MAKAN DI RESTORAN KARI KAMBING 40 HARI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 


MASA balik dari Shah Alam minggu lepas, kami singgah di Restoran Kari Kambing 40 Hari. Lama dah tak makan kat sini. Mula tu keliru jugak sama ada nak makan kat situ atau Nasi Baryani Wak Gondan, tapi sebab Nasi Baryani Wak Gondan kami baru makan jugak sebelum ni balik dari mana tah, hahaha.. jadi, marilah kita ke Restoran Kari Kambing 40 Hari.


Jika anda dari lebuhraya menghala ke selatan, restoran ini akan kelihatan di sebelah kanan. Dari lebuhraya jelas kelihatan barisan panjang sedang beratur membuat pesanan. Jadi, marilah kita bertabah, hahaha. Lama tak makan punya pasal, kan. Tapi, bila dah beratur tu, cepat aje pun dah sampai ke depan. Masa ni dah tak ramai mungkin sebab dah hampir pukul 3.30 petang.



 Tengok harga yang tertera pada bunting, nampaknya harga makanan sudah naik. Bukan naik sikit-sikit pulak tu ya. Boleh tengok harga lama pada post sebelum ini.




Sk lebih menggemari lauk ayam berbanding kambing tapi lauk ayam kena tunggu 12 minit pulak. Jadinya, kambing pun, kambing laaa. Selambak dia bagi kambing, mungkin sejajar dengan kenaikan harga tu, Sk tak pasti la. Tak larat pulak menghabiskan kambing tu, tahu tadi, ambil dua pinggan aje berlauk kambing, kemudian minta nasi sahaja sepinggan.


Citarasa manusia tak sama. Ada jugak yang kondem tak sedap la, itu la, ini la, tapi pelanggan tetap ramai. Kalau hujung minggu tu, jangan cakaplah ya, tepi jalan kiri kanan penuh kereta. Medan letak kereta disediakan pun besar, pun penuh. Berduyun-duyun pelanggan datang macam ada kenduri, hihihi. Kalau tak percaya, tanyalah Wak Warisan Petani tu, rasanya rumah wak dekat-dekat situ jugak tu, hihihi.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Haah, pelanggan dia sentiasa ada..SA kalau balik JB lalu kat highway kan nampak kedai dia..SA ngaku selera SA x kena ngan kari kat sini..pernah beli lauk dan tapau..maybe kena makan kat situ kot...

    ReplyDelete
  2. Lauk kambing ada penggemar dia tersendiri...saya kalo masakan tu ada bau kambing mmg x la nak makan...tapi ada org nak bau kambing tu bau selera nak makan..mcm2...

    ReplyDelete
  3. Dulu-dulu kalau balik kampung BP kami rajin singgah makan sini. Tapi sejak pelanggan dah macam datang kenduri kawin ni kami tak pernah pergi. Tengok kenderaan bersusun pun dah rasa lemah semangat 😅

    Saya suka daging kambing. Apa-apa menu kalau ada pilihan kambing, mesti tolak ayam.

    ReplyDelete
  4. banyak portion nasi tu mau kenyang sampai malam ni kak,puas hati makan time tengah lapar

    ReplyDelete
  5. Sekarang Fuad kerja di Johor. Bolehlah nanti bawa kami makan kari kambing 40 hari. Dulu datang Johor tak sempat singgah.

    ReplyDelete
  6. Pernah singgah sekali je, lepas tu dah malas sebab orang sentiasa ramai.

    ReplyDelete
  7. Dah lama teringin nak singgah di restoran ni tapi sampai sekarang belum ada rezeki lagi

    ReplyDelete
  8. Saya pernah baca beberapa kali ttg rumah makan ini. Memang tertarik lah. Apalagi menu kambing. Fav saya dan suami. Pas baca nama kedai makan, langsung teringat nya, ini kambing usia 40 hari kah 🤭? Kalo di Indonesia ada restoran kambing yg memang hanya memakai kambing usia muda kak. Tp biasanya di bawah 3 bulan.

    ReplyDelete
  9. memang femes kan restoran ni, ada jiran kak ana mai makan sini balik hari je SK :)

    ReplyDelete
  10. Lamanyaa tak makan sana 😍
    Oo.. harga naik banyak yee.. Aduh, baru nak makan lagi. Lapo lak nengoknya memalam gini ui..

    Wak Gondan.. saya tak pernah try lagi.. Masuk list je dulu tapi tak terpergi pergi.. Haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!