Assalamualaikum WBT
SATU jam sebelum masuk waktu maghrib semalam, terima satu lagi berita sedih. Seorang pelajar Kursus Penyediaan Makanan di kolej berada dalam keadaan kritikal kerana terlibat dalam kemalangan di Kluang. Sk baca nama pelajar, tak kenal, mungkin dia tak tinggal di asrama. Manakala, seorang lagi rakannya, bekas pelajar kursus Automotif meninggal dunia dalam kemalangan yang sama. Namanya tu, Sk kenal sangat. Seingat Sk dia baru tamat tahap 2. Masih muda sangat, baru 19 tahun.
Begitulah, apabila Allah berkehendak, mati tak mengira usia tua atau muda, sakit atau sihat. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Mohamad Firdaus bin Shamsul dan memberi ketabahan kepada ibubapa dan keluarganya.
Alhamdulillah.. Perkongsian dari group whatsapp keluarga, arwah abang ipar Sk, Mohd Taufek bin Mohd Noor telah selamat dikebumikan selepas zohor, semalam. Kami tak balik semalam, atas halangan yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah, kami akan ke Penang menziarah kakak ipar dan keluarga Abang Pet apabila ada kelapangan serta melawat rumah baru Abang Pet.
Di sini, Sk ucapkan terima kasih atas ucapan takziah dan kiriman doa dari rakan pembaca dan sahabat blogger. Semoga doa kalian dibalas dengan ganjaran yang baik juga oleh Allah swt.


Innalillahiwainnailaihiraajiuun.
ReplyDeleteSemoga ibu bapa dan keluarga arwah dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi oleh-Nya.
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
ReplyDeleteاَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Takziah kepada keluarga yang terlibat. Moga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirojiun...AL-Fatihah, salam takziah
ReplyDeleteإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ moga dikurniakan ketabahan dan kesabaran kepada keluarga
ReplyDeleteSalam takziah buat seluruh keluarga.
ReplyDeleteSemoga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT.
Abg Pet tu Abg PI ye SK? Maaf, PH terlepas cerita.
Ya, abang PI, PH.
Deletesalam takziah...betul sangat tu SK..kematian tak megira usia...semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
ReplyDeletesemoga seorang lagi mangsa diberi kesembuhan dan dipermudah urusan perawatannya..aamin
Salam Takziah buat keluarga kakak ipar serta arwah pelajar.
ReplyDeleteMoga rohnya mereka dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman...meninggal ketika sedang menuntut ilmu...semoga tabah ahli keluarga arwah..
ReplyDeleteSayu rasa hati baca cerita orang yang pergi, lagi-lagi kalau orang lagi muda dari kita. Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat. Alfatihah.
ReplyDelete