Assalamualaikum WBT
BONDA tak nak tengok 'Tarung' ke? Ramai cakap Tarung best, tanya Iman minggu lepas. Sk ni nak tengok jugak lepas tengok trailer dia masa menonton filem Libang Libu sebelum ni. Tapi, tu la.. tak ada masa. Ada sekali tu, PI ada bola hari rabu (malam) tapi, Sk malas pulak nak keluar malam-malam, tambah-tambah esoknya hari kerja. PI pulak tak nak tengok tayangan pagi, alasannya takut nanti nak terbe*** masa tengok wayang, hahahaha.
Sajalah pulak, hari Jumaat lepas, Sk buka aplikasi GSC, nak tengok filem Tarung ada tayangan pagi lagi tak hari esoknya (sabtu). Eh, ada dua tayangan pagi, satu tu pukul 11, satu lagi 11.20. Fikir-fikir 11.20 tu dah tak pagi sangat, tengok harga tiket RM15, bolehlah, rasa macam tak ada apa-apa program hari sabtu tu. Tanpa bertanya, terus bayar dan beritahu PI dan Iman, esok kita tengok Tarung, dengan gembira dan yakinnya kami tak ada program hari sabtu tu.
Filem Tarung: Unforgiven mengisahkan tentang Hatta, seorang bekas juara silat yang terpaksa memasuki dunia gelanggang pertarungan haram (underground) demi menyelamatkan nyawa kakaknya yang sedang sakit. Dalam misi tersebut, Hatta bertembung dengan sahabat baiknya sendiri yang kini menjadi musuh akibat dendam lama.
Konflik Utama: Hatta berdepan dengan tekanan emosi dan fizikal yang hebat kerana pihak lawan yang dihadapinya di gelanggang maut Marga adalah Isa, sahabat baiknya sendiri. Isa menaruh dendam atas kematian abangnya akibat satu insiden masa lalu.
Dosa Silam: Hatta sebelum ini berikrar untuk tidak menyertai mana-mana pertandingan tempur setelah dia tidak sengaja menyebabkan kematian lawannya dalam sebuah kejohanan seni mempertahankan diri.
Barisan Pelakon: Filem arahan Razaisyam Rashid ini dibintangi oleh pelakon popular seperti Mierul Aiman (sebagai Hatta), Amir Ahnaf (sebagai Ucop), Aedy Ashraf (sebagai Isa) Zul Ariffin (sebagai Ayah Bad) dan Bront Palarae (sebagai Khalid).
Filem ni mengangkat aksi pertarungan dengan mengetengahkan seni silat. Bagi Sk pada awalnya agak bosan jugak sebab adegan pertarungan tu macam sekejap-sekejap aje tapi rupanya dah final tu barulah pengarah menunjukkan buah silat yang sepenuhnya.
Aaa.. paling tak sangka, babak akhir pertarungan tu sampai menangis pulak kita dibuatnya. Nasib baik la sebelum Sk menonton ni tak ada terbaca spoiler di mana-mana, jadi memang agak mendebarkan la, walaupun kita boleh agak, tentulah hero (Hatta) yang akan memenangi pertandingan tu, kan.. tapi, apa pulak jadi dengan Isa, sebab Isa ni bukanlah peserta pertarungan yang asal tapi dia sanggup jadi lawan Hatta semata-mata untuk membalas dendam atas kematian abangnya. Sedangkan sebelum ini, Isa bermain kotor dengan bersubahat dengan adik Badrul, merancang agar 'ayam sabung' Khalid kalah dalam perlawanan tersebut.
Cerita esoknya pulak, pagi tu kami keluar sarapan di Cookies & Ginger. Sebelum ni, Sk ada blog tentang
Makan Malam kami di sini sempena Hari Jadi Sk. Aaa.. masa tu la baru tahu rupanya Cookies & Ginger dah mula buka slot untuk sarapan seawal jam 8.00 pagi.
Setiap pelanggan diberi segelas kecil jus tembikai percuma. Pesanan sarapan diterima sehingga jam 10.30 pagi sahaja.
Iman pesan Croissant Roll ni dua ketul, seketul RM6.70. Mula nak tunggu semua makanan sampai baru makan, tapi lambat pulak. Makan ajelah dulu ni, senang. teksturnya crispy dan gebu, sedap sangat-sangat sedap nak nak bila kite selet dengan butter tu.
Sk dan Iman minum French Press (Kopi). Pesan ni dua set la, tak cukup kot jika kongsi. Satu set ni Rm4.80 sahaja.Lepas tu teringat dekat rumah pun ada french press ni tapi tak pernah guna, ingat boleh pam fresh milk aje.
Scrambled Egg Bruschetta On Rye Bread (Sausage), RM10. Ni pesan dua set, satu untuk Iman, satu untuk PI. Tapi dia hantar satu aje mula-mula tu. Ingatkan satu lagi on the way, rupanya dia lupa buat, jadi, lambatlah dapat yang Iman.
PI dah pandai Camera Eat First. Minuman untuk PI, English Breakfast, RM3.90.
PI dah habis makan, baru dapat Iman punya. Tu pun kita remind. Tapi, setiap kali staf hantar makanan, mesti dia minta maaf dengan suara yang lembut, jadi kita pun tak ada rasa nak marah walaupun, memang lambat yang tak sepatutnya.
Padahal yang masa datang malam tu, punyalah laju sampai kami tak sempat nak bernafas, hahahaha. Sedap ya scrambled egg dia, sosej tu pun bukan jenis sosej kurus tu, ni gemuk sosejnya dan sos tu rasa sos bbq, memang sedap. Tomato cherries tu pun sedap manis dan dipanggang, bukan hidang mentah.

Untuk Sk, Pancake, RM6. Gebu dan sedap pancake tu, letak butter dan sirap marple. Teringat dah lamanya tak buat pancake sendiri. Resipi pancake di blog Sk ni antara yang mendapat carian tertinggi ya. Sehingga setakat entri ini ditulis, ia dah mencapai PV, 1,702,567. Buat tu, zaman belum lagi ada dijual
tepung pancake ready made macam sekarang yang dalam botol, tinggal tambah susu dan goncang, macam Iman buat kat SINI. Tapi, masa tu dah ada tepung ready made dalam kotak. Resipi ni jimatlah, siapa nak jimat boleh tengok kat sini cara buat
PANCAKE MUDAH.
Egg Fried Baguette, RM4.50. Ni Sk pesan untuk sharing tapi semua orang dah kekenyangan. Iman jer makan sekeping lepas tu, terpaksalah Sk sign kontrak pelupusan termasuklah tolong habiskan scarmbled egg PI yang tinggal sesudu, hahahah. Tak nak bungkus-bungkus la, sebab lepas tu kami nak ke UDA Bussiness Centre.
Dah balik baru teringat, tak dapat Butter & Kaya Toast, RM4.50. Kira halal jer la, apa nak buat, tak ada rezeki, kalau ikutkan salah jugak restoran kan sebab tak alert dengan order costomer, hurmmm.
Ni la sebabnya nak ke Uda Bussiness Centre tu, ada orang nak cari baju untuk dinner. Penat jugaklah jelajah butik ke butik tengah-tengah hari buta, hahaha. Ni dia kata, baju tu nak pakai untuk konvo sekali, hurm... boleh percaya ke????
Pelakon² yang sama macam dalam siri High Council. Patut anak saya pergi tengok filem Tarung tu.
ReplyDeleteMenarik sarapan ala western. 😋 Sayang ada order tak sampai.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDalam banyak² tu, Sy terliur tengok pancake tu. Nampak perfect & sedap betul...
ReplyDeleteConvo nanti kena beli baju lain Iman, nanti basi sbb orang dah tengok time dinner hikhik...
Bila dah banyak2 order tu kita pun dah lupa. Patutnya dorg ada rekod check makanan dah keluar ke belum.
ReplyDeleteSaya berharap lah film tarung ini masuk Netflix nanti, sebab ada bront palarae 😍😍😍😅. Saya sukaaaaa sangat dengan dia, sejak dia main dibeberapa film Indonesia. Memang baguuus aktingnya
ReplyDeleteCantiik tempat cafenya kak. Tp makanan pun tak main2. Sukaaa menu western breakfast begin
Kena maklumkan lain kali servis dia supaya dapat di perbaiki. Makanan dah sedap tu semuanya cuma servis yang tak menyedapkan hati. Eady tu kalau berlakon jahat memang jadi
ReplyDeleteBelum tengok la cerita tarung ni.... tunggu la ada masa nanti huhuu
ReplyDelete