Assalamualaikum WBT
KHAMIS lepas, selepas Iman pasang braces, dia datang office Sk ajak lunch dan kami pergi makan Buffet Style Nasi Campur RM12.90, Sk ada ceritakan DI SINI. Sebelum tu, Sk tanya, boleh ke nak makan nasi? Ialah, Sk pun tahu jugak, ramai yang lepas pakai braces mengeluh, sakit gigi nak mengunyah. Iman jawab, boleh jer. Masa tu, belum cuba makan lagi. Lepas tu ceritanya, memang makan tak habislah. Iman kata, bila kumur, nasi keluar sebutir-sebutir, sebab tak boleh nak kunyah, hahahaha. Malam tu, Sk belikan bubur ayam, barulah dia boleh makan.
Esoknya tu (Jumaat), macam tahu-tahu aje, di kantin, Kak Sab masak Bubur Berlauk. Sk hantar gambar kat Iman, dia minta tapaukan tapi tak mahu sayur kangkung. Hari tu, Iman ada satu lagi temuduga di Kempas. Lepas temuduga, Iman terus datang ke office Sk, makan bubur, lapar sangat katanya sebab dari pagi tak makan apa-apa.
Syukurrrr.. Alhamdulillah. Sk selit dekat sini sekali la ya, Iman lulus temuduga di Kempas tu dan hari ini dah memulakan tugasnya di Jabatan Sumber Manusia syarikat tersebut. Pergi Klinik MM Care ni atas urusan kerja tersebut la sebelum lapor diri, semalam.
Okey, sambung cerita.. hari sabtu, Sk masakkan la bubur. Ialah, takkan asyik nak beli aje kan. Tapi, makan dengan chili oil jer, dengan Sk sekali membubur (padahal dah makan nasi). Sabtu tu, Sk masak Kari Ayam. Hari ahad, dah jemu makan bubur katanya. Kalau ada ikan, dia boleh makan. PI pergi pasar tani, suruh masak asam pedas ikan. Kesian agaknya tengok anak sakit gigi, tapi dalam masa yang sama dia ejek jugak. Tak tahulah nak kelakar ke nak kesian, nak sangat pakai braces kan, hehehehe.
Ada asam pedas ikan, kena ada ikan goreng jugak. Sekeping PI makan, lagi sekeping, Sk kongsi dengan Iman. Dia makan jugak ikan asam pedas tu, kunyah guna lelangit, hehehe.
Senang aje nak masak asam pedas ni. Dia sama jugak macam nak masak sambal tumis, sukatan cili kisar tu lebih kurang jer, tapi masa menumis tu tumis sekali dengan serai, lengkuas dan halia. Dah elok terbit minyak, tambah air. Janji jangan letak gula ya kalau masak asam pedas. Tapi, ikutlah kalau ada orang suka manis sikit kot, tapi Sk tak letak.
Sk masak awal dan makan awal jugak hari Ahad tu sebab PI bertugas buat liputan Perlawanan Persahabatan Chelsea vs JDT di Stadium Sultan Ibrahim. Tahniah kedua-dua pasukan atas keputusan perlawanan, seri 3 sama, tak ada pengalah, tak ada pemenang, cuma tu la pelik, ramai haters JDT ni, hahahahaha.
sedap tgk bubur berlauk tu
ReplyDeleteTahniah Iman lulus interview & selamat melapor diri..yeayy..Imn dah kerjaaaa! Bertuah Iman dapat mak rajin masakkan bubur special. Comel je Iman mengunyah guna lelangit. Makanan lembut macam bubur & ikan asam pedas mmg penyelamat bila sakit gigi pakai braces
ReplyDeleteHa…dia ingat dia kebal ye boleh belasah je makan macam2. Tapi dok kunyah guna lelangit tu bahaya gak tu. Boleh luka lelangit tu. Haritu ammi ni makan biskut. Biskut tu pulak sedap masam masin rasanya, dok kemam2lah kat lelangit. Sudahnya berhari2 luka. Payah juga jadinya.
ReplyDeleteAlhamdulillah, senang juga dapat kerja ye. Semoga sesuai kerja ni dengan Iman dan dapat colleagues yg positif belaka.
Saya nak belajar masak asam pedas la nanti. Hehe
ReplyDeleteYe, lepas pakai tu lansung tak boleh nak gigit kunyah makanan. Kena makan bubur juga, telan terus tak kunyah. Kalau makan nasi memang keluar sebutir². huhu...
ReplyDeleteBeli water flosser. Lepas makan terus floss, senang bersihkan sisa makanan dalam mulut.
Pakai braces ni secara tak lansung mematikan selera sikit sebab banyak kena berpantang. bertabahlah ye Iman.
Alhamdulillah Iman lulus. Selamat menjalankan tugas dengan baik dan boleh adapt dengan suasananya.
Sabajap Iman, kang dah hilang sakit macam-macam boleh makan tau. Masa ni lah baru menghargai lelangit tu. Function sangat. hihi...
Stress juga tengok game tu. Banyak pulak drama nya.huhu...Tulah tu, ramai pulak hatersnya.
teringat pulak bubur nasi sentosa kat JB tu bila tengok SK punya bubur berlauk tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah Iman! Keja elok² hehe ...
ReplyDeleteSedap pulak tengok bubur nasi tu .. esok2 la nak masak juga
wah tahniah iman, kerja elok2 ya. Masa adik dana mula-mula pakai braces dulu memang tak lalu makan, kurus dia. Sampai sekrang kurus lagi tapi bukak dah braces tu memang terus nampak lain bila gigi dh elok cantik.
ReplyDelete