Assalamualaikum WBT
23 September 2025
Sk dan PI pergi makan di Napoli Italian Pizza by Chef Nan di Medan Selera, Jalan Kebudayaan, Taman Universiti.
Sebenarnya dari minggu lepasnya lagi PI dah ajak, tapi masa tu tutup pulak kedainya. Tu yang 23hb baru dapat pergi itu pun sebab PI tak bertugas di stadium. Ni minggu depan dah sibuk balik la PI sebab ada kejohanan hoki pulak.
Pizza sewajarnya merupakan menu utama di sini. Kami pesan Beef Pepperoni sekeping yang normal. Tak mahu banyak sangat kejunya nanti melekat dalam perut, hihihi.
Selain pizza ada pelbagai pilihan pasta.
Ada juga Baked Pasta.
PI nak makan steak.
Cepat jugak sampai pizza kami ni.
Tak ada menu mushroom soup sebagai pembuka selera, kita makan pizza dulu
Sedap topping pizzanya. Ada potongan kecil nenas tu buat dia lagi sedap macam Hawaiian Pizza pulak. Cuma doh dia tak begitu lembut tapi taklah keras.
Yang normal pun banyak kejunya.
Sirloin steak untuk Tuan Penaja. Mantap jugak plating walau kedainya di Medan Selera bukan restoran.
Mai jamah sikit. Sedap tapi terasa sedikit masin pada perapan daging.
Pilihan Tuan Tanah Kedaung, Spaghetti Carbonara. Ada daging salai dan mushroom yang banyak, puas makan, sosnya pun sedap.
Boleh repeat la kalau rasa nak makan western tapi malas nak masak, hihi.
Total berapa, nanti Sk cari resitnya eh. Mana tah letak, hihi.

















Sedapnya semua tu. Selalunya menu western tak boleh makan banyak cepat muak.
ReplyDelete8Saya ni memang suka keju, jadi bila tengok pizza biasa pun dah banyak keju macam tu saya terus teruja. Tak payah extra pun dah puas hati!
ReplyDeleteRomantisnya, PI suap SK ya. Hehe.. syo syweett... Pizzanya nampak tebal. Bagusnya kat medan selera pun ada western menu dan pizza.
ReplyDeleteKita kan..balik JB baru ni...buntu x tau nak makan kat mana..semua kita suggest dari entry2 SK..mendapat tentangan dari menteri kewangan..sebenarnya dia x tau tempat tu..malas nak buka waze..lepas tu dia bawak je mana dia rasa nak bawak kita anak beranak..geram aje..nasib baik ok je tempat dia bawak...
ReplyDeletepizza kalo extra cheezy sodap
ReplyDeletekuah spagetti carbonara tu tgk gmbr je dah tau sedap... sy suka jenis kuah mcm ni...mkn pun puas hati👍
ReplyDeleteWah, lemak berkrim spaghetti carbonara tu. Puas hati ye SK banyak daging salai dengan cendawannya.
ReplyDelete