MENGOPI DI MACONIS COFFEE @ KUALA PERLIS

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


TAK lengkap acara JJCM ke mana-mana, jika tidak mengopi. Pada mulanya, Sk berangan nak mengopi di dalam gua sepertimana Sk baca perkongsian dari Blogger Ujie Titian Perjalanan tapi ada pulak yang risau dengan kelawar. Jadinya, tak jadilah nak mengopi dalam gua, hihi. Dari Sadiah Cafe, kami menuju pula ke Kuala Perlis. Iman ajak mengopi di Maconis Coffee, Dataran IMAB, Kuala Perlis. Syoknya mengopi di sini, kedudukannya di tepi laut Selat Melaka atau juga dikenali sebagai water front Kuala Perlis. 


Di sini mereka menyediakan kerusi camping namun tak banyak yang dilengkapi payung. Tu takpa, meja yang kat tebing, semua dah kena chop. Kami memilih duduk di tengah water front dengan harapan, janganlah hujan. 


Iman sedikit kecewa sebab tiada menu matcha strawberry kegemarannya. Tapi, bila Iman pesan minuman matcha, barista tu boleh pulak cakap, kita ada strawberry matcha kalau nak. Eh.. macam tahu-tahu aje ek.


Tiramisu yang Sk beli dekat Sadiah Cafe tu, kita makan kat sini la.


Tak mahal sangat harga kopi kat sini tapi cawannya pun pendek jer. 


Ni gambar sebelum kopi siap, malas nak edit semula letak atas. Pening tengok beribu-ribu gambar dalam galeri.


Suasana di Dataran IMAB, Kuala Perlis. Sk tak pasti maksud IMAB tu dari perkataan apa.


Matcha Strawberry pujaan hati Iman. Pendek jer kan cawan tu. Biasa kalau kita beli minuman sejuk cawannya tinggi. Harga matcha RM11, kalau tambah strawberry tak pasti berapa.  Iman yang membayarnya.


Gara-gara minum kopi petang tu, malam tu tak ngantuk langsung ya. Pukul 12 malam pun masih steady menatal handphone. Teringat esok nak memandu jauh, paksa diri tidur. Peliknya, pejam mata terus hilang.ke alam mimpi, hahahaha.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bila lagi nak bermesra dengan kelawar Sk. Inilah masanya 😆

    Hebat barista tu boleh baca muka Iman suka minum apa.
    Yelah…comel sungguh cawannya. Agaknya nak letak harga rendah, kenalah jual cawan comel.

    Dataran IMAB ni, saya pun belum pernah sampai. Dia kan…bila kita dah menetap situ, terus jadi malas nak explore tempat tu 😄

    ReplyDelete
  2. Slowbar ni tak sesuai untuk orang yang tak sabar....

    ReplyDelete
  3. Seronoknya pejam mata terus mimpi.
    Kenapa saya susah nak mimpi?

    ReplyDelete
  4. Siapakah gerangan yang risau dengan kelawar tu? hihi...Nak tunggu lain kali macam lambat lagi nak sampai Perlis sebab baru pergi kan. Tapi okaylah tak jadi pergi sana dapat pergi sini tepi pantai. Kalau dapat meja tepi tu lagi syoklah kan. Tak rugilah beli tiramisu tadi boleh makan kat sini.
    Alahaiii comel nau cawannya. Rasa macam kurang berbaloi pun ya dengan harga dia dan saiz cup, mungkin kalau saiz regular tinggi sikit okaylah kot. Ini macam buat rasa-rasa je tu.
    Banyak tempat menarik kat Perlis yang akak pergi ni, kena masuk list dulu.
    Memasing berjaga malam eh, agaknya sebab penat tu yang boleh tertidur juga.

    ReplyDelete
  5. Sedap tak tiramisu nya kak? Tapi saya lihat tak kecil2 sangat size tiramisunya , dengan harga Rm25 masih oke , soalnya tiramisu dengan size begitu, di sini lebih mahal lagi 😅😅.

    ReplyDelete
  6. dok lepak kat sini sampi mengopi memang syok...
    tau tau je dah malam...

    ReplyDelete
  7. Syoknya, mengopi tepi laut. Tapi cawan kecik.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!