MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, February 16, 2011

BILA SELERA LAIN-LAIN

ASSALAMUALAIKUM wbt

BEGINILAH jadinya bila selera lain-lain.

Semalam semasa membeli kain hijau dan tudung hijau untuk Yaya yang dilantik menjadi pengawas sekolah agama di Pasar Awam Larkin (jangan terkejut beli kain kat pasar), kami singgah sebentar di pasar basah yang banyak berubah. Nampak lebih lapang dan selesa, ikan pun banyak yang segar bugar tapi memandangkan kami ada dua tiga tempat lagi nak singgah kami memutuskan untuk membeli daging lembu sahaja.

Dalam perjalanan pulang setelah pergi mengukur jalan itu, encik suami berkata, "malam ini makan daging masak kicap jerlah. Tadi kat Hua Mui tak makan nasi, rasa perut ni lain macam pulak," mengada-ngada sebenarnya.. hehe.

Mak aih! Hitamnya daging... hehehe

"Masak kicap? Boringnya, masaklah letak bawang-bawang, lada hitam, kan sedap sikit," kata saya.

"Alah, tak payah susah-susah, masak kicap letak bawang macam biasa jer," huh! Kata dia, kata dia juga.

"Baiklah, tuan," okeylah tu, tak payah tumbuk-tumbuk bawang lagi dan menumis segala.

Tup-tup sampai rumah tekak ini teringin nak makan yang pedas dan berangin juga. Tak mahulah daging masak kicap, lalu terjadilah dua hidangan daging serentak. Tapi bila dua-duanya berkolaborasi dalam mulut, sedap juga ya, lain kali boleh masak serentak macam ni lagi... hehehe.

ni stail masak orang malas.. lebur jer sos lada hitam tu..
jangan lupa tumis sekali kayu manis dan rempah tumis, barulah berangin... kih.. kih.. kih.

5 comments:

ainnoraini said...

good ideakannn...tak payah nak susah2...mesti sedap daging lada hitam tu...

selamat malam...

Ila said...

kira oklah tu..2 2 dapat merasa

Sari Yusa Ibrahim said...

Ainoraini,
yelah.. jangan susah2... hehe

Ila,
Alhamdulillah, jgn gaduh2 tapi kena rajin sikit basuh dua kuali.. hihi

Mas said...

macam mas lak..
bila banyak permintaan..
masak jer sikit2 untuk semua puas ati..he..he...

Sari Yusa Ibrahim said...

Mas,biar tak ada yg komplen, kan... hihi

Share It

Anda Sukakan Ini?