Assalamualaikum WBT
TAK Melaka ler jika tak singgah makan di Restoran Pak Putra yang terletak di Taman Kota Laksamana, bandaraya Melaka. Restoran Pak Putra ni diperkenalkan Along, Sk. Dulu-dulu mana ada waze, tapi kami sampai jugak. Sampai sekarang masih tak boleh lupa ada seorang pekerja dia yang berlari time nak hantar makanan ke meja, heheh. Dah lama tak nampak lagi dia, mungkin dah balik Pakistan.
Kita zoom sikit tengok ayam tandoori bergantungan. Datang sini wajib makan ayam tandoori dia seorang satu set, tak mahu kongsi-kongsi.
Dorang sentiasa masak tak putus-putus sebab ni memang menu signature restoran. Sekejap jer dah dihantar ke meja.
Sos cicah dia sedap.
Ayam dia garing di luar, lembab di dalam. Rempah perapan dia tu meresap dan sungguh sedap. Sebelum makan perah limau dulu.
Ayam dah sampai, roti nan belum.
Aaa.. sampai dah roti nan. Sk ambil Roti Nan Garlic, PI ambil yang biasa. Mula Sk nak ambil yang ada keju tapi risau kenyang sangat nanti tak habis. Baru makan asam pedas kan petang tu.
Garing dan lembut rotinya, makan cicah kuah dal. Tak cicah pun dah sedap. Makin malam makin ramai orang, asal ada pelanggan habis makan, ada pelanggan lain pulak datang duduk. Dia tak beratur sangat tapi pelanggan tak putus.
Mango Lassi memang sesuailah diminum jika makan makanan dari selatan India atau Pakistan ni kan. Tapi tu la, Sk minta gelas besar, dihantar pulak yang kecik. Frust betul, hahaha.
Burppp.. Alhamdulillah.











Saya lama tak makan. Masa duduk kawasan perumahan lama selalu jalan pergi sini untuk makan. Datang petang tak ramai orang. Lepas itu lepak dalam kedai.
ReplyDeleteHehe harga semestinya sudah berbeza
teringinnya kita makan ROTI NAAN ngan ayam tandoori ni....dapnyaaa...maggo lassi tu yummy la...
ReplyDeleteMango lassi nampak paduuuuu 😋
ReplyDeleteSemalam makan dekat mamak nampak customer makan nan + ayam tandoori gak. Rasanya esok lusa turn PH pula. Teringin bila tengok SK punya ayam tandoori ni
Hahahaha tak boleh tahan tu ayam tandori tak nak share nak makan seorang. Tapi memang nampak ayam dia mengecurkan
ReplyDeletePak Putra namanya tapi Restoran Pakistan ya. Ayam tandoori tu memang saya pun suka.
ReplyDeleteSos pudina ke tu, dengan ayam tandoori? Kat sini kalau pi mamak, dia bagi chutney kelapa je, dulu-dulu merasa juga cicah sos pudina tu, memang sedap. Patut ramai orang, sebab sedap yek, SK.
ReplyDeletetgk pencicah ayam tandoori tu... nampak sedap
ReplyDeleteNama Pak Putra, tapi rupa-rupanya makanan India dan Pakistan.
ReplyDeleteSedapnya hidangan SK, memang tak boleh kongsi kalau makan sedap gini. Hehe
pernh mkn sini time outstation melaka...kita order yg triple cheese roti naan tp cheese nya tkde la meleleh2 sgt...sedap juga la dgn ayam tandoori tu
ReplyDeleteNampak sedap ayam tandori nya tu. Cheese nan my fav tapi susah nak jumpa.
ReplyDeletelama pulak x mkn ayam tandoori... mengundang betul la entri kak SK ni... hihihi
ReplyDeletepak putra ni ms tgh viral dulu, fuhhh... dtg2 penuh dtg2 penuh... skrg x tau laa mcm mn...dia kn buka caw tmpt lain😁
ReplyDeleteSaya pun getam kalau minta yang besar, datang yang kecik. Mango lassi memang sedap. Dulu-dulu rajin cari di kedai mamak. Makan nasi Briyani, minum mango lassi....aduh, penuh perut!
ReplyDeleteMemang hrs balik Melaka saya 😍😍😍. Tak sempat coba ini. Ayam tandoori ini sebenerny saya suka. Tapi tak semua restoran bisa buat yg sedap. Kadang banyak yg bumbu petapan tak meresap, atau daging ayam keriiing sangat. Tak suka yg begitu.
ReplyDeleteJadi kalau mereka bisa buat bumbu meresap hingga ke tulang, dan daging tetap juicy, memang best lah ❤️❤️❤️