Assalamualaikum WBT
BALIK kerja petang semalam, dari jauh Sk nampak ada khemah dipasang berhampiran rumah. Tak nampak rumah siapa, tapi memang jelas jiran dekat-dekat. Dah semakin hampir, rupanya rumah jiran Sk yang akan sambut Deepavali, isnin depan. Rumahnya berselang sebuah rumah jiran sebelah Sk. Sk fikir agaknya dia nak buat open house, tapi awal lagi, baru hari rabu. Dalam khemah, ada kerusi belum disusun, jadi masih boleh lalu. Tiada sebarang hiasan pada khemah. Seorang saudara dia sedang duduk di situ. Sk toleh ke dalam pagar terus nampak ruang tamu di dalam, ada gambar dewa mereka. Ada upacara sembahyang la kot, fikir Sk. Yang saudara dia tadi tu, lepas Sk lalu, cepat-cepat ambil kerusi letak di luar khemah, hadang tak bagi orang lalu la agaknya. Ehhh, dia fikir apa, dah tentu rumah kita kat situ.
Tapi tak nampak pulak mana-mana ahli keluarga mereka yang Sk kenal. Kemudian nampaklah ada beberapa orang saudara mereka yang sampai. Dari cara mereka bercakap perlahan, fahamlah Sk berlaku kematian, cuma tak tahu siapa. Si bapa atau si ibu. Mereka ni ada lori, ada kereta dua tiga biji, suka letak depan pagar rumah orang. Lori dia pulak menghalang pemandangan orang nak keluar masuk lorong. Bukan satu tapi dua lori lebar dan panjang. Kalau sedara-mara dia datang, pun sama, pakai park aje depan rumah jiran. Tu la tu, malas nak singgah bertanya. Kalau ada hari perayaan, main mercun pulak tak ingat dunia. Siap bakar mercun merah tu sepanjang jalan sampai bersepah masuk rumah jiran. Kereta pun berdebu lepas tu. Manalah yang tak sakit hati kita sebagai jiran ni. Manalah nak ada hati singgah bertanya khabar, huhuhu.
kalau pedas sangat..selalu linda basuh lauk nya, goreng lain...hihihi..tapi, setakat nie tak pernah la terpedas sangat
ReplyDeleteTercari2 button nak mengomen rupa2 nya kat bawah 😅
ReplyDeleteDaging masak kicap tu faveret kiteorg satu family jugak. Tak pernah lagi buat / makan daging masak sambal.
2 pilihan menu daging...jrg org masak sambal daging
ReplyDeleteAmbil daging sahaja makan, nanti pedih perut
ReplyDeleteSamalah kita SK, selagi boleh dimakan tu, makan je. Sayanglah nak buang makanan.
ReplyDeleteSK guna daging batang pinang ke? Nmpk senang je SK masak lauk² daging ni
SA sekarnag beli cili kisar yang kat Tik Tok tu..2 botol RM13...X berani nak kisar sendiri cili kering sebab pedas giler..tag x pedas pun hasilnya pedas giler...boleh buasir kadang2 tu...
ReplyDelete