TAUHU BERGEDIL DAGING BUAT SENDIRI TAU - Alam Sari Di Tanah Jauhar

TAUHU BERGEDIL DAGING BUAT SENDIRI TAU

Assalamualaikum...

RISAU melihat lambakan kentang di dapur,  cuti hari pekerja lepas dimanafaatkan dengan membuat Tauhu Bergedil,  hahaha.  Phewww.. Rajin tak rajinlahkan,  padahal sehak beberapa hari sebelum hari cuti tu dah bercadang untuk baring mengembangkan badan sepanjang hari tapi lain pulak yang dibuatnya,  huwa huwa huwa.  

Bahagian mana yang tak cukup kembang tu Sk oi?! 😝😝😝

Sk bukan apa,  teringat Iman suka makan bergedil.  Kalau nampak bergedil di kedai,  dia mesti minta izin Sk untuk ambil lebih.  Maklumlah,  kadang bergedil sebiji pun dah RM1.50 tau.  Amboiii.. Sk.. Dengan anak pun nak berkira ke?  Hahahaha. 
Tapi bagi Sk itulah cara Sk mendisiplinkan anak sejak kecil.  Kalau nak ambil extra mesti kena tanya dulu.  Pendek kata,  apa saja yang dia nak kena cakap jangan pakai ambil aje. 

Eh,  cerita pasal Tauhu Bergedil tu,  kan tadi..  Sebenarnya plan asal nak buat bergedil aje.  Sambil goreng kentang dok teringat,  daun bawang tak ada.  Kalau tak ada daun bawang,  tak bangkitlah aroma bergedil tu,  kan.  Jadi,  lepas dah siap goreng kentang Sk ke kedai.  Alang-alang dah sampai kedai,  takkan semata nak beli daun bawang.  Terlintaslah di hati nak buat Tauhu Bergedil.


Sk rasa takyahlah kot bagi resepi.  Ramai jer yang pandai dan dah pernah buat TauhU Bergedil ni cuma Sk jer yang baru buat.  Cuma kaedah menyediakan kentang tu ada yang goreng ada yang rebus. Sk lebih suka menggoreng walaupun agak leceh tapi kentang tak lah berair. Untuk bergedil kentang ni Sk masukkan daging kisar juga dan isi tauhu pok Sk biarkan dalam tauhu tu cuma tolak dengan isi kentang hingga mampat.  Makan tiga biji pun dah kenyang oi!  😝😝😝




3 comments:

  1. Dilah pun x penah buat lagi tahu begedil ni kak seri.. sebabnya cari tahu tu asyik x jumpa je.. part buat begedil tu dilah pun suka jenis yg goreng kentang.

    ReplyDelete
  2. sedap.. sedap.. terus plan nk beli karang.. hehehe..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih