89 sen sebiji lepas timbang. Timun tu Sk guna slicer, tomato hiris nipis guna pisau. Salad tak beli sebab nanti guna lapan lai aje, yang lain lebam dalam peti ais, huhu.
Bagusnya VG jual sekali roti burger ni letak sebelah kaunter patty burger. RM5/ 1 set, ada 4 roti burger yang telah siap dibelah dua, mudah kerja kita.
Rapuh patty ni, kena terbalikkan berhati-hati tapi sebiji terpecah dua PI buat, hahaha.
PI makan sebiji pun dah kenyang sangat. Selalu PI kalau makan burger dua biji baru kenyang. Sk dan Iman memang jenis makan sebiji dah kenyang. Sedap uiii wagyu, juicy dan creamy.
Tebal patty dia ni. Bagusnya VG ni kan, kalau dia buat promosi dari sekian haribulan sampai sekian haribulan, memang dia buat. Bukan selagi stok masih ada. Ni yang Sk perasan la. Masa beli ni pun PI cakap, dia nampak staf VG tengah proses lagi patty wagyu burger ni.
Carbonated water perisa anggur tu Iman beli kat Mercato minggu lepas. Kebetulan belum buka lagi, barulah matching makan burger wagyu minum carbonated water tu kannn, huhuhu. Adoi, dari pagi sampai malam minum air manis hari ni, esok kita minum ais kosong balik naaa.
Patty dia betul² nampak juicy dan tebal.. memang makan 1 pun dah kenyang
ReplyDeleteJDT menang, yeay! Lama juga tak makan A&W. Paling suka root beer with float lah sebab tu signature dia. Tempat lain takdak. Curly fries kot nama dia. Lupa sudah. Belum pernah lagi terjah VG. Bagus juga tu ada buat promotion. Tampuk pun main peranan juga kan. Kalau saya beli jenis bertampuk juga kalau nak buat photography lah. Tapi okay juga sebab tahan lama juga nanti kan. Ke? Patty tu tebal juicy memang sedaplah. Lagi sedap kalau dibalut dengan telur.
ReplyDeleteSelamat berhujung minggu SK. Tumpang jamu mata di sini. Lengkap segala aksesori burgernya. Montel pattynya. Kentang makan sebiji ni.
ReplyDeleteCurly fries rasanya nama kentang yang gulung2 tu. Sedapnya patty tu tebal. Letak cheese banyak2 sedapnya la.
ReplyDeleteada tgk juga promo ni org dok share..tk kesempatan nk try...depa ckp nanti akak ada lg..bole la try tgk rmi share juicy...tomato tu mmg lawa bak kata iman tp tula sekadar utk amik gmbr je la kan hehe
ReplyDeleteSK sebut rasa dia juicy tu...terasa nak minta sikit...
ReplyDeleteYe la...patty dia nampak tebal..bestnyaaa...ni kat Jaya Grocer xde ni...
ReplyDeleteTerasa-rasa kesedapan wagyu beef burger. Lagi-lagi buat sendiri je di rumah burgernya. Lama tak minum rutbir float. SK, saya tak minum air manis pun, result darah saya tak elok, SK. Sedih. Nanti saya update cerita kat blog, tapi lama lagi kot nak cerita. Kena tunggu giliran draft lama-lama lepas dulu.
ReplyDeleteKenapalah murah sangaaaaaat harga patty Wagyu di sana ššš. Di sini confirm lebih mahal kak š¤£. Sedaap pasti, juicy kan dijadikan burger
ReplyDelete