MASAK SUP GEARBOX & SIAKAP GORENG ALA HONG KONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


SEKARANG ni macam dah jadi rutin hari minggu pulak, kami akan keluar cuma pada hari sabtu sahaja. Hari ahad tu duduklah rumah sepanjang hari. Satu lagi, kalau pagi tu dah sarapan kat luar, Sk akan sediakan makanan untuk makan tengahari dan malam. Tengoklah sama ada masak makanan baru atau panaskan lauk-pauk lebih dalam esbox. Kalau Sk dah sediakan sarapan, tengahari beli atau makan di luar. Begitulah pusing-pusing supaya tak boring penat, hehehe. 



Hari Ahad, pagi tu kami Sarapan Dua Kali, kan.. jadi masak untuk makan tengahari tu lewat sikit. Sk teringat ada simpan gearbox lembu korban sebelum ni, hurmm, terlanjur Iman ada ni, lebih baik masak. Nanti tak lama lagi, dah nak kena balik kolej pulak. Tu takpa, bila nak rebus gearbox tu, baru perasan, halia dah habis. Nasib ada koret-koret halianya, tambahlah lengkuas sikit, rebus bersama satu rempah sup bunjut dalam pressure cooker, Set HP 60.


Apabila masa merebus selesai, kita lepaskan wap dan buka penutup periuk,  kemudian tukar kepada mode stir fry. Sk tumis darat bawang merah dan bawang putih, masukkan dalam periuk, juga bahagian bawah daun bawang. Kemudian masukkan daun celery dan garam. Lembut jugak daging pada tulang tu tapi taklah longkah sampai tanggal terus. Nak makan tu, hiris guna pisau steak. Tapi tu la, rupanya, Iman tak makan sangat. PI jer la yang bersungguh-sungguh makan. Dalam mangkuk pink bertutup tu, sambal kicap.


Siakap Goreng ala Hong Kong ni, PI yang buat sosnya. Tapi sos tu ready made, dia beli dalam botol. Hurmm.. padahal, selalu tu buat guna kicap cair pun jadi aje. Ikannya Sk yang goreng, tapi silap, boleh pulak lumur dengan serbuk kunyit,  dah lari sikit rasa sos Hong Kong tu. Daun ketumbar tak ada yang fresh, guna yang frozen. Tu la lebam aje warna dia, hahahaha.


Dua lauk lain spesies. Satu di darat, satu di air, di atas meja bertemu juga, hahahaha. Pasal makan ni dah lewat, jadi sampai malam tu tak rasa lapar. PI jer makan roti dengan scramble egg. Iman pulak, dah tengah malam agaknya, makan roti dengan telur goreng. Sk memang dah berlayar la, dia kalau lambat tidur, memang la lapar, kannn. Tu nasib baik dia tak masak maggi. Tapi, syiokkk ooo makan maggi tengah-tengah malam, hahahah.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya sup gearbox...macam sama entry je ngan SA...tapi blom publish lagi...nanti SA up ye...

    ReplyDelete
  2. Tadi kat blog kak SA ada cerita pasal sup gearbox. Datang sini dijamu sup gearbox jugak. hihi... Halia tak ada dapat korek korek sikit ada rasa sikit pun jadilah kan. Eh eh, kak SK pun nak guna peribahasa jugak tu. Betullah tu, selagi tak tidur kalau lambat tidur ada je dalam kepala ni nak makan.

    ReplyDelete
  3. 2 blog dah baca pasal gearbox ni. Memang kena try ke apa ni. Hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!