MENGINAP 3H2M DI HOTEL TAMARA MELAKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT 


GARA-GARA tak jadi menginap di Melaka masa balik dari Kedah tuari, Sk turutkanlah jugak kehendak Pak Inche nak balik ke kampung angkatnya ni. Macam selalulah, walaupun tukang tempah dan bayar hotelnya, PI tapi kena jugak dapatkan persetujuan dari Menteri Dalam Negeri Rumah merangkap penasihat kewangan, hehehe. Sebelum tu, terlebih dahulu Sk minta maaf ya kepada orang Melaka sebab tak bagitahu nak datang, kami pun datang hari kerja ni, kan.




Inilah hotel pilihan Sk selama bermalam di Melaka kali ini. Dua pilihan yang diberi pada Sk sama ada nak menginap di Hotel Tamara atau Dusit Princess, Sk pilih Tamara atas beberapa sebab. Pertama, harga yang sangat berbeza, kedua kedudukan Hotel Dusit Princess di kawasan sesak sebab setahu Sk, Dusit Princess ni dulu ialah Hotel Ramada. SK faham, perbezaan harga tu berdasarkan bintang tapi tak apalah duduk hotel mur mur pun, asalkan hotel baru, hahaha. Ya, Tamara ni hotel yang baharu sahaja dibuka pada 2 November lepas. Aaaa.. hotel ni la yang kami terpaksa batalkan tempahan disebabkan hujan lebat masa perjalanan balik dari Kedah tuuuu. Kami pernah bermalam di Hotel Ramada, tu la tu sebab Sk tak rasa teruja nak menginap di Dusit Princess, dahlah mahal, sayang duit Pak Inche oiii.






Lepas makan di Restoran Selera Kampung dan Ikan Bakar Bukit Rambai, kami terus ke sini. Hotel ni terletak dalam kawasan perumahan iaitu Taman Kenanga, Gajah Berang. Bangunannya dalam kawasan berpagar, sama dengan Kenanga Residents (kondominium) tapi bangunan lain-lain. Ada lapangan letak kereta khas bagi tetamu hotel, cuma setiap kali nak keluar masuk tu, nak kena beritahu pengawal keselamatan yang bertukar shift bahawa kami menginap di hotel. Sepatutnya selepas daftar masuk, pihak hotel kena sediakan satu kad parking saiz A4 (biar nampak dari jauh), yang diletak atas papan pemuka kereta supaya mudah dicam oleh pengawal keselamatan bertugas. Tak perlulah asyik nak tanya aje. Masa check out hari tu, PI ada beri cadangan ni, harap dorang buatlah lepas ni sebab Sk suka nak menginap di sini lagi, hihi.




Ambil Deluxe King Room, harganya RM140 termasuk sarapan untuk dua orang. Murah giler babas!
Kali ni kami menginap di aras 11, nak naik lif kena flash card bilik. Yang best selalu dapat bilik hujung-hujung tapi kali ni dekat dengan jalan keluar ke lif.




Almari besar tapi dia bagi hanger tiga aje pulak. Tak ada sejadah ya, rasanya dalam laci pun tak ada. Kebanyakan hotel, biasanya kalau buka wardrobe terus nampak sejadah (jika ada disediakan). Tapi, seterika dan iron board serta peti keselamatan disediakan. Iron board dia besar dan masih elok lagi la, baru, kan. Sk tak guna iron pun, malasss, hehehe.





Teruja giler kitorang sebab ada netflix, hahaha. 




Bilik besar macam ni, RM140. Dahlah serba baru.




Sk terpaksa tepek gambar bilik air ni sebab nak tunjuk, dindingnya kaca yang boleh tembus nampak katil, hehehe.  Bilik air pun luas dan dipisahkan ke tiga bahagian iaitu tandas, sinki dan ruang pancuran. Tekanan air laju jugak.






Masa check in dapat coklat sempena Hari Natal.




Bungkusan coklat, lupa nak snap pic masa belum buka.




Ni ambil gambar masa nak keluar makan malam. 




Lega bila tengok cafe tak ramai. Bercuti kat Melaka sebelum-sebelum ni, tak sah kalau tak beratur tunggu meja. Yang paling menyampah kalau tak ada staf bantu carikan meja dan kita kena cari meja sendiri.




American Breakfast wajib la hari pertama sarapan buffet. SIni tak ada live station untuk telur, telur semua dah siap goreng (telur mata kobau). Ada telur rebus siap jugak yang belum dikupas. Juga tiada live station untuk mee sup dan sebagainya. Hari pertama ni ada roti canai jugak, pun dia dah hidang siap. PI awal-awal dah makan roti canai, apa barang tah pergi hotel makan roti canai, hahaha.




Sk ambil nasi lemak sebab PI kata sedap. Yaaaaaaaa... memang sedap nasi lemak, nasi sedap, sambal pun sedap, lengkap condiments kacang tanah, ikan bilis, timun dan telur rebus. Kalau nak letak telur mata lagi pun boleh, nak tambah telur rebus dua tiga biji pun ikut suka la. Banyakkkkk lagi telur dia, tetamu tak ramai, kan. Lauk rendang ayam dia pun sedap, kuah rendang basah-basah lagi.




Lepas tu, Sk makan Bubur Nasi setengah senduk. Condiments untuk bubur nasi pun banyak. Bubur pekat tak berair.




Ambil French Toast siram madu. Waiter dia rajin betul datang tambah kopi. Semua bersemangat, pantang nampak kita dah habis makan, cepat-cepat datang kemas.





Haaa.. ini jer kaunter makanan dia. Sebelah kiri ni ada kaunter salad, kek dan buah-buahan. Ada satu lagi kaunter minuman panas dan jus buah serta susu dan bijiran. Roti pun ada jugak tapi taklah banyak jenis. Alahhh, kalau letak 10 kaunter pun, memang itu jer la pun yang kami makan.




Sk lupa nak turunkan tandatangan kat white board ni.




Jom kita tengok kolam renang. Kolamnya memanjang, besar dan luas jugak kawasan kolam ni. Bangunan tinggi tu Kenanga Residents.




Ini sahaja bangunan hotel.




Pemandangan kolam dari atas. Ni tengok dari lobi menunggu lif, dari bilik kami nampak pemandangan bandar aje. Okey jugaklah, kalau tak nanti nampak pulak residents ni.




Lepas sarapan, kami panggil house keeping kemas bilik walaupun kami ada kat dalam. Sebabnya Sk nak minta vakum bilik sebab macam sebelumnya tak divakum. Sebenarnya, hari check in tu,  Sk dah perasan masa habis solat, karpet dia tak berapa bersih. Sk nak komplen jer dan nak suruh vakum masa tu jugak tapi fikir balik, agaknya tak sempat sebab masa cuti hari Krismas tu, full booking. Tu yang tunggu house keeping datang nak minta dorang vakum.




Tapi, bila tengok dia tukar semua cadar, gantikan sarung comforter semua ni, Sk tak jadilah nak cakap. Tak sampai hati. Sk ni, tukar cadar aje dengan sarung bantal pun dah mengah. Sapu bilik kat rumah yang sekangkang cicit kera tu pun dah rasa nak rebah, hahaha. Tak apalah, bukan nak baring kat lantai, SK abaikan ajelah. Dia tengok jauh memang tak nampak, jadi kita tengok dari jauh jer, haha.




Jangan tak percaya, pinggan pertama hari kedua sarapan, Sk ambil nasi lemak. Memang betul-betul sedap masa kejadian Sk menginap ni ya.




Ingatkan nak makan roti canai jugak macam PI semalam (apa barang?). Tapi roti canai ilek, ada mee goreng. Sk ambil sekali Hash Brown, sosej dan yang hitam tu, chicken ball bersama sos black pepper. Mee goreng dia macam masin sikit, dia tulis situ Mee Goreng Mamak tapi rasa macam Mee Bodo. Okey jugaklah dapat jugak makan Mee Bodo sebab memang tak sempat nak pergi makan Mee Bodo Hassan tu sebab petang tak buka kan.




Lepas tu, ambil Bread Butter Pudding dengan kek chiffon pandan.  PI makan nasi lemak dengan buah aje. Nampak tak, pergilah duduk hotel 10 bintang pun, memang tu jer la dia makan.




Hari ketiga di Melaka, baru nampak matahari, kalau tak, mendung dan jerebu. Tak cantik nak ambil gambar.




Ni bukan balkoni tau, tapi ruang compressor pendingin hawa.




Haaa.. ni ruang parkir hotel. Tak payah naik bertingkat-tingkat, tak payah ambil kad, yang penting percuma!

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cantiknya hotel tu. Lama tak ke melaka. Last pergi masa anak2 kecil lagi.

    ReplyDelete
  2. Hotel baharu ni.. Patut tak pernah dengar. Saya Google.. Oh, di situ rupanya.. Area Kampung 8.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, mmg baru jer buka awal nov. Dalam kawasan perumahan tak masuk pusat bandar, lapang jer rasa.

      Delete
  3. dpt harga RM140 tu booking mll apa? ke walk in?

    ReplyDelete
  4. Hahahah...setuju bab kad parking tu .Wah..best dapat cekelat

    ReplyDelete
  5. Murahhh..Cantik Dan selesa lah nampak..maybe sebab baru ke...Nice laaa camni..Kena cecepat book jugak lahh..hehee..Thanks info..

    ReplyDelete
  6. Kita selalu ke Melaka, boleh la masukkan hotel ni dalam wishlist

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!