BALIK KAMPUNG DI HARI CUTI DEEPAVALI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


CUTI sempena perayaan Deepavali baru-baru ni, pada mulanya, Sk dan PI merancang untuk jjcm ke Muar sahaja. Tak nak pergi jauh-jauh sebab tak mahu terperangkap dalam kesesakan lebuhraya di musim cuti. Hotel pun dah tempah awal-awal sebab hotel yang kami nak menginap ni selalu full house. Tapi, tak jadi ke Muar bila dapat berita pemergian abang PI. Tak sempat nak melawat masa arwah meninggal. Kena jenguk jugak kakak ipar (biras) yang ditinggalkan. Sk cekalkan hati la walaupun sesak ke apa ke highway, kena jugak redah.



Hari sabtu tu, PI masih kerja lagi sampai malam, buat liputan perlawanan hoki Piala Sultan Johor. Dalam pukul 11.30 lebih, PI balik. Dekat-dekat pukul 12.30 tengah malam baru gerak dari rumah. Sk ni konon nak tidur dulu sementara tunggu PI balik, tapi tak boleh. Sebelum bertolak tu, kami makan mihun goreng tapau dari rumah Cik Ani yang makan-makan petang tu. Kemudian berhenti minum pulak di RNR Pagoh. Iman jer makan nasi lemak. Dia memang sejenis lapar tengah malam. Sedap nasi lemak tu beli dekat Gerai Chombi (hujung sekali sebelah kanan).


Sk dan PI minum kopi segera dan kongsi-kongsi makan Creme Brulee Cake. Konon nak bawa roti jala dan dalca kambing tu, makan kat RNR, kan.. tapi fikir nanti sejuk pulak dalca, jadi membeku, jadi, tak bawa la. 


PI memandu dari rumah. Kemudian tukar giliran dengan Sk di Pagoh. Sampai Senawang, mata Sk dah tak boleh tahan. Iman pulak sambung memandu. Elok pulak sampai Tanjung Malim, dah dekat pukul 5.30 pagi. Punyalah ramai orang kat surau. Dahlah sinki kat toilet ada empat biji aje. Mujur tandasnya banyak dan bersih. Lepas subuh, kami meneruskan perjalanan ke utara, Sk pulak memandu sampai Tapah. Ajaibnya, dari Johor sampai Tapah tu, tak jammed langsung ya. Agaknya semua orang dah gerak hari Jumaat kot, hihi.


Baru jam 7.30 pagi. Masih awal lagi sebenarnya nak sarapan kalau ikut perut PI. Jadi, kali ni beli nasi lemak sorang sebungkus aje.


Sebungkus, RM2.50.


Ramai jugak makan nasi lemak tapi kebanyakannya makan nasi lemak ceduk dalam pinggan letak ayam goreng.


Tapi.. tapi.. tapi.. nasi lemak dia kali ni dah macam nasi impit. Nasi pun agak tawar dan tak berasa lemak. Nasib la beli sorang satu jer.


Iman tapau kopi o ais. Dari Tapah, memang tak singgah mana dah, terus menuju ke Kuala Ketil. Sampai sana pun tak ingat pukul berapa, mata pun dah kelat rasa berpasir sebab tak tidur sepanjang malam. Memang tak ada jammed la sampai Kuala Ketil pun. Masa Iman memandu tu cuba jugaklah untuk tidur tapi otak asyik berfikir, haha. Lepas zuhur, kami bergerak ke Pulau Pinang, Melawat Pusara Arwah Abang Pet. 



Balik dari pusara, bawa Kak dan sepupu PI, Kak Jah (yang ikut sekali) makan di Padang Brown. Mulanya nak bawa makan nasi lauk Melayu di Restoran Syazana atas cadangan Kak Roz (kakak ipar), tapi dah habis lauknya. Tu terus ke sini aje la yang senang, PI kata nak belanja Kak makan mi sotong. Kak tak berapa makan nasi kandar, tu la kami pun tak dapatlah makan nasi kandar jugak, hihi.


Selain mi sotong, ada jugak mi kerang mi udang, mi ketam dan mi special. Kerang, udang, ketam dan sotong tu bukan digoreng bersama mi tetapi dimasak sambal yang diletakkan di atas mi goreng (mamak).


Kalau datang sini, tekak rasa nak minum yang manis-manis jer. 


Laksa wajib pesan la jika ke sini.  Tak silap yang datang sebelum ni gerai laksa ni macam tak buka.


Mi Sotong. 


Markisa Kelapa dan Sarbat Kelapa.


Pasemburrrr selambakkkk! Padahal Sk tengok Iman pilih sikit aje, boleh jadi banyak macam ni. RM35 ke berapa ni, lupa harga sebenar.



Kak dengan Kak Jah tak pernah mai sini depa kata. Lepas makan terus balik Kuala Ketil. Pasembuq tak habih, bungkuihhh!


Sampai tu dah nak maghrib. PI ajak beli nasi lemak bungkus untuk makan malam. Jadi, malam tu tak keluar makan dah. Tidur Kuala Ketil kali ni, tak tidur Sungai Petani macam selalu. Kak pun dah siapkan bilik, terima kasih, Kak.


Esok pagi, lepas sarapan kuey teow goreng, bertolak balik. Lupa nak ambil gambar kuey teow goreng Kak, hehehe. 


Singgah tapau donut 6 ketul dan kopi di Krispy Kreme sebelum Plaza Tol Juru.


Takde orang, kami jer pelanggan. Agaknya masih awal lagi orang nak beli donut, hehe.


Mengopi sikit dan makan donut tiga ketul dulu sebelum Sk pulak memandu.


Singgah makan tengahari di Meru. Baru pukul 12 dah lapar, hahaha. Tak ingat la nama restoran ni, Pak Mat kot namanya. Lauk dia banyakkkkk sangat tapi tetaplah masak lemak ikan Kembung daun kunyit yang menjadi pilihan Sk.


Iman pilih ayam bakar dan air asam.


PI ambil lauk ni dulu lepas tu dia ambil nasi kemudian.


Lahhh.. ambil nasi ambil lauk lain lagi. Lepas tu dia paksa Sk makan ikan bakar tu pulak.


Semua sekali termasuk 4 gelas air, RM40.20. murah gilerrr! Lepas makan, kami terus gerak ke selatan. Bukan Johor tapi, hehehehe.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau x Melaka mesti Muar...hehehhe...

    ReplyDelete
  2. Melaka.....hahaha
    Hari Ahad pagi kami prepare nak buat lemang...tetiba teringat SK..tapi takdan nak BW...so tak tau pulak SK balik Kola Ketil...kalau tak kami ajak.mai raya dah...kami. uat lemang

    ReplyDelete
  3. wah.. yang bakar-bakar tu sedapnya.. kecur air liur dibuatnya..

    ReplyDelete
  4. Terlioq tengok pasemboq. Jauh kome berjalan dari selatan ke utara. Alhamdulillah, tak sesak highway, ya. Saya dan family juga mereput di rumah.

    ReplyDelete
  5. Aduhai SK.... tengok pasembur selambak tu teringat beberapa kali datang Penang Fuad belanja makan. Rasa sayu pulak! Bukan apa, awal Oktober lepas Fuad sudah lapor diri bekerja di Johor. Entah bila boleh meronda ke utara lagi.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!