Assalamualaikum WBT
SEJAK dari akhir bulan Julai hingga awal Ogos, selama tiga minggu tu, Sk cuma bekerja dalam tiga hari jer seminggu. Minggu ni la baru Sk kembali bekerja dari Isnin hingga Jumaat esok, InsyaAllah. Tu la tu rasa macam lambatnya nak tiba Jumaat. Semalam pun dah rasa macam Khamis, rupanya hari ni la baru Khamis, adeh!
Kembali kepada segmen gambar dalam galeri yang belum dicipta konten, Sk tunjuklah buah cempedak ni yang dibeli di Benut (Pontian). Masa ni dalam perjalanan nak ke jemputan Majlis Perkahwinan di Senggarang dan kami ikut jalan kampung, maka memang banyak la jumpa gerai berjualan hasil kampung, kami berhenti nak beli jus nenas lalu ternampak pulak cempedak, beli sebiji ni RM21 (RM7/kg). Jauh la bawa cempedak ni jalan-jalan dari Benut sampai Senggarang, hahahah.
Tu takpa, sampai Melaka ya buah cempedaknya jalan-jalan, hehehe. Ni PI la kata nak makan rojak dan cendol di Restoran Rojak Ali Lido. Orang Melaka tau ler restoran ni, memang femes de amos.
Iman pesan Mee Goreng dan ABC. Sk minum cendol jer, tak makan.
Tujuan ke Melaka ni jumpa Along, ambil barang. Pada mulanya Along nak hantar sendiri weekend tu, tapi dua hari tu, Sk ada urusan jemputan. Sk ajak PI singgah Melaka balik dari Temerloh tapi PI kata, alang-alang dah sampai Senggarang tu, baik terus pergi Melaka.
Hari tu, Along ada kursus di Grand Swiss Bel-Hotel, lepas hantar semula Along ke hotel, kami terus balik Johor. Tak tidur la kampung angkat malam tu sebab esoknya dah rsvp jemputan Majlis Perkahwinan di Arjuna. Ajaibnya, dari masuk lebuhraya Ayer Keroh sehingga ke Senai (U), langsung tak jammed ya. Dari Simpang Renggam sampai Kulai pun tak jammed langsung. SK cakap dengan PI, agaknya minggu tu orang semua tak keluar sebab seminggu sebelumnya kan jammed melekat menghala ke Johor disebabkan PRN Johor ke 16. Oh, gambar tu, fridge magnet Vietnam, Along bagi. Member dengan besan ikut anak pergi honeymoon.

Ni rupa ulas cempedak yang kami bawa jalan-jalan sampai Melaka kemudian patah balik ke Johor, hehe. Sk tengok rupa kulit macam ulasnya besar-besar tapi tak. Betullah kata pepatah omputeh, don't judge a book by its cover. Sedang-sedang la besarnya, tak la kena scam. Isinya pun penuh. Iman kata, dia lagi suka cempedak yang tak terlalu tebal isinya tu, baru boleh rasa tepung tu rangup-rangup. Maaf, gambar selepas digoreng, tak ambil, hihi.
Ni pulak, gambar makan tengahari di Segamat, semasa perjalanan balik dari Temerloh. Rupanya belum habis cerita Temerloh ko, Sk??
Pinggan TTK, mula ambil ulam dengan jantung pisang serta terung berlado. Lepas tu tengok gulai dia banyaknya masak lemak. Belah-belah Segamat ni masakannya dipengaruhi cara masakan Nismilan dan Pahang iaitu masak lemak cili api dan gulai tempoyak. Ada gulai ikan baung dan ikan patin tapi Sk rasa macam dah tak larat makan ikan, Sk ambil masak lemak telur itik. Lepas tu rasa macam tak lengkap pulak tak ada ikan, Sk ambil la ikan kembung goreng, hehehe.
Sk tak ingat PI dan Iman ambil lauk apa, sebab tak ambil gambar pinggan mereka, tapi PI ambil siput sedut ni semangkuk. Dengan 3 gelas limau ais, total RM64. PI cakap mahalnyaaa, heheheh. Ni purata sorang makan RM21, tapi Iman ambil lauk sikit jer. Lauk Sk dan PI la kot yang mahal, siput sedut tu biasa RM10 jugak tu semangkuk.
Hari yang sama, dari Segamat, masuk lebuhraya Yong Peng (S), sampai Simpang Renggam, jammed melekat ya. Kami keluar Plaza Tol Sedenak, lepas tu tersalah keluar simpang, termenghala ke Ayer Baloi. Sampai nak dekat keluar simpang ke Pekan Nenas, nampak orang berjualan cempedak. Singgah beli cempedak lagi, yang ni dia kata cempedak madu, beli dua biji, RM48. Dia belahkan sikit, suruh kita tengok puas hati ke tak. Tapi, lepas tunjuk, laju-laju dia tutup balik.
Musykil jugaklah Sk, tapi nak bantah, macam serba-salah. Sepanjang jalan fikir, kalau kena scam macam mana, hahaha. Dah sampai rumah, Sk buka buah cempedak tu, belah keluarkan ulasnya, nasib elokkk, ulasnya pulak besar-besar penumbuk. Tapi, isinya tak la penuh macam cempedak dia buat contoh tu, adalah dalam 53 ulas untuk dua biji cempedak. Tu kalau jual, RM1 seulas, pun tak balik modal, hahaha. Sk buka siap-siap simpan dalam bekas, masuk dalam esbox, tak larat nak goreng.
Malam, makan di Restoran Sayam aje la. Pesan Kerabu Mangga sepiring.
Udang Pedas, Daging Masak Merah dan Kailan Sos Tiram serta Sotong Celup Tepung.
Sotong dia macam jemput-jemput, biasalah, kedai tomyam memang cam tu.
Pesan tomyam putih semangkuk dan telur dadar. Biasa aje la masakannya, licin jugak la kami makan, lama tak makan kat Sayam ni, hihi.
Sk nak tunjuk bunga telur Majlis Perkahwinan Nadia & Sulhi yang dibuat sendiri oleh emak Nadia. Cantik sangat ni. Bila tengok produk-produk kait macam ni terus teringat kat Nur (Tot). Sorang lagi kawan blogger yang pandai mengait yang setiap kali akan teringat ialah blogger Monas to Petronas.
Goodies majlis akad nikah ni semua hasil kaitan (betul ke perkataan ni?) emak Nadia. Ada key chain, bunga dalam pasu dan beg cerut, untuk simpan kunci kereta sesuai tu.
Cempedak Madu dah siap goreng. Nampak tak besar-besar penumbuk tu. Sedap betul, Sk suka buat salutan batter cempedak tu masin-masin sikit supaya balance bila dimakan dengan cempedak yang manis. Memang manis bermadu la cempedaknya, Alhamdulillah. Terima kasih, Allah.
Saya mcm Iman suka cempedak isi nipis...Jauh betul jalan cempedaknya...tajuk content x leh tahan...
ReplyDeleteKenyang selera bukak entri kali ni.
ReplyDeletesedpanya cempedak goreng.. makan panas2 tu yang syok...
ReplyDeletekata pergi makan dekat kedai rojak, tapi tak nampak pun rojaknya...hihihi
Hari tu kiteorg ke Felda Serting dalam perjalanan nampak gerai jual cempedak tepi jalan. Ingat nak beli dalam perjalanan balik tapi lupa pulak balik tu ikut jalan lain, haaa... takde rezeki la beli cempedak hihi
ReplyDeletecempedak kalau rm7 sekilo memang mahal la bila sebiji tu kan. dulu ada satu musim tu pernah rm12 sekilo jadi berpuluh la sebiji tu
ReplyDeletep/s:saya dah tukar link blog tau
Tak bebau ke bawak cempedak tu jalan2.
ReplyDelete