Assalamualaikum WBT
AWAL pagi tadi, Sk terjaga.. rasa macam dah lama no tido. Tengok jam, baru pukul 2 lebih. Tak rasa macam nak tidur semula, masuk dapur ambil suku buah tembikai dalam esbox yang PI potong 4. Sk potong kecik-kecik dan makan. Tak lama dengar PI buka pintu bilik, dia pun join makan sekali tembikai pukul 2.30 pagi, hihi. Lepas tu, Sk mendobi pulak. Tu takpe, sambung melipat cadar, selimut dan sarung kusyen yang tak sempat dilipat lepas dicuci minggu lepas kerana berjalan ke Temerloh.
Walaupun bangun awal, tak rajin nak buat sarapan. Kami ke Ashoka Curry House. PI macam biasa jika ke sini, makan apom. Hari ni apom tergaring sikit tepinya, tapi sedaplah, rangup-rangup. Apom satu set ada dua keping. Orang makan apom dengan susu dan gula merah tapi PI makan cicah kari.
Sk makan puri. Puri pun begitu, satu set dua keping disertakan bersama kentang masala. Kedekut betul yang letaknya pun. Secoet macam tu manalah cukup, hahaha. Mujur dia letak terus kuah kari sebaldi atas meja. Bolehlah kita cicah puri dengan kari sepuas hati
Hampir nak habis apom dalam pinggan, PI tambah pesan roti canai pulak. Lepas tu, dia semak jadual bertugas perlawanan liga melibatkan Pasukan JDT2 menentang Perak malam ini di Stadium Pasir Gudang, namanya tiada dalam senarai. PI kata, tak jadi pergi bola, jom pergi Melaka?
Padahal, kain baju dalam mesin basuh belum dikeringkan lagi, boleh pulak bagi persetujuan. Tapi, ada syaratnya.. tu nanti Sk blog lain. Sampai Melaka pun dah petang, makan kat sini aje la yang senang. Mana lagi kalau bukan Asam Pedas Hajjah Mona, sebab PI nak makan AP Tetel.
Asam Pedas Tetel untuk PI dan Sk pilih AP Ikan Kembung.
Set Asam Pedas datang bersama sepinggan nasi, sayur taugeh, sambal belacan dan telur masin.
PI tambah ayam goreng. Ayam goreng dia dah sejuk tapi masih sedap lagi.
Tetel empuk dikunyah.
Asam Pedas Ikan Kembung letak daun kunyit. Berbeza la rasa asam pedas Melaka dengan Johor. Melaka ada rasa berempah.
Masa ni memang dah betul-betul lapar, hehehe.
Lupa nak tambah pesan telur dadar.
Air Mata Kucing jangan dilupa. Sejuk dan menyegarkan. Burppp.. Alhamdulillah.
Kenyang tengok entry ni, macam makanan ada hehe...
ReplyDeleteTergoda tengok ayaq mata kucin tu aih
Besarnya! Sampai tak muat tray!
ReplyDeleteKenrang masala tu sedap. Kalau saya minta tambah hihihi.
ReplyDeleteTak pernah makan kentang masala. Secoet betul tu sekali cicah je.
ReplyDeleteAsam pedas tetel melaka sedap. NI kalau banyak ni perangat pagi2 lepas tu layan dengan lempeng . yum yum yum. Asam pedas bubuh daun kunyit pelik ler rasanya
ReplyDeleteDia kalau dah cukup tidur memang payah nak tidur semula. Baiklah bangun buat kerja apa yang patut. Uisshh makan tembikai awal pagi tak sejuk pulak perut. hihi..
ReplyDeleteMacam tak pernah lagi makan apom. Kalau di kedai memang pattern roti puri besar gitu ye. Kalau makan satu tu rasa macam kenyang makan roti canai.
Gitu je ek dia ajak pergi Melaka. Macam berjiran dekat je dibuatnya. Dah orang ajak, rugi tak pergi. Sedapnya asam pedas Melaka. Ini yang rasa macam nak ke Melaka jugak ni.
Alhamdulillah dapat dah makan kenyang perut..syukur alhamdulillah makanan sedap tu dek..
ReplyDeleteAppom tu lama tak jumpa. Ada panggil kuih lenggang jugak kan....
ReplyDeleteBengkekkkkk je Iman ayah & Ibu berjalan tak angkut dia
ReplyDelete