ROTI JOHN MACAM DULU-DULU

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

MASA balik dari Jemputan Abang Abid di Shah Alam bulan lepas, Sk kan singgah tidur Melaka. Along tahu la Sk singgah, kemudian dia hantar whatsapp...

👇

GERAI BURGER KAMI HADAPAN 7E TMN SAYANG SELASIH, KLEBANG BESAR

HARI INI KITA DAH START BUKA HINGGA LEWAT  MLM YE.....

 APE222 CALL OR WSAP OK😉😉😉


●BURGER AYAM / DAGING ADA🍔🍔

●ROTI JOHN ADA 🌮🌮

●OBLONG ADA 🌯🌯

➡️ SATE AYAM LEMBU KAMBING


▪︎ADA MENGAMBIL TEMPAHAN

KECIL-KECILAN👌👌


▪︎JEMPUT SINGGAH YE ✌✌


▪︎PENIAGA JALANAN KLEBANG BESAR

Cod SEKITAR Klebang dan berdekatan @ nk bertanya 

wasap Seha tau

#burgerleleh

#peniagatepijalan 

#maluapabosskurrr

▪︎SUPPORT sesama kita.....


Sk terus buat pesanan, mintak hantarkan ke hotel. Taukenya, anak saudara Sk, Hafiz. Seha tu, isteri dia.


Order burger dan Roti John. Sk penggemar Roti John. Sk pernah cerita masa mengajar di kelas malam zaman lampau, selalu singgah Medan Selera Sungai Segget makan Roti John dengan Sup Kambing, hehehe.


Sate.


Roti John.


Rasa nak nangis makan sebab inilah rasa Roti John yang Sk rindu sangat nak makan. Pertama kali makan Roti John dulu masa tingkatan empat kat Melaka, papa Hafiz la yang belanja tapi Sk lupa lokasinya.


Repeat lagi minggu lepas, singgah Melaka masa balik dari Penang. Kali ni terus pergi ke kedai Hafiz.


Gerainya terletak di hadapan 7E Taman Sayang Selasih, berdekatan dengan bulatan Klebang Besar.


Memang sedap ya, ni bukan pasal promot anak sedara ke apa tau. Tapi, siapa datang kawasan Klebang tu, cubalah beli Roti John dia. Sebatang tu, baru RM7.


Original Roti John yang sarat dengan inti daging dan tidak melebih-lebih dengan sos atau mayonese yang meleleh-leleh. Burger pun sedapppp!

Meh la beli

Depan 7E
Taman Sayang Selasih, Klebang Besar
Melaka.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. roti john dah macam-macam rupa kan skrg ni... tp kdg kita suka yg byk cheese tu hehehe

    ReplyDelete
  2. Pernah terfikir tak kenapa nama dia John?

    ReplyDelete
  3. PH suka roti John or burger yg sosnya secukup rasa je. Sesetengah tu letak sos sampai melimpah, kurang gemar :(

    ReplyDelete
  4. samalah kita, tak suka yg byk mayo...

    ReplyDelete
  5. Saya dulu tak suka roti john ni..
    Dah tua eh,makan pulak lagi2 kalau Roti John Putrajaya..sedap pulak kat tekak🤭

    ReplyDelete
  6. jika makanan sedap pasti pelanggan selalu dtg... tahniah kpd anak buah SK. Semoga terus maju dlm biz ye!

    ReplyDelete
  7. Wah...boleh masuk list ni...macam akan selalu je ke Melaka..hahaha

    ReplyDelete
  8. Encik Suami sy peminat roti john ni.. tp biasalah kt sini bulan puasa je ada jumpa yg sedap

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!