Assalamualaikum...
APA sahaja yang viral di Tik Tok tu, semua nak dicubanya. Kali ini, Iman mengajak babahnya ke Jaya Grocer, lama tak jalan ke sana, alasan. Padahal dia nak cari 'Buttermilk Pancakes' yang tersedia jual dalam botol. Benda dah lama ada, baru sekarang tahu 😜
Baca arahan di label, cuma tambah air sehingga paras yang ditunjukkan atau sebanyak 375 ml. Kalau suka, boleh ganti air dengan susu. Lepas masukkan air, goncang sehingga sebati dan bolehlah dimasak adunan pancake di atas kuali non-stick.
Tak semudah itu. Puaslah menggoncang, adunan berketul dan tidak sebati. Sudahnya tuang dalam mangkuk dan tambah lagi air dekat setengah cawan, baru batter cantik tak berketul 😆 pentipu sangat laaa. (Abaikan ya kalau dengar suara tak diingini dalam video, ada yang lupa nak buang 🤭)
Antara watak penting dalam video. Buah tu beli di Pasaraya Lotus jer. Murah giler strawberry RM6.90 sekotak. Tapi mashammmmm betul.
Iman kata, penat betul masak pancakes. Hah.. baru tau penatnya memasak ni. Tu baru masak pancakes guna tepung segera. Belum lagi nak kena timbang-timbang macam cara konvensional. Mana nak basuh bekas-bekas lagi, kan.. tak larat dahhhh.. malas nak lama-lama di dapur sekarang.
Mujur sekarang semua ada siap kat kedai.
😜😜😜
Si Kakak ada gak tunjuk botol ni, tapi tu laa, dak uma ni tak suka sangat pancake, kecuali kakaknya tu je..nanti boleh gak beli simpan stok.. nampak mudah tapi tak semudah tu ek Kak hehehe
ReplyDeleteSyu suka pancake yang gebu gebas tu. Bila ditampar dengan sudu, dia tergedik2😁💕.
ReplyDeleteTeringat iklan Tepung Kek Segera Pronto Bakerite dulu-dulu..Semua bahan masuk dalam kotak tepung kek tu ...tiba2 keluar kek siap bericing...🤣🥰
ReplyDeletememang penat kerja memasak ni.
ReplyDeletesesah2 tapau aje
Wah! Cantiknya buttermilk pancakes.Siap ada aksesori strawberry & blueberry!
ReplyDelete