SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI KOLEJ

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


PAGI ini, kami ada program gotong-royong bagi proses perpindahan yang dijangka akan berlaku sedikit masa lagi. Bos cakap, sarapan dulu, dalam pukul 9 boleh la mula bekerja. Lepas clock in tadi, Sk ke kantin nampak mee goreng satu tray. Tertarik jugak tengok ada sambal goreng pengantin, nasi impit dan rendang ayam. Hurmm.. yang mana satu idaman kalbu, cer teka? 😆






Rabu lepas, berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul di kolej. Program dimulakan dengan perarakan bermula di Dataran Kolej dan berarak ke Dewan Besar. Pukul 8.30 pagi kami mula berkumpul dan membentuk barisan bagi setiap kursus. Ada hadiah disediakan bagi sepanduk terbaik dan perarakan terbaik kategori kursus.



Tema warna tahun ini sekali lagi hitam dan maroon. Tak tahu la kenapa urusetia suka no pilih warna tu. Tapi tak apa, kalau tak pakai hitam dan maroon. Tengok En Daud pakai kuning, En Azri pakai hijau muda. Yang di sebelah kanan sekali tu ustaz dan En Din, dua-dua pakai biru royal.


SK ada jer jubah hitam dan tudung maroon, tapi bak kata, Cik Ani.. ungkal, hahahah.



Berzanzi sebelum marhaban oleh staf wanita. Sebelumnya diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran oleh pelajar.



Tahun ni jemput penceramah bebas. Ni grup pelajar yang menang perarakan terbaik. Ada jugak tu non Muslim, tapi sporting nak join program Maulid.


Kali ni Sk pilih duduk belakang supaya senang nanti nak...



Berlunjur kaki, hahaha.

Penat bersila kita bersimpuh, penat bersimpuh akhirnya pasrah melunjur, adeh. Ni pakai capai jer stoking hitam rupanya stoking tidur. Pakai aje laaa.



Penutup, jamuan Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Dalca dan Pajeri Nenas serta buah tembikai, makan bersama dalam dulang. Tahun ni kongsi bertiga, Sk, Diba dan Siti jer. Tinggal sikit lagi nasi, semua dah surrender kekenyangan.



Staf kolej memang ramai wanita la. 


Bos masuk bossss.
Ada staf lelaki yang busy jadi kita-kita sajalah ya. Tahun depan mungkin suasananya lain pulak nanti, insyaAllah, jika masih ada rezekinya di tempat baharu.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya tgk menu nasi beriani mkn dlm dulang tu

    ReplyDelete
  2. Soalan kat perenggan pertama tu, saya yakin mi goreng kalah 😁

    Yelah SK, saya pun tak tahan duduk bersila/bersimpuh lama sikit. Kebas kaki. Kena berlunjur barulah selesa.

    ReplyDelete
  3. Meriah sambutannya. Lawa tema hitam maroon tu SK

    ReplyDelete
  4. Meriah juga minggu ni, daripada sambutan Maulidur Rasul siap pertandingan sepanduk dan perarakan, hari ni sambung pula gotong-royong perpindahan.

    ReplyDelete
  5. Saya nih tak bisa lah duduk bersila terlalu lama. Pasti kesemutan kaki 😂😂😂. Jadi memang lebih suka kaki dipanjangkan, atau pilih duduk di kursi 🤭😄.

    Sedaap nampak nasi biryani tuh kak 😍😍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!