Assalamualaikum WBT
TERKEJUT pagi semalam bila buka dashboard blog didapati blog locked. Blog Alam Sari di Tanah Jauhar juga telah dibuang kerana disyakki melanggar peraturan kandungan. Sk kekal tenang dan mengganggap ia masalah sistem sahaja. Tapi, tu laaa.. ingatkan Sk sorang kena, ramai rupanya termasuk Cie, Mim, Sis Lin, Nona dan beberapa lagi. Malam tadi selepas selesai menonton drama bersiri, Bulan Henti Bicara, baru nak jengah semula dashboard, tengok ada whatsapp dari Lin beritahu blog Lin dah boleh buka. Sk buka dashboard, blog dah pulih seperti biasa. Syukurrrr, sebab kalau ikut pada email dari blogger tu, sekiranya masalah tidak selesai dalam tempoh 90 hari, blog akan dibuang terus dari blogger. Pedihhhh jika ianya benar-benar terjadi.

Sambungan kisah ke Temerloh akhir bulan Julai lepas, sejak awal PI telah membuat tempahan bilik di Hotel Seri Malaysia namun seminggu sebelum ke sana, PI bertukar fikiran untuk menginap di homestay pulak. PI buat carian homestay di Temerloh dan terberkenan dengan Homestay Pulai Indah. Dahlah nama homestay tu sama dengan nama taman perumahan kami, hehehe. Sk hantar whatsapp pada nombor yang tertera bertanya jika ada kekosongan pada tarikh 23 hingga 26 Julai dan masih ada kekosongan. Pemilik homestay minta buat bayaran deposit sebanyak RM50 jika bersetuju dan ianya akan dikembalikan dalam tempoh 24 jam selepas check out.
Hari 1
Beberapa kali pengalaman menginap di homestay, kebanyakannya akan meminta full payment sebelum mengambil kunci homestay, kali ni berbeza, buat bayaran selepas terima kunci. Sungguh banyak tolak ansur ya, kalau ikut rules kena check in pukul 2 pm, tapi mereka datang hantarkan kunci sebab kami sampai pukul 12 tengahari. Kebetulan pulak weekdays dan tiada tetamu menginap hari sebelumnya dan homestay dalam mood standby.
Ruang tamu agak luas dengan TV besar gedabak, tapi tu la.. menurut pemiliknya mereka baru sahaja buka homestay ni dan tak sempat lagi nak pasang antenna. Wifi pun belum disediakan, jadi nak tengok tv kena on hotspots dari handphone sendiri la.
Besar giler eh tv, lebih dari sedepa. Agaknya 100" kot, lupa nak ukur, hehe.
Meja makan 8 kerusi.
Bilik pertama dilengkapi pendingin hawa. Cuma tilam dia kurang empuk. Tu satu, macam sampan pulak, kena ganti katil yang elok sikit la kot, nanti ada masa Sk beritahu tuan homestay, asyik lupa jer nak cakap.
Ni bilik ketiga. Katil bilik ni kami tak guna.
Bilik kedua. Bilik kedua dan ketiga cuma dilengkapi kipas. Selain tu disediakan juga sehelai toto, seterika dan papan penggosok. Mesin basuh tidak disediakan. Katil dan tilam bilik ni dalam keadaan baik.
Dapur pun luas, ni kalau buat kenduri memang senang la. Juga disediakan air bertapis, tu takpa, peti ais empat pintu ya. Kami juga dibenarkan memasak. Memang sangat puas hati dengan bayaran dikenakan RM550 untuk 4H3M.
Selepas check in homestay, barulah kami pergi makan di Shah Patin Tempoyak. Dari sana, kami ke Mentakab Mall, kira-kira setengah jam perjalanan dari Temerloh.
Nak duduk lama kan kat Temerloh, siap shopping kordial dan biskut-biskut, konon kalau malam-malam lapar tak payah keluar, hurmmm.. mana mahunya.
Iman belanja Big Apple Donut, Sk bancuh Hot Choc Aik Cheong.
Malam tu, kami keluar makan di Dya Nur Cafe di bandar Temerloh. Ini bukan kedai tomyam tau, macam-macam ada!
Iman pantanglah jumpa Ayam Gepuk.
Yang ni pulak, pantang jumpa capati. Tapi sini tak ada keema, ada kari ayam jer. Kari ayam pun tetap senyum.
Lepas tu, PI pesan Yong Taufu jugak. YTF kat sini tak ada sup macam di Johor.
Sk tak tahu nak makan apa, last-last minta megi jer. Megi dia rebus gitu jer eh, tak macam kedai mamak ada bawang, ada sayur. Tapi sedap sebab dia buat pekat macam Sk mintak.
Hari 2
Ni malam kedua di Temerloh, kami ke Pasar Anak Muda di pusat bandar atau lebih tepatnya Jalan Tengku Bakar, Taman Kenangan. Pasar Anak Muda ni dibuka seminggu sekali sahaja iaitu Jumaat malam Sabtu. Masa datang sebelum ni tak dapat singgah sebab hujan dan tak ada parkir.
Pendek aje PAM ni, yang berjualan kebanyakan orang muda la. Pengunjungnya ramai jugak yang tua, ahaks! Dekat sini PI beli Nasi Lemak Daun Pisang.
Lepas tu kami nampak Cahaya Rizqin Cafe ni, singgahlah untuk minum-minum.
PI minta izin makan Nasi Lemak Daun Pisang yang kami tapau tu. Dengan senang hati mereka beri izin siap bagi sudu lagi.
Sk tak makan NLDP tu, Sk makan Roti Milo. First time eh makan Roti Milo, tak ada idea, asyik makan roti canai jer bosan jugak.
Oh, sebelumnya, petang tu, kami menghadiri Majlis Pernikahan Sulhi dan Nadia di Kampung Tekal, Kerdau dan dihidangkan dengan nasi putih lauk Patin Tempoyak yang mana PI tak makan. Tu la tu Sk masih kenyang nak makan NLDP, makan roti Milo aje la konon.
Sebelum balik, Iman belanja jus delima untuk PI, jus epal merah untuk Sk dan Iman pilih epal hijau kot, lupa pulak, hahahaha. Jus kat sini 💯 buah tanpa tambah air ya kecuali kalau minta tambah yakult.
Hari 3
Sepatutnya pagi hari ke 3 di Temerloh ni, kami nak ke Pasar Pagi Kerdau, tapi Sk baru perasan, lokasi dia dekat dengan rumah pengantin perempuan yang mengambil masa hampir sejam perjalanan dari homestay kami. Bayangkan la.. nak ke sana sejam, nak balik ke homestay sejam, lepas tu bila masa nak bersiap untuk ke Majlis Persandingan yang perlu berkumpul jam 11.30 pagi. Tak jadilah pergi pasar pagi, Sk suruh PI keluar beli sarapan dekat dengan homestay. PI beli mee goreng, Sk jer la yang makan habis, huhu.
Nanti Sk blog acara Majlis Nikah dan Sanding di Temerloh pulak ya.
SA tnegah lalok2 ubat semalam ternampak Ammi nyer komen..eh..serius la..tengok2 betul..ramai yang kena locked...risau betul....kalau la hilang terus..memang la sia- sia je selama ni menulis kan...kenangan semua tu...homestay tu nak selesa dan bersih...
ReplyDeleteHilang la semua cerita kalau kena delete betul².
Deletenasib baik tak lama hilang tu kak..pagi ni nampak ramai juga yang dah update..sepanjang akak berblog pernah ke jadi macam ni?
ReplyDeletemeriah juga Temerloh malam minggu ye..kami tak pernah sampai ke sana waktu malam
Tak pernah lagi terjadi, Afzan.
DeleteTemerloh meriah, tiap² malam sepanjang kat sana ada event macam², havoc sokmo.
Alhamdulillah.. syukur masalah sistem dah okay. memang sedih kalau betul betul kena remove. bukan setahun dua punya kenangan tersimpan dalam ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur. Risau juga semalam tu takut kena remove terus kan. Saja dengki kan kita. Padahal takde pun melanggar apa2.
ReplyDeleteambooiiii sronok eh dia makan roti milo cicah susu memalam hari.
ReplyDeleteluas betul dapur homestay ni...yg lagi best peti ais bapakkan bosa.
alhamdulillah..dah dapat semula blog nya..
ReplyDeleteberbaloi harga tu untuk 3H 2M.. luas pun iye juga..puas hati
Alhamdulillah semua kembali okay, dah dapat balik blog masing².
ReplyDeleteRoti Milo tu macam 1st time PH dengar.
Sedap pulak dengar jus delima, mana nak cari ni SK? Hihi
Kita pun terus cuak tau datang sini tiba-tiba blog removed. Dah kenapa? akak taknak berblog lagi ke. Risauuu kita terus dm tu.
ReplyDeleteLepas tu baru tahu ramai blogger yang mengalami nasib yang sama. Ada yang petang tu pun kena jugak. Syukurlah semua dah dapat blog masing-masing. Sangat pedih kalau betul-betul jadi.huwaaa...
A'ah kan kalau homestay full payment. Bagus jugalah bayar deposit je dulu. Kira murah juga tu untuk 4H 3M.
Syoknya cuti lama-lama.
Masing-masing dapat jumpa makanan masing-masing. puas hti.
Saya first time juga tengok roti milo. Tak pernah rasa nak order pun kalau ada. okaylah sesekali tukar angin.
Baguslah macam tu, tak buang masa perjalanan. Beli sarapan dan terus gerak ke majlis je. Jimat masa dan tak penat.
Puas hati sapat menginap di homestay yang selesa salam tempoh yang agak lama.
ReplyDeleteAlhamdulillah, rumah kembali ke tangan tuannya.
Seronoknya jalan-jalan Pasar Anak Muda Temerloh! Menu patin tempoyak wajib singgah, baru lengkap jalan-jalan cari makan Pahang. Memang tepat keputusan tak jadi pergi, sejam perjalanan jauh tu. Apa pun mee goreng sarapan tetap penyelamat perut sebelum majlis!
ReplyDeleteNasib baik blog semua orang dikembalikan. Musykil lah kita, apa puncanya.
ReplyDeleteSeronok juga malam-malam di Temerloh, banyak port makan-makan. Sudah ada Mentakab Mall rupanya.