MAKAN DI BELLY TREATS

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 


HUJUNG minggu kali ini nampaknya Sk melepek-lepek sahaja di rumah. Kain ada dua bakul belum berlipat, tu tak termasuk kain yang masih dalam mesin basuh dan dalam dryer. Haishhh.. malasnya, kerja banyak tapi malas nak buat, huwa huwa huwa.



Ni cerita minggu lepas, Iman pergi temuduga di sebuah syarikat di Mutiara Rini. Waktu temuduga jam 10.30 pagi tapi kena sidai dekat 2 jam. Tempoh temuduganya pulak sekejap aje, Iman kata, kalau dapat pun kerja kat situ dia tak mahu kerana persekitaran kerja yang tidak selesa. Lepas interview selesai, Iman datang pejabat Sk, ajak makan di Belly Treats Cafe di Larkin, 10 minit dari office Sk.



Pesanan makanan dan minuman serta pastries atau desserts boleh dipilih terus di kaunter dan terus buat bayaran. Kemudian akan diberi buzzer, apabila pesanan siap, buzzer bergetar dan berbunyi, boleh dah ambil makanan di kaunter yang sama. 


Sk nak kongsi pengalaman masa ambil makanan kami, macam biasa, Iman ambil makanan, Sk perhati dari meja yang agak jauh dari kaunter, mereka letak dalam tray, mineral water, minuman Iman, sepinggan spaghetti dan sepiring dessert. Tak muat untuk lagi sepinggan spaghetti dan kami ada minta ais untuk mineral water. Jadi, Sk pun bangun untuk ambil makanan yang tak muat dalam tray bersama ais (dalam cawan kertas). Sk pegang pinggan tu di bahagian dasar, konon boleh angkat sebelah tangan, sebelah lagi pegang cawan ais, gitu. spontan keluar dari mulut, 'panas'. Staf tu suruh pegang dekat tepi pinggan, aaa.. memang tak panas situ, tapi kitanya nak pegang ais lagi. Kalau satu tangan jer pegang tepi pinggan, memang tak stabil. Hurmm.. apa salahnya la letak dalam tray lain, Sk pun macam tak tercakap nak minta tray lain tapi patutnya mereka la yang kena fikir benda ni. 



Ni kali kedua datang ke Belly Treats ni. Kali pertama lama dah, masa tu mereka belum jual main course (masakan panas western) lagi. Dari pengalaman kali ni, rasanya tak akan datang untuk lain kali dah. Patutlah kedai pun kosong aje padahal masa kami datang ni lunch hour ya.



Spaghetti Alfredo Grilled Chicken, RM18.

Masakan Alfredo ni sekali imbas dari segi rupa dan rasa macam sama dengan carbonara tetapi berbeza sebenarnya. Sos Alfredo lebih kepada rasa lemak manis susu, berkrim tebal dan kaya dengan aroma bawang putih.



Spaghetti Creamy Samyang, RM18.

Bagi mereka yang suka rasa sos yang pedas, bolehlah cuba spaghetti gaya Korea ni.



Walaupun makanannya sedap, tapi hati rasa sedikit terkilan, huhu.


Besar dah cafe Belly Treats ni tapi sayang tak ramai pelanggan. Sk pada mulanya ingat mesti full house, rupanya tak. Kadang pelik kedai-kedai makan kat JB ni, yang penuh, penuh sangat, yang kosong sampai tak ada orang langsung.

Dikemaskini: Iman baca entri ni, kemudian dia cakap, ingatkan dia sorang aje terasa hati. Iman cakap, masa dia nak ambil makanan, dia minta ais, dan staf tu buat muka. Lepas tu, kan satu pinggan pasta lagi tak muat nak letak dalam tray, dengan kasarnya staf tu cakap 'NANTI DATANG BALIK!'. Iman kata, dia sabar aje laaa. Pakkal aje nak makan. Hurmmm.. buat kita macam makan free pulak ya staf Belly Treats ni. Nanti kau!!! (Staf tu perempuan). 

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sayang makanan okay, tapi tak pandai layan customer, kedekut tray. Kalau saya pun, tak datang lagi. Sini pun ada kedai makan macam ni. Terus saya tak pergi dah.

    ReplyDelete
  2. Ikut pada gambar makanan dan suasana dlm kafe ni nampak sedap dan selesa dah. Kena perbaikilah bab melayan customers tu.

    ReplyDelete
  3. menarik menunya tu...alahai staff nk kena perbaiki lg tu br ramai customer dtg

    ReplyDelete
  4. Mungkin sebab tu la kedai tu tak ramai orang kak, kalau gitu la cara layanan kat pelanggan. Makanan sedap pun kalau orang menyampah takde yang datang jugak.

    ReplyDelete
  5. Lain kali tak singgah situ lagilah nampaknya.

    ReplyDelete
  6. kemain lagi staff nya tu ye,ini kalau boss dia terbaca mau kena resign 24jam

    ReplyDelete
  7. Bila cuti lama begitulah, kain ikut membukit sikit-sikit. Kena slow-slow lipat sebelum terus jadi gunung pulak. hihi...
    Aduhaii..tak patutnya sidai lama-lama. Kesian Iman. Awal-wal company dah buat macam tu, memang tak bestlah. Kalau persekitaran tak best better cari lain.
    Lahh boleh je bagi 2 trays kan untuk pelanggan. Kita pulak kena fikirkan. huhu..sabar je lah.
    Food plating menarik, instagrammable sangat.
    Patutnya bidang F&B kena treat customer elok-elok. Barulah orang suka datang sini bukan sebab nak makan je. Service pun kena bagus selain makanan sedap. Harap akan datang lebih baik.

    ReplyDelete
  8. Apa la salahnya tolong je hantarkan ke meja cust. Kalau service bagus orang repeat datang tapi kalau tak mesra cust memang babai la.

    ReplyDelete
  9. Biasa la temuduga sidai berjam. Janji dapat healing makan kat Belly Treats Cafe Aduhai, servis Belly Treats Cafe ke tu? Patutlah Iman pun terasa hati. Staf patut lebih peka dan peramah!

    ReplyDelete
  10. Aduhai, kesiannya SK dengan Iman! Makanan dah nampak sedap, tapi bila servis dan sikap staf teruk macam tu, terus hilang selera nak datang lagi. Rezeki kedai hilang sebab perangai pekerja

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!