MAKAN DI PADI HOUSE & JALAN-JALAN KE FESKO UTM 2025

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT


TERINGAT dulu-dulu, Iman selalu ajak pergi Festival Konvokesyen UTM. Dari jalan besar nak balik ke rumah atau pergi pejabat memang boleh nampak khemah-khemah di Dataran UTM tu. Selain tu banyak bunting fesko digantung pada tiang lampu sepanjang jalan. Seingat Sk, kami pernah pergi dua kali jer kot. Malas eh nak cari parking, tu la yang malas nak pergi. Kadang sampai merajuk Iman, tahu-tahu fesko dah habis, khemah dah angkat, hihi. Rahsia Tuhan, sekarang Iman dah tak payah nak ajak-ajak. Siap dah jadi AJK Fesko UTM lagi. Siap ada parkir khas, tak payah berpusing-pusing cari parkir. Tahun ini pulak, Iman dilantik sebagai Ketua Unit Aktiviti Fesko sampai dikenali di kalangan staf tertinggi UTM. Tahun ni tahun akhir Iman jadi AJK Fesko, tahun depan dah intern dan Fesko 2026, InsyaAllah, Iman dah tamat degree, mungkin dah kerja gaji besar kot masa tu, doakan Iman ya acik.




Tahun ini, Fesko UTM 2025 telah berlangsung sejak Jumaat lepas. Malam tadi, baru terrrajin nak pergi. Sebelum ke fesko, pergi makan siap-siap di Padi House. Padi House ni dekat dengan rumah tapi tak sama arah dengan ke UTM. Kiranya, lepas makan di Padi House ni, kami berpatah balik ke taman untuk pergi ke fesko UTM.




Sk semalam makan lewat. Ceritanya, semalam kan sarapan nasi goreng jadi lambat lapar. Dah pukul 1, Sk keluar pergi Syurga Dessert beli Loaded Potato dan Laksa Johor. Makan Loaded Potato rasa kenyanglah pulak, Laksa Johor dah balik rumah baru makan. Jadinya, ni Sk teman PI makan jer la sebab masih kenyang makan LJ.




Cantik dekorasi dalaman Padi House di Taman Laman Setia ni. Malam lagi cantik ya. Sebelum ni pernah dua kali datang makan siang.




Sk makan Roti Bakar dan minum Teh Tarik je. Set ni RM6.99. Belek-belek menu baru perasan harga roti bakar dia mahal sikit dari harga roti bakar di mana-mana kopitiam.




PI makan Mihun Goreng. Mihun ada udang dan fishcake. Sotong atau ayam tak perasan pulak ada ke tak.




Ni hari tu, Iman bagitahu Kek Lapis Warisan yang terkenal di Kuching, Sarawak, ada buka booth kat fesko. Iman share gambar, dia tahu Sk hantu kek lapis. Tengok harga macam ada beza RM5 dengan harga di kedainya di Sarawak. Tapi okeylah, kan.. tak payah bayar ticket kapalterbang.




Esoknya tu, Iman share pulak, booth kek lapis Warisan jual harga promo. Eiii.. saja jer tau. Sk cakap nanti Sk datang, tapi sebab JB asyik hujan jer, Sk suruh Iman belikan aje la.




Semalam, Iman hantar gambar dah beli. Sk pun beritahu nak pergi ke sana, terkejut Iman sebab tiber nak datang, kan. 




Suka la dia dapat pow bapak dia lima puluh hinggit. Dia kata, nak beli baju. Asyik beli baju tapi tengok asyik pakai baju yang sama jer. 




Ada gerai Bihun Sup Kedah, excited la PI. Padahal baru makan Mihun Goreng, huhu. Lepas makan, jalan-jalan tengok baju raya yang dah mula dijual di sini. Memang kebanyakan yang datang fesko ni selain cari makanan viral, mereka cari baju raya. Raya empat bulan lagi, kan. 




Sk tapau Hotteok. Tak pernah makan Hotteok inti daging, jadi pesan satu inti daging add on cheese. Add on Cheese kena tambah RM3. Harga normal RM10.




Tak sempat dan tak terkeluar suara nak cakap jangan letak sos, mayonis semua ni.




Kita kuis ke tepi la sos-sos tu. Sedaplah hotteok ni tapi tu la, kulit dia tak sama rasa macam hotteok yang Sk makan kat Myeongdong Cafe. Nak harapkan macam mana kan, ni kedai hotteok Pak Din bukan kedai hotteok oppa, hahaha. Sk makan dua potong jer, PI tak nak, dia pelik kot dan memang tekak PI ni agak konvensional, huhu. Lagi dua potong nanti panaskan dalam air fryer, malam nanti pulak makan.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Pantang suami SA tu kalau letak sos macam tu...mamat tu plak jenis x makan sos kecuali sos black pepper..seronok la Iman dapat paw PI erk...

    ReplyDelete
  2. Rahsia Allah yang kita tak tahu. Tahu-tahu Iman tak payah ajak bonda dah datang Fesko, dia memang wajib ada situ. hihi...
    Ehh kejap betul Iman dah nak habis study. Rasa macam baru je masuk.
    Syoklah Iman dapat pow bapak dia. Alasan tu biasa sangat.
    Tak pernah makan hotteok lagi. Orang kata hotteok inti daging sedap. Macam tak kena pulak banyak sos dan mayonaise.

    ReplyDelete
  3. Padi House ni dulu ada cawangan di Putrajaya. Pernah la makan kat situ.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!