NASI GORENG MALAM PAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
13

 Assalamualaikum WBT


MASA sedang makan malam, malam kelmarin, PI beritahu, esok (malam tadi), ada live bola kat tv. Itu maknanya malam tu tak boleh pergi mana-mana, makan kat rumah tapi makanan tu ringkas la. Sk beritahu, nanti Sk tapau siap-siap mi ke, apa-apa dari kantin, malam panaskan. Kemudian, teringat pulak ada baki nasi putih dalam esbox. Baiklah buat nasi goreng sementara nasinya tu masih elok lagi. Lepas tu panaskan sup kambing yang tapau dari Wali Capati dan Sotong Bakar Sambal yang tapau dari Top One BBQ Ikan Bakar. Sk goreng nasi dulu, tunggu PI balik baru panaskan lauk-pauk tu. 




Sebabnya, Sk dah agak, PI mesti bawa balik sesuatu. Memang betullah jangkaan Sk, PI bawa balik sate, beli dengan wak yang meniaga dekat flat rumah lama kami. Lama la wak ni meniaga, dari Iman baby. Kadang dulu kalau rasa nak makan sate, Sk telefon wak dulu minta bakarkan siap-siap, nanti sampai tinggal ambik jer. Doploh tahun lepas, sate wak, 70 sen secucuk, harga terkini RM1.20. Ni semua sate daging, PI beli 20 cucuk. Sk makan 5 + 1. Plus 1 tu repeat kemudian, hehehe.



Mula nak masukkan udang dan sotong dalam nasi goreng, lepas tu fikir masukkan isi ayam aje la. Cari-cari isi ayam tak jumpa, ayam banyak la. Isi ayam tu bahagian dada ayam yang memang Sk asingkan buat rencah. Lepas tu fikir lagi, dah ada sup kambing kan, jadi, buat nasi goreng kosong aje la, pecahkan telur aje.




Sk letak belacan hancur ni, jadilah nasi goreng belacan.




Nasi goreng dan sate memang matching!




Panaskan sup kambing jer, sotong bakar sambal tak jadi panaskan. Sup ni panaskan atas stove sampai mendidih-didih sebab dah simpan beberapa hari, kan.




Sedap pulak makan nasi goreng curah sup kambing. Kambing dia lembut, empuk, lerai dari tulang. Tapi kenapa tah, makin lama jadi masin pulak. Masinnya tu rasa dia pada kambing tu tau. PI pun cakap benda yang sama, masa mula-mula makan tak masin.




Pagi ni pergi kantin cari sarapan sebab tak bawa telur. Memang dari awal dah berhajat nak sarapan makanan kantin, tak kisahlah apa yang ada. Ada mihun goreng dan nasi goreng, Sk pilih nasi goreng. Malam tadi makan nasi goreng, pagi ni pun makan nasi goreng lah kita, hihi. Nasi goreng ni RM3.




Ambil kuih dadar seketul, lama tak makan. Ambil jemput-jemput seketul, yang ni selalu makan, hihi. Dua ketul ni, RM1.




Total RM4. Ni makan siap-siap sebab hari ni ada event Tamil Society sambutan perayaan Deepavali. Ingatkan raya puasa aje boleh terlajak raya, dorang pun terlajak Deepavali jugak, haha. Tapi, tengok mood la nanti, nak ke tidak jenguk ke dewan. Dorang jemput datang kasi meriah katanya, tapi rasa, dorang aje pun dah cukup meriah, hehehe.



Tu la tu, rajin pulak menggosok baju kurung pagi tadi. Pakai baju kurung moden kain sari dengan shawl. Lama Sk tak pakai shawl, nasib baik masih pandai pakai lagi, hahahaha.

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya nasi goreng homemade...kita pun x tau la nak masak apa dah pagi2..dah ebrapa lama x bawak bekal ni..sesekali je bawak dan x consistent

    ReplyDelete
  2. Nasi goreng kosong je pun sedap

    ReplyDelete
  3. Ok dah tu pakai gaya shawl tu. Lama pula tak order sate.

    ReplyDelete
  4. Tak dan nak tengok bola malam tadi. Katanya game tak berapa best. AA pun keluar awal injured.
    Itu yang untungnya kalau ada simpan apa-apa lauk kan. Panaskan je mudah kerja. Lama betul dia berniaga tu dari Iman baby. Bagus bisnes dia bertahan sampai sekarang. Mestilah dia dah ada pelanggan tetap.
    Aikk boleh pulak masin kat daging je. Agaknya daging tu serap garam kot. hihi..tak arif sangat bab masakan ni especially kambing dan daging.
    Okaylah tu dapat makan alas perut. Harga pun okaylah untuk dizaman sekarang ni. Belum harga cekik darah lagi.
    Umangaiii Deepavali pun nak ikut cam raya kita raya berbulan-bulan. Boleh tahan tak nak kalah. hihi...
    Wah ikut tema eh. Mujur juga ada baju kurung jenis kain sari. Barulah matching gitu.

    ReplyDelete
  5. murahnya sarapan akak...klu harga macam ni,tak payah susah2 kak nak buat sarapan pagi
    Deepavali pun tak nak kalah eh..hehe

    ReplyDelete
  6. Agaknya garam dah meresap dalam daging kambing tu yg jadi masin yakmat. Dah alang2 pakai baju tema Deepavali tu, baiklah terjah aje sambutannya SK hehe.

    ReplyDelete
  7. sedap tgk sate tu..nasi goreng ada sup kambing juga sedap tu

    ReplyDelete
  8. Sedap menu akak sate tu pun alahai menggoda, dana rasa sebab akak panaskan tak tambah air lagi itu yang semakin sikit kuah pastu jadi masin... murahnya harga menu sarapan di kantin akak

    ReplyDelete
  9. nasi dlm esbox mmg sedap dibuat nasi goreng, dia keras2 sikit...ada lauk2 sampingan, menambah selera...pandai SK lilit shawl, cantik...

    ReplyDelete
  10. Itu ini itu ini banyak juga menunya tu SK... Tapi iye, kita pun perasan kalau sup ni bila makin dipanaskan, makin masin kuahnya wpun kita tak adjust apa².

    Kuih Dadar tu kuih ketayap la kan? Cer Tanya PI hehe...

    Cantik baju SK .. hijau, I like 😍

    ReplyDelete
  11. Terkadang kalau bumbu dah meresap sangat, langsung jadi berlebih Masin.

    Nasi goreng kalau bubuh belacan, memang sedaaap..makin wangi dia kan 😍

    ReplyDelete
  12. Saya dah tak pandai pakai shawl. Sarung tudung jew...hiks!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!