HABSAH KOCI LELEH

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


TER-FOMO jugak dengan Habsah Koci Leleh yang viral di thread. Bukan apa, terlanjur dah dekat dengan office, takkan nak lepaskan peluang merasai sendiri keenakan kuih koci yang menjadi sebutan ramai ni. Mula-mula hari tu, datang dengan Iman, sekali eh, tutup. Ni kelmarin, Sk dah kebosanan di office, sajalah menghala ke kedai yang terletak di belakang Paradigm Mall ni. Sebelum tu tengok dulu info waktu operasi, Alhamdulillah, buka. Tak ambil gambar dari depan kedai sebab ramai abang grab kat depan kedai.


FOMO bermaksud takut ketinggalan atau kebimbangan terlepas peluang. Ia adalah singkatan daripada frasa Inggeris, Fear of Missing Out. Perasaan ini merujuk kepada rasa risau atau gelisah apabila melihat orang lain menikmati pengalaman, membeli barangan baharu atau mengikuti trend terkini di media sosial.

🤭



Kuih koci ialah sejenis kuih tradisional Melayu yang popular di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Ia diperbuat daripada doh tepung pulut yang lembut dan kenyal, membalut inti kelapa manis yang digaul bersama gula Melaka atau gula nisan. Kuih ini lazimnya dibentuk secara comel dan dibungkus menggunakan daun pisang sebelum dikukus. Walaupun begitu, kuih koci Habsah ini bukanlah dikukus ya sebaliknya direbus dalam air mendidih seperti cara memasak kuih onde-onde atau kuih Buah Melaka. Terdapat empat pilihan perisa kuih koci di Habsah Koci Leleh iaitu Koci Pulut Hitam, Koci Labu, Koci Keledek dan Koci Durian. 



Kuih Koci Pulut Hitam adalah perisa yang digemari kebanyakan pelanggan Habsah Koci Leleh. Dohnya diperbuat dari tepung pulut hitam berbanding kuih koci perisa lain yang diperbuat dari tepung pulut biasa (putih).



Dari pengalaman Sk sejak mula mengenali Kuih Koci, ia dimasak dengan cara dikukus. Jadi, bagi Sk, kuih Koci Leleh ni telah divariasikan cara memasaknya dan ditambah pulak kuah santan semasa membungkusnya di dalam daun pisang. Nak lagi moden, dah ada yang menjualnya dalam bekas plastik comel seketul-seketul. Aaa.. kalau banyak ketul tu, namanya bukanlah kuih koci lagi, tapi badak berendam atau di Pahang dipanggil Kubang Badak. Tu kalau dohnya bulat-bulat la. Kalau dohnya leper-leper macam bentuk karipap, ia dipanggil Kuih Sopang yang terkenal di Nismilan.



Masa mula-mula viral dulu, tak la teringin sangat. Sebabnya hampir setiap hari di kantin kolej, ada menjual Kuih Koci Pulut Hitam. Itu versi tradisional yang dikukus, bukan versi leleh. Murah pun murah, baru RM2/3 ketul. Yang ni, RM1/ketul, lepas tu wajib beli 10 biji.



Sk beli campur keempat-empat perisa, setiap perisa, Lima biji. Total, RM22.50 (dah macam duit maskahwin Negeri Johor).  Biasalah, tamak, hahaha. Kak Habsah pesan, kalau nak simpan peti sejuk, tunggu kuih koci berada dalam suhu bilik sekejap. Jangan biarkan ia terkedap macam tu, nanti basi santannya, basi sekali kuihnya.



Kuih Koci Perisa Keledek

Keledek dilecek dan dicampur bersama tepung pulut dan air, kemudian diuli sehingga menjadi doh dan dimasukkan inti kelapa manis.



Sedap inti kelapanya. Rasa lemak manis kelapa muda. Kalau yang guna kelapa tua tu, boleh tersedak ya kita dibuatnya, hihi.



Kuih Koci Durian

Tepung pulut dan air dicampur sedikit pewarna hijau, diuli sehingga menjadi doh dan dimasukkan inti kelapa yang dicampur durian.



Tak dinyatakan pulak durian kampung ke, kahwin ke, D24 ke atau Musang King. Yang pasti memang rasa durian yang sedap elok, bukan rasa durian yang dah jadi tempoyak. 



Ini pulak Kuih Koci Labu. Dohnya diperbuat dari tepung pulut yang dicampur bersama buah labu yang dilecek. Intinya, inti kelapa manis.



Kuih Koci Pulut Hitam

Dohnya diperbuat dari Tepung Pulut Hitam dan diisikan inti kelapa manis. Semua kuih koci di Habsah Koci Leleh adalah versi meleleh hanya jika dimakan panas-panaslah ya. Kuah meleleh atau ada yang panggil dadih tu dibuat dari santan kelapa segar yang dicampur sedikit garam dan tepung beras. Jadi, bila rasa manis inti dan masin kuah santan tu memang umph la.


Lepas ni nak mintak Kak Habsah buat Koci Pulut Hitam inti perisa durian pulak, hahaha. Dekat kantin Kak Sab pun, kadang pernah jugaklah dia buat Koci Pulut Hitam inti perisa durian. Tu bergantung jugak pada order katering yang Kak Sab terima. Kalau ada yang pesan menu luar biasa, dapatlah kami tumpang merasa.



Waktu Operasi Habsah Koci Leleh

Dibuka setiap hari kecuali Isnin
9 pagi hingga 4 petang. 

Kuih Koci Kak Habsah juga ada dihantar di vendor-vendor sekitar JB antaranya Syurga Dessert. Kalau nak buat tempahan banyak tu, bolehlah telefon Kak Habsah atau anaknya, 0145005428.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bagus juga dia beritahu bagaimana hendak simpan.
    Saya suka koci pulut hitam.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedapp betul..
    Tapi, tula.. Linda suka yang versi kukus tu ..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!