Assalamualaikum WBT
TIGA hari berturut-turut, Sk berjaya clock in sebelum jam 7.30 pagi. Hari isnin tuari paling awal, 7.14 dah sampai office. Kalau nak tahu, dua jiran depan rumah Sk ni, dua-dua cikgu dan biasanya mereka akan keluar rumah jam 6.30 pagi. Ni, Sk pun dah terikut keluar pukul 6.30 jugak, mengalahkan zaman Iman sekolah dulu, hahahaha. Tujuan keluar awal tu supaya boleh balik awal la. Balik awal tak jammed macam balik pukul 5, huhuhu.
Berbalik kepada tajuk, kali ini Sk nak bawa pembaca ke sebuah cafe khas dessert yang terletak di Taman Banang, Batu Pahat. Ni pergi masa
Menginap di The Katerina Hotel Batu Pahat tu la atas cadangan PI merangkap penaja makan-makan di blog Alam Sari di Tanah Jauhar ni. Tapi, kali ni, Tuan Penaja request Tuan Tanah Kedaung yang belanja. Eh, apadahal, jom!
Menurut PI yang membuat carian dan menemui Yinwan Dessert ini, ia merupakan sebuah cafe yang menyajikan dessert dari Taiwan dan owner cafe ini merupakan cina Muslim. Cina Muslim dari Malaysia la ya, bukan Taiwan, hehehe.
Apa-apa kena study dulu la ya.
Dah habis study, bolehlah tuliskan kod makanan dan minuman di dalam order chit ini kemudian bawa ke kaunter untuk membuat bayaran. Pesanan akan dihantar ke meja oleh waiter.
Yiwan Dessert juga menawarkan The Best Pie in Town. Yang ni boleh pilih di kaunter la sebab tak semua flavour ada.
Masa buat bayaran boleh terus pilih pie atau kot la dah habis makan rasa macam nak makan pie pulak, kan, boleh pilih kemudian. Terliur ya tengok rupa pie dia semua cantik-cantik, semua macam sedapppp jer.
Yang ni Chocolate Strawberry Pie. Crust dia tu kalau garing sikit lagi sedap. Inti pai merupakan gabungan perisa coklat dan strawberry. Bagi Sk sedap la, tak muak. Kami makan ni dulu la sementara tunggu pesanan yang lain dihantar ke meja.
Banyak pulak masa lapang, jadi Sk snap la pic menu ni untuk rujukan pembaca kot la ada yang tersampai ke Batu Pahat, bolehlah singgah ke sini. Sangat disyorkan ya.
Menunya agak terperinci, bukan sahaja memaparkan nama menu tetapi juga bahan dan khasiatnya. Kalau baca khasiat dia tu, rasa macam nak datang hari-hari tau.
Boleh add on jugak jika nak santan lebih, kacang lebih atau buah lebih.
Selain dessert, ada jugak kudap-kudapan. Ada antaranya Sk belum pernah temui sepanjang JJCM di Malaysia ni, hehehe.
Yang lapar nasi, jangan risau. Ada pelbagai pilihan nasi lemak dan nasi putih berlauk. Asam pedas dan kari pun ada. Kami pulak masih kenyang lagi
Makan Kenduri di Kampung Belahan Tampok tu dan memang tujuannya datang nak makan dessert aje.
Nak mematcha pun ada!!
Setelah puas study, kami pilih Golden Pearl Dessert (RM16). Besar betul saiz mangkuk ni ya, boleh makan dua orang. Kata PI, nasib baik kita ambik satu mangkuk aje. Ialah, Sk dah fikir awal, dessert kan manis, takkan nak makan semangkuk. Dalam pada tu, PI dok gelakkan ada adik yang duduk belakang Sk, ambil dessert sorang semangkuk. Jenuh tu nak habiskan.
Sk lupa nak snap pic menu ni jadi tak ingat apa perinciannya. Yang kuning tu puri mangga, harum manis dan langsung tak berserat. Tak pasti mereka guna mangga jenis apa. Yang bebola kecik-kecik tu sedap la, ada tiga jenis pearl dia letak iaitu yang warna ungu, putih dan jernih. Mungkin ia dibuat dari campuran tepung jagung, keladi atau keledek atau mungkin labu. Aiskrim vanila tu buat ia lagi sedap la kan.
Minta staf bawakan dua biji mangkuk kecil.
Berkongsi lebih baik.
Hong Kong Iced Tea (RM8.50) untuk PI. PI kata, rasa dia macam Teh Ais Thailand tu jer.
Barang order tak sama dengan barang sampai.
Tengok pada slip ni, betullah, Lychee Rose Houjicha, tapi kenapa pulak letak lemon? Dalam gambar, ada hiasan kelopak ros kering di permukaan minuman. Sk sedut sikit, mujurlah ada rasa laici dna wangi ros tu, maknanya betul dah cuma rupa tak sama macam dalam menu. Harga minuman ni, RM11.80.
Aaaa.. nampak tak saiz mangkuk dessert tu, memang kena kongsi tau kalau uols datang sini, jangan tamak, hahaha. Tapi, faham la.. kalau datang jauh-jauh, memang rasa nak pesan semua sebab tak tahu bila nak datang lagi, kan.
Toast Signature Yiwan (RM11.90)
Macam French Toast tapi bukan. Rotinya tinggi dan dalam roti tu macam ada taufufa. IIa dicelup dalam telur sebelum digoreng dan dicurahkan sedikit susu pekat. Tapi, bila kita makan tu kan, macam ada rasa kosong. PI cadangkan minta sos cili. Selepas dicicah dengan sos cili ternyata lebih sedap berbanding makan begitu sahaja.
PI kata, nanti datang lagi bawa Iman. Dia kan suka makan-makan macam ni. Kita pergi balik hari jer la, cadang PI lagi. Baiklahhh, insyaAllahhhh.
Cafe ni mempunyai dua lot kedai, tu pun masa kami datang penuh tak ada meja kosong. Bagusnya, owner kedai ramah menyambut pelanggan dan turut sama menyediakan meja untuk pelanggan.
Ni kalau kat Johor (JB), tak dapat la ya harga ni. Sana harga Singapore, agaknya ingat semua yang duduk Johor tu dapat gaji SGD ke?? Hahahaha.
YIWAN DESSERT
70 & 71, Jalan Jelawat, Taman Banang,
83000 Batu Pahat, Johor Darul Takzim
No Tel: 011-1688 3898
Buka setiap hari kecuali Isnin
12 tengahari hingga 12 tengah malam
telioq wei panas panas ni tengok dessert mangga tu...
ReplyDeletePapun tahniah berjaya datang kerja awal....
tak dapat bayangkan macamne adik meja belakang akak nk habiskan sorang 1 mangkuk tu ek... mmg besar mangkuk tu hahhaha
ReplyDeleteboleh request dekat adik ipar bawa g sini kalau mai Batu Pahat.. toast tu nampak sedap, tapi memang tekak PI kan, kena ada sambal kicap macam makan pisang goreng.. kikiki
ReplyDeleteLama tak pergi Batu Pahat, Desert dia mengancam sungguh
ReplyDeleteMorning people always win...sedap pulak tgk dessert tu...
ReplyDeleteterliur tgk Golden Pearl Dessert tu
ReplyDeleteportion besar...nampak menarik dessert tu tapi ada menu lain jugak rupanya..ingat khas dessert aje...SA ingat Hong Kong iced tea tu air mango...hehehe
ReplyDeletenampak sedap je Chocolate Strawberry Pie tu.... murah rezeki tuan tanah kedaung kalau hari2 belanja orang ahaha
ReplyDelete