MAKAN DI RESTORAN ABA VIETNAMESE MUSLIM FOODS

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


AGAKNYA masih ramai yang menyambung cuti hari ini. Kereta tak banyak, motor pun kurang. Perjalanan lancar, highway pun boleh tak ada kereta sangat. Macam boleh kalau nak main bola ke, badminton ke.. hahahah. Mana semua worang pergi, korang ponteng ek hari ni? Hihihi.


Ni cerita minggu lepas, Sk dan PI pergi makan di Restoran ABA Vietnamese Muslim Foods di Kulai. Dah tak terkira dah berapa kali kami makan di sini. Kadang berdua, kadang bertiga dengan Iman.


Ada beberapa menu baharu. Kami pun ubah selera la, asyik makan Pho Bo aje, kali ni kami pesan menu lain.


Restoran ni dimiliki oleh sepasang suami isteri. Suaminya kawan PI, berkahwin dengan wanita Vietnam.


Ada desserts Vietnam.


Pilih pilih pilih.



Tergeliat lidah baca menu.


Geram jer tengok kopi dia.


Makanan tempatan pun ada tapi terbalik pulak la gambarnya ni, hehehe.


PI makan Pho Bo Kho (RM17). Kalau Pho Bo kuah jernih, yang ni kuah merah. Ia pedas sikit, daging dia besar-besar eh, empuk dikunyah.


Sk makan Bun Thit Bo Nuong (RM17). Yang ni dagingnya nipis- nipis, tak berkuah atau sup. Ia datang bersama sos homemade macam sos untuk Vietnam Rolls tu. Curah sos tu dan gaul sebelum makan.


Aaaa... Yang dalam mangkuk kecik tu sos dia.


Cha Gio (Vietnamese Popiah) RM15/4's.

Intinya padat dengan daging, cendawan dan sayuran, 



Ni makanan Sk tadi. Ingatkan mihun rupanya suhun.


Gaul-gaul-gaul dengan sos tadi. Selain daging ada hirisan salad dan timun. Bila dah gaul semua dan suap ke mulut, rasa dia macam kita makan Vietnam Rolls tu la, cuma tak ada kulit, hehehe. Bagi Sk, ia lebih sesuai sebagai pembuka selera. Tak kick sebab tak pedas. 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Makanan Vietnam ni nampak sihat² je kan... Sbb byk sup dan sayur kot hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaa....kita dah lama x makan Pho Bo..

    ReplyDelete
  3. Makanan Vietnam ni tak familiar sangat sbb family jenis tak minat makanan Vietnam. Saya tau Vietnamese roll je hehe

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi makan di restoran vietnam. Saya pernah cuba vietnamese roll je.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!