MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, January 9, 2013

PUDING SAGO YANG OHSEMMM!

ASSALAMUALAIKUM...


PEMANIS mulut yang tidak pernah tak laku di rumah Seri Kandi. Kalau nampak saja biji sago ni di kedai, Yaya mesti suruh Seri Kandi beli lepas tu sibuklah tanya bila bondanya ni nak buatkan puding sago. Biasanya Seri Kandi akan masukkan terus dalam gelas-gelas yang berasingan dan Yayalah yang paling laju menyantap puding sago ni. Mulut tu pulak tak berhentilah memuji kesedapan puding sago ni. Ialah, makanlah Yaya.... ;-))))) Macam biasa Seri Kandi memang suka gunakan resepi dari Lydia ini setiap kali membuat puding sago. Seri Kandi sukakan struktur gula melaka yang kenyal-kenyal dikunyah bersama sago sekali. Banyak lagi resepi yang best di blog Lydia tapi memang Seri Kandi tak dapat nak jejak lagi link blog Lydia. Apapun terima kasih sekali lagi Lydia kerana berkongsi resepi puding sago yang luar biasa sedap ni.

Puding Sago
Resepi : Lydia
Sumber : Alam Sari

Bahan-bahan:
Bahan A ~
100 gm sago
500 ml air
~ Didihkan air dan masukkan sago, masak sehingga sago menjadi jernih. Tutupkan api, biarkan 1 hingga 2 minit dan bilas dengan air sejuk. Toskan sago dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.

Bahan B ~
1 sb gelatin (saya guna jenama halagel)
100 ml air panas
~ Larutkan gelatin dalam air panas, ketepikan.

Bahan C ~
180 gm gula melaka
200 ml air
1 helai daun pandan
secubit garam
~ Didihkan semua bahan C dalam periuk kecil hingga gula larut. Masukkan bancuhan gelatin (B).
Kacau sehingga semuanya larut, biarkan suam dan tapiskan. Tuang ke dalam bekas berisi sago dan sejukkan di dalam peti ais hingga gula melaka membeku. Strukturnya akan mejadi seperti jelly.
~ Hidangkan bersama susu cair atau santan, hiaskan jika suka.

jangan takut, makan banyak pun tak debab punya! ;p

14 comments:

Kakcik Nur said...

Terasa-rasa sejuk dan lemak manis masuk ke tekak. :)

Rohah said...

memang ohsem saya nengok puding akak ni..tak cukup semangkuk ni gayanya..

Zie said...

yup memang terbaik.. lemak manis sedap

bujal X said...

mana nak cari gelatin halagel? tak pernah jumpa kat tesco pun~~

Kakzakie said...

Cantiklah Seri buat. Kakak terpikat juga nie. Kalau makan masa panas-panas lagi terangkat nie.

Yatie said...

perghhhhh mmng ohsemmmmlah tngk pudi ng sagu Yus ni...kaler ijau lagilah menawan...ni kalau Hamka nampak pun 2 mangkuk dia makan..nyaman je lalu kat tekak..kan..

zila norazila said...

Sari klu nk jmpa kt bus stop bwk skali puding sago tu..seyes akk kecur gile nie..

Kesuma Angsana said...

tq share ye. done clik2 juga

Norhaizan hakim said...

Seronok betul singgah kat Alam Sari ni, cari idea memasak...memang nampak ohsome!

L said...

sedapnye tgk.. huu.. lapaq plak L... nk g beli makan dulu!.. huu

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

~~zana@pb~~ said...

Best ni SK (sudah tukar ka). Mood masak ke laut laa...

kkida @ 1001resepi said...

kelas gitu...nampak sedap sangat...serikandi memang rajin masak...kkida ni kurang sikit lately...:)

Zurina said...

tiba2 terasa dahaga lak...sedapnya...nk kena cuba jugak la...;)

Share It

Anda Sukakan Ini?