TUKAR TAYAR BAHARU

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


SEMALAM, 28 September 2024, Sk menukar keempat-empat tayar kereta,  senang tak payah fikir-fikir lagi. SK pernah cerita sebelum ini pasal tayar belakang sebelah pemandu, boleh baca kisahnya DI SINI.

Risau jugak setiap kali memandu atau setiap kali Iman gunakan kereta memikirkan hal tayar belakang tu, padahal elok aje tayarnya jika nak ditukar baharu (masa tu). Tapi, jika kasut di kaki bolehlah pakai sampai koyak, kalau kasut kereta??? 




Alang-alang baru gaji ni, mehlah kita tukar tayar kereta sebelum ia betul-betul koyak. Pak Inche sponsor dua ketul jer kali ni, ngelat!




Pergi sarapan dulu di Kedai Kopi Remaja.




Makan roti canai seorang dua keping. Tak boleh move on betul dengan kegebuan roti canai di KKR ni. 




Kuah dhal, satu sambal, satu tanak sambal. Kuah dhalnya ada rasa ikan bilis.




PI ada kerja sikit.. biar dia settle dulu.




Dah licin roti canai SK, kerja PI belum siap.




Ni keadaan tayar kereta hadapan sebelah kanan, ambil gambar malam Jumaat dua hari sebelum tukar. Macam tak cukup angin, kan. Tayar yang dikatakan koyak tu elok jer tapi. Yang depan ni la buat hati sentiasa berdetup-detap. Cari semula old post, tayar ni tukar bulan Julai tahun 2022, dah dua tahun dua bulan rupanya. Tubeless valve dah bengkok, patutlah macam selalu kurang angin.




Tu takpa, dah agak dah, mesti ada masalah lain. Absorber belakang dah bocor, ada minyak mengalir. Absorber ni tak boleh tukar sebelah, kena tukar sepasang. Sebelah RM220.




Begitulah, sakit demamnya perlu dirawat.




Sentiasa memberi perkhidmatan terbaik.. bezza nyata berbeza.




Ruangan menunggu.. tunggu sambil update blog Makan-Makan di Rumah Angah, hehehe.




Siap dahhh! Jom ronda-ronda.




Sebiji RM165, ni harga offer. Kedai yang Sk buat dua tahun lepas, sebiji RM210. 
Lain betul rasanya tayar baru dan absorber baru.




Tepek resit kat sini supaya senang nak rujuk lain kali.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. 2-3 hari ni PH mmg dok cari roti canai, tak dapat² lagi. Nak yg Melayu, itu yg susah sikit tu....
    Berhabis sikitlah duit gaji kali ni ye, tapi benda keperluan & keselamatan redha je la kan. Kami pun awal² gaji King dah minta cukai juga 😅

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!