MAKAN DEKAT-DEKAT RUMAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


TERINGAT dulu-dulu masa taman perumahan Sk ni baru dibuka, Iman baru 4 tahun. Masa tu tak silap, rumah Sk ni baru fasa 3 dan taman kami ni jauh ya nak masuk ke dalam kalau dari jalan besar. Itulah satu-satunya jalan nak keluar ke bandar, ke Kulai atau ke Pontian. Bila pemaju Scientex buka Taman Pulai Mutiara, barulah ada pilihan jalan lain nak keluar ke bandar atau ke Pontian, masa tu pun Iman dah Tingkatan 5. Rasalah cepat sikit sampai sebab ada highway. Tapi tu dulu, la.. sekarang nak sampaikan ke permulaan highway tu pun dah jenuhhhhh. 30 minit belum tahu lagi boleh lepas, huhuhu.




Tu takpe, kalau nak pergi makan, tetaplah nak pergi yang jauh-jauh jugak, yang kena keluar dari taman. Padahal, banyak aje kedai baharu dibuka dekat Taman Pulai Mutiara tu. Taman kami, jangan ditanya, ada aje yang tak kena dan tak memenuhi selera. Jadi, ada satu hari tu, rasa macam tak rajin nak keluar jauh-jauh, kami pun ke Restoran Odeen ni. 


Dekat papan tanda kedai dia tulis, makanan panas dan makanan barat, kan. Sk yang tekak minah saleh ni pun dah berangan la nak makan spaghetti. PI dah berangan nak makan lamb chop, tapi, dekat bahagian menu makanan barat tu, dia tampal, not available, huhu.




Sk fikir, kalau tak ada menu yang PI berkenan, kami angkat kaki jer la. Tapi, PI kata, takpelah, dia makan Mee Hailam. Aaa.. nasib ada menu mee hailam tu. Sk pilih nasi goreng kampung aje la. Penat fikir, itu jer la menu selamat bagi Sk kalau tak tahu apa nak makan, hihi.



Mee Hailam PI, sikit nau nau, macam secoet aje dia letak mee. Dan macam biasalah, tak capai KPI PI dan tak mengenangkan jugak.



Nasib baik ada pesan fries.



Nak balik rumah lalu depan kedai ni, PI ajak singgah makan roti canai. Kedai roti canai ni memang buka pagi, baru dalam minggu tu la dia buka sesi malam pulak. Singgah la makan roti canai sekeping seorang. Kata PI, haaa.. baru kenyang, hahaha.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sadis betul bila kita nak makan tapi NA pulak...aduyaiii

    ReplyDelete
  2. Baiklah pergi yang jauh lagi sedap daripada yang dekat tak sedap kan. Puas hati sikit. Aigoo..baru nak makan western. Sekali tak ada daaa...
    Tak bestnya kalau rasa tak best makan tu. Secoet nau mi nya. Dah makan roti canai baru puas hati kenyang. Sempat lagi tu menyinggah. hihi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!