Assalamualaikum WBT
MENJUNJUNG TITAH DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor, semua sekolah di negeri Johor diarahkan tutup selama dua hari pada 8 & 9 Oktober (hari ini dan esok) sebagai langkah berjaga-jaga demi menjaga keselamatan dan kesihatan murid akibat masalah jerebu yang melanda. Logiknya kenapa sekolah sahaja ditutup, mungkin kerana pelajar-pelajar lebih terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat dengan kawasan sekolah yang lebih terbuka berbanding pekerja yang bekerja di dalam bangunan bertutup. Kolej Sk juga memberi cuti kepada pelajar selama dua hari ini berbekalkan tugasan. Tiada arahan BDR kepada staf, kena datang kolej macam biasa la kita.
Hujung minggu lepas, Along datang Johor. Turut bersama ialah Abang Long dan Lala. Kebetulan PI tak ada bola, Sk pun free, tapi Iman malam tu pergi konsert Wali Band di Educity. Angah ada urusan, Cik Ani pun sama, jadi kami berlima sajalah. SK tanya Abang Long, nak makan di Restoran Ikan Bakar atau Chinese Seafood Restaurant? Abang Long pilih CSR, jadi kami ke Restoran YX.
Full house eh RYX malam tu, tak dapat meja atas pelantar yang mengadap laut. Kali ni dapat meja depan akuarium.
Suruh Abang Long pilih menu. Kami tak apa, dah biasa. Abang Long minta cadangan, pilih punya pilih, pilih la Ikan Siakap Stim Nyonya. Rasa kuahnya ala-ala asam pedas tapi guna cili hidup hijau, jadi warna kuahnya kekuningan. Along cakap, ada rasa macam ikan patin masak tempoyak tu. Eh, betullah. Kalau letak tempoyak, terus sama agaknya rasa dia.
Sejak dulu, kalau makan dengan Abang Long ni, dia jarang makan dengan nasi putih. Jadi, kami pesan Nasi Goreng Cina satu hidang terus. Makan.. makan.. makan... tiba-tiba udang ni sampai. Lambat pulak sampai Sk terlupa ada order udang ni. Udang ni offer, RM3/pcs (minima 5 ekor) minta 12 ekor.
Lauk-pauk lain yang dipesan tak diambil gambarnya.
Sebelum balik kita bergambar dekat sini la. Tapi gelap, la... tak nampak laut. Belakang tu Selat Tebrau, boleh nampak Singapore. Kalau sampai sini, awas, jangan buat panggilan atau terima panggilan telefon, kena matikan data siap-siap dan guna wifi restoran (bagi mereka yang pernah roaming panggilan luar negara).
Gambar dekat pokok buluh pulak. Cantik gambar ni.
Rasa berbaloi makan 5 orang tak sampai RM200 sebab biasa kami makan tiga beranak pun banyak ni jugak padahal ni ambil udang doblas ekor.
Nasi goreng tinggal dalam sepinggan, udang tinggal 5 ekor, Sk tapau bawa balik. Esoknya, Sk masak nasi goreng, dah siap, Sk gaul sekali dalam kuali dengan nasi goreng tapau tu, masukkan udang. Licin buat sarapan. Begitulah selalu, jangan membazir sebab membazir itu amalan siapa????
Ya betullah tu.. amalan syaitonnnnn.










Sedapnya semua kak compom la fresh tu kan... ingat kt KL ni teruk johor lagi teruk rupanya... mujur sekolah tutup jugak kat sana sini sekolah gak walaupun dh 200 lbh
ReplyDeleteNasi goreng tu mengancam. Udang pun nampak segar, puashati makan.
ReplyDeleteKalau dah seafood, mau masak ala Chinese ke, Melayu, Thai, semua sukaaaaaa 😄😍😍😍. Apalagi udang. Memang tak mungkin skip 🤭
ReplyDeleteBetuuuul kak. Ada sisa makanan, olah lagi menjadi menu lain atau panaskan. Sedap juga. Sebisa mungkin jangan buang makanan lah, kecuali dah basi
Tergoda pulak tengok udang tu nampak sedap.
ReplyDelete