Assalamualaikum WBT
HARI terakhir di Temerloh, kami ke Car Boot Sale Temerloh atau Pasar Malam Temerloh yang terletak berhampiran Pekan Sehari Temerloh. Ni kira hari terakhir la kan meneroka Pekan Temerloh, lepas tu entah bila nak datang lagi. Tengoklah akan datang kot-kot ada anak sedara lain yang bertemu jodoh dengan orang Temerloh ke, Mentakab ke, Jerantut ke, bolehlah kita tumpang lalu. Nak kata anak sendiri, macam belum nampak bayang lagi, hihi.
Sebelum ke Car Boot Sale, kami singgah dulu ke Gerai Koi - Grill & Chill In The Jungle, yang terletak di Paya Pulai, berhampiran homestay. Gerai ni bukanlah dalam jungle (hutan) betul tapi dalam kampung, kena masuk ke dalam sikit. Jalan sempit tapi elok la jalannya.
Pesanan makanan dan minuman dibuat secara layan diri di kaunter. Sebenarnya macam leceh jugak tau sistem layan diri macam ni sebab kalau datang 10 orang, 10¹⁰ orang berkumpul di kaunter tu sebab nak tengok menu. Sk rasa jika nak buat sistem layan diri, lebih baik beri pelanggan menu dan order chit di meja, kemudian sorang wakil bolehlah buat pesanan dan bayaran di kaunter.
Menu di Gerai Koi.
Dalam loghat Pahang, "koi" bermaksud saya atau aku. Kata ganti nama diri pertama ini sangat popular dan sinonim dengan penduduk di daerah Temerloh dan Bera, serta kawasan sekitar Sungai Pahang.
Selain menu di atas, ada juga menu Nasi Arab yang dipadankan dengan lauk pilihan seperti Ayam Bakar, Kari Kambing dan Lamb Shank.
Selain tu boleh buat BBQ Party jugak tau. Tu la tu, dinamakan Grill & Chill In The Jungle. Untuk BBQ Party ni cuma RM80/4 pax. Murah betul tapi kami tak bercadang nak berlama-lama di sini. Karang sibuk membako, entah bila pulak nak sampai ke Car Boot Sale tu.
Aaa.. inilah dia tempat untuk BBQ Party tu. Dekat Johor (JB) setakat ni Sk belum jumpa lagi konsep Grill & Chill yang dibina ala-ala telaga ni. Menarik dan tertarik kita dibuatnya. Tapi, macam Sk kata sebelum ni, kami tak ada plan nak berlama-lama atau bersantai-santai.
Ada khemah laaa.. kalau hujan lebat tatawlah apa jadi orang yang tengah membako-bako kat bawah khemah ni. Kalau gerimis mengundang, boleh tolak ansur lagi. Kalau cuaca baik, tak ada khemah pun okey cuma bila ada khemah ni lebih privasi.
Selain tu terdapat jugak pilihan pastries dan dessert. Boleh terus pilih dan bayar.
Kami pilih Danish Pastries ni. Ni boleh terus ambil dan bawa ke meja. Pesanan lain nanti kena tunggu buzzer bunyi, ambil sendiri di kaunter. Pekerjanya semua baik dan sopan, tak berkira pun nak bagi kita guna dulang-dulang dia.
Sk pesan Teh O Panas, terkejut tengok besarnya mug dia bagi. Jadi, Sk suruh mereka semua kongsi teh o tu dengan Sk, air dorang take away terlanjur dah dalam cup plastik untuk take away tu. Mana mahunya habis Sk minum teh o banyak macam tu.
Iman belanja ni sempena dapat gaji kerani SPR PRN Johor tuari. Mekacehhhh, Iman.
PI makan Sizzling Mee. Dia nampak menu Sizzling Mee ni la tu dia ajak ke sini. PI kan suka menu mi berkuah.
Sk makan Roti Titab jer. Sebabnya petang tu Sk dah makan nasi. Panaskan belen nasi makan tengahari semalamnya dengan lauk ikan patin ada sebelah lagi. Takkan nak bawa balik Johor atau nak buang. Buang dalam perut takpe, hahahaha.
Iman punya Bolognese Meatball Spaghetti. Banyak jugak spaghetti tu sampai Iman ajak kongsi.
Bagi Sk, semua hidangan yang kami pesan ni tak mengecewakan. Kalau dekat mungkin boleh repeat dan cuba menu lain pulak. Jadi, siapa yang berkunjung ke Temerloh tu, bolehlah grill & chill di Gerai Koi ni. Waze aje, Gerai Koi, mesti jumpa punya!
Menariknya tempat makan ni. Rasa macam pergi camping pulak dengan suasana dikelilingi pokok2 tu. Makanan pun nampak sedap2.
ReplyDeleteYelah kan, jarang betul nak jalan-jalan jauh ni melainkan ada hal-hal macam ni atau urusan lain. Agaknya jodoh Iman orang jauh entah orang dekat. Tunggu je lah nanti.
ReplyDeleteBetul! Tak suka sistem macam ni. Better scan Qr je dari meja lagi senang. Terus order, terus bayar. Takpun letak buku menu dan bagi kertas tulis sendiri hantar kat kaunter kalau malas sangat nak ke meja pelanggan.
Macam bagus juga tempat Grill dia tuk. Saya pun tertarik juga tengok. Banyak jugalah pilihan menu pastry dan desserts dia. Air teh o dia macam gelas kat mamak juga jenis besar ek.
Wah Iman belanja lagi. Semoga mewah rezeki Iman belanja parents.
Sedapnya sizzling mi, lama tak makan. Makan panas-panas macam ni baru sedap. Spaghetti bolognese dia pun tak kedekut sos.
Okay baik, masuk dalam list dulu. Mana tahu kot tersesat ke terlimpas kat Temerloh ke kan. hihi...
BBQ dlm khemah tu ala² camping la vibe nya tu kan...
ReplyDeleteMenarik cafe ni. Tapi paling menawan mata danish pastry tu, outstanding nampak presentation nya tu
Bestnya singgah Car Boot Sale & Gerai Koi! Makanan grill & chill Temerloh ni nampak padu. Ada apa lagi kedai best dekat Temerloh yang Sk rasa wajib repeat?
ReplyDeleteoutdoor konseptnya..menarik..terliur tgk dessert tu
ReplyDeleteAmmi samalah mcm PI, memang jenis suka mi berkuah tapi sizzling ni kalau ada pilihan lain mmg ammi tak ambiklah.
ReplyDeleteJap beriya ammi tengok resit nak tengok nama pastry tu…memang pastry semata je dia letak ek? Apsal ko malas nak tulis bebetul ni org kedai? Tertanya2 gak ni apa nama betulnya sebab macam lawa pulak ada “tosberi” kat atas tu.
Menarik betul konsep Grill & Chill ala-ala telaga kat Gerai Koi ni! Nampak kreatif dan lain daripada yang lain. Kalau cuaca elok memang best santai-santai BBQ dengan keluarga.
ReplyDeleteOrang Pahang ni pun taktau kewujudan kedai ni. Jarang jugak ke Temerloh melainkan urusan kerja. Takdela sempat nak explore kedai2 camni.
ReplyDeleteKuah bolognese nampak pekat dan penuh daging, memang sedap ni.
ReplyDeleteWaaaah menariiiiik tempat makan yg dalam tenda tuh kak 😍😍😍. Laaah saya pikir tadi di JB, bisa saya mampir pas Desember , sebab nak seminggu stay di JB. Ternyata jauh pula yaaa 😄.
ReplyDeleteSetujuuu, cara pesan berkumpul di counter tuh saya tak suka juga. Buat antrian panjang. Apalagi jika si pembeli blm tahu nak pesan apa. Makin lama jadinya