TAPAU NASI AYAM PENYET & GADO-GADO DI RESTORAN INDO BANGET

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 



CERITA tapau lagi. 
Balik kerja singgah Restoran Indo Banget ambil Nasi Ayam Penyet dan Gado-Gado. Sk dah buat pesanan sebelumnya melalui telefon bila dah nak dekat-dekat dengan Taman Pulai Makmur. Masa sampai tu, Sk duduk dalam kereta sekejap, baca dan balas-balas whatsapp,  kemudian dah selesai semua, masuk restoran, staf RIB pun baru keluar dapur bawa plastik bungkusan makanan yang Sk pesan. Lepas tu macam tahu-tahu pulak tu Sk punya, heheheh.


Kalau beli makanan dekat sini, wajiblah beli gado-gado. Sedap kuah kacang dia. Rasa kuah kacang dia seakan kuah kacang yang ibu Sk buat untuk makan dengan pucuk ubi rebus. Dulu ibu buat, kuah kacang tu tak dimasak tapi dibancuh dengan air masak.


Selain ayam penyet, tak pastilah ada ke ayam gepuk atau ayam geprek dijual di RIB ni. Sk pertama kali jumpa kedai ayam penyet di food court Leisure Mall. Sk tertanya-tanya, apa tu ayam penyet. PI kata, ayam goreng makan dengan sambal belacan, hahaha. Ayam penyet dekat RIB ni tak mengecewakan dan boleh dikatakan underrated. Lagipun rasanya sekarang ni lagi popular ayam gepuk kot padahal ayam penyet ni paling senior, hehehe.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lamanya x makan gado- gado...sedap nampaknya tu

    ReplyDelete
  2. Air tangan ibu memang sedap. Teringat emak buat sambal pceal, semua bahan digoreng dulu. Sedap betul makan dengan timun dan pucuk ubi. Eh, SK cerita kuah gado-gado kan🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!