Assalamualaikum WBT
CERITA Sabtu lepas, pergi makan malam di Restoran Haji Mohd Teo Seafood yang terletak di Taman Daya. Kali ni, Iman ada sekali, kami ambil dia di kolej dan bawa pergi jalan-jalan dan makan-makan tu sudah semestinya.
Dari jauh nampak macam restoran tomyam kerana mereka menyusun meja-meja di luar. Disebabkan cuaca malam tu agak berbahang, kami pilih makan di dalam restoran yang berhawa dingin.
Staf restoran pantas menghantar buku menu kepada kami bertiga. Baguslah, kadang-kadang tu ada sesetengah tempat Sk pergi, dia bagi sebuah jer buku menu.
Ada menu set untuk 5 - 7 orang. Boleh pilih sama ada ikan patin atau baung, tapi cara masakannya tu Sk tak pastilah, tak bertanya pulak. Selain ikan, set C memgandungi udang goreng nestum, sotong goreng telur masin, tauhu Berlauk seafood, cincin keladi ayam masak manis dan sup rumpai laut dan tauhu. Harga set ini RM308. Ni mungkin tak termasuk nasi dan minuman kot, sebab dia tulis nama lauk aje.
Kalau tak ramai, ada jugak pilihan Set A (2 - 3 pax) dan Set B (3 - 5 pax). Tapi, cara masakannya ni semua bukan taste PI, kami pesan ala carte la senang. Kalau readers nak tengok menu lain, Sk ada tepek kat bawah.
Masakan ikan dan ketam.
Masakan udang, sotong dan lala.
Masakan tauhu, sayur dan telur.
Masakan ayam, daging dan udang lipan.
Pelbagai pilihan nasi goreng.
Pelbagai pilihan mee dan sup.
Tu diaaaa.. PI tengah study, heheheh.
Semua ikan segar. Ikan patin kat atas tu sama sebiji macam ikan patin yang arwah abah bela dulu.
Besar-besar ikan siakap, RM8/100grams. Tengok saiz macam sekilo ni masing-masing.
Ketam saiz L.
Ketam ada offer, 3 ekor RM88. Boleh pilih nak masak telur masin, lada hitam, sambal pun sodap! Tapi, kami memang taklah ambil ketam. Ketam kalau nak makan memang masak sendiri la, hihi. Meh la tengok-tengok masakan yang kami pesan.
Tauhu Sizzling RM18
Dia hidang dalam pan bertangkai panjang macam ni ko!
Sedap sangat la tauhu sizzling dia. Ada ayam cincang dan sayur. Sos dia pun sedap, tak rasa kicap. Disyorkan la siapa datang makan sini untuk pesan tauhu sizzling ni.
Ikan Siakap Goreng Sos Hong Kong RM80.
Dalam sejarah betul la makan siakap sampai RM80. Ingat makan kat PD dulu dah cukup mahal la ikan RM70, hihi. Tapi, Sk tak bantah la ikannya harga begitu sebab memang besar anggaran sekilo. Presentation dia pun mantap dengan gaya ikan macam nak terbang tu. Ikan tu dia potong elok bergaya dah, tapi overcooked, sampai isi kat bahagian tulang tu terlalu garing, nak sisihkan dari tulang pun dah lekat habis, huhu.
Udang Mentega RM60.
Kami tunjuk gambar la nak yang rupa gini sebab takut dia buat yang basah. Mula kira udangnya ada 6 ekor, tapi dah ambil semua sorang dua ekor, perasan ada sekor lagi tapi kecik. Sk rasa mungkin dia letak aje la yang kecik tu free kot. Mahal ek udang RM10 sekor. Tu takpe, dah beberapa hari tu baru PI cakap, udang dia lembik macam dah lama. Udang yang Sk makan okey aje pulak, kecuali yang kecik tu Sk rasa dah lembik. Tak tahulah Iman, udang yang dia makan macam mana.
Baby kailan goreng oyster RM12
Ni biasa-biasa ajelah.
Sotong Kung Pao RM28
Ni pun biasa aje, tapi sotongnya tu tebal dan lebar juga hirisannya.
Cukup la lima lauk jer kali ni tak berlebih-lebih. Macam biasa, PI la yang tengok dan jumpa restoran ni fyp kat TT dia. Apa ketidaknya, dok buat carian makan makan makan, memanglah, haha. Jadinya, PI tahu la, ada offer dengan pesanan RM100 ke atas, boleh dapat semangkuk cendol percuma. Jadi, lepas dah siap makan kami pun mintalah cendol. PI tanya, tak boleh dapat 3 ke? Dia kata, boleh satu aje. Baiklah.
Dari jauh Sk perhati jer la staf dia buat cendol tu. Bersungguh ya dia buat. Selain cendol dia letak jugak jagung dan kacang merah.
Melelehhhh.. parutan aisnya tu halus mulussss. Betul-betul sedap cendolnya cuma tawar sikit. Kami mintak tambah gula melaka la. Bukan main banyak pulak ditambahkannya, hihi.
Cukup pun 3 orang makan semangkuk cendol ni. Ialah, baru lepas makan nasi apa tak cukupnya. Tapi tu la, bila tengok balik resit, patutnya boleh jer bagi dua mangkuk cendolnya, hurmmm. Tu takpe, tengok meja sebelah langsung tak dapat cendol. Agaknya sebab dorang tak tahu kot ada cendol free atau memang dorang tak nak, tak pastilah.
biasa makan ayam kungpoa..kalini tgk menu sotong kungpoa...sedap tu sizzling telur
ReplyDeleteTudiaaaa....menu set tu tu seram plak tgok...tapi setuju ikan siakap tu nampak sedap betul..hati SA terpaut pada Sotong Kung Pao jugak...
ReplyDeleteharga pun mengancam poket sgt... maaf.. sekali buleh la makan kat sini. huhuhu...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Mesti puas hati makan di sini SK. Hidangan cantik, berbaloi dengan harga.
ReplyDeleteBanyak betul menu dia. Memang patut PI menelaah buku menu.
ReplyDeleteSedapnya tengok... harga pun sedap juga..
Tauhu sizzling paling menambat mata.
ReplyDeletemantap pak teo punye makan seafood., leh naik kolesterol nih., hehe
ReplyDeleteKemain erk PI study buku menu tu hihi...
ReplyDeleteAduh terlepas semangkuk cendol pree ðŸ¤
Kalau makan ikan fresh2 ditangkap dalam akuarium ya.....comel la pulak kartun Haji Seafood tu.
ReplyDelete