MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Saturday, May 8, 2010

DAGING KICAP

Assalamualaikum... ini entri atas permintaan En Hubby. Dipaksanya saya masukkan cerita daging kicap dia yang berseri-seri ni.. ahakz!



Kalau nak tahu, suami saya ni suka sangat makan daging lebih-lebih lagi daging baru. Kalau beli daging tu dia punya geram dengan daging tu dah macam Ziela Jalil dalam filem 'Perawan Malam'. Pernah tengok tak cerita tu, zaman 90-an dululah..

Daging Kicap ni dialah yang masak. Sangat senang, budak sekolah pun boleh buat. Tak payah nak sedia rempah ratus, di tekak dia memanglah sedap, di tekak saya okey juga, di tekak saudara-saudari tak tahulah pulak ya.



Sebenarnya suami saya masak ni pada hari Khamis lepas. Lepas tu sibuk suruh saya ambil gambar. Hari Jumaat dia dah ingatkan saya masukkan entri ni. Saya cakap, baiklahhhhhh.. hehe. (Tapi ahkak lupa.. hihi)

Malam tadi dia tanya dah masukkan belum.. huhu. Dah tak larat nak masukkan, jadi sementara tunggu nak makan tengahari ni saya entrilah. Layanzzzzzzzzz!

Bahan-bahan:
200 gm daging lembu tempatan segar dihiris nipis*
1/2 cawan kicap manis (diwajibkan guna kicap kipas udang)*
*satukan bahan bertanda* dan perapkan sebentar
1 labu bawang besar dihiris bulat
1/4 st ajinomoto
1 sb minyak masak

Cara-cara:
1. Panaskan kuali, tuangkan minyak masak.
2. Masukkan daging yang diperap bersama kicap. Goreng sebentar.
3. Masukkan bawang besar dan ajinomoto, kacau sekali sekala, biarkan daging masak dan bolehlah dihidangkan panas-panas dengan nasi putih.

2 comments:

  1. eee..seronok betul baca blog yus ni..iza tak penah komen..baca je selama ni..baca lagi n lagi..hehe..
    tapi kali ni nak copy resepi!! :))

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...